CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Singapura, Hong Kong, Paris Bandar Raya Termahal Di Dunia

20-3-2019 04:17 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2695| Komen: 14|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Laporan Kaji Selidik Kos Sara Hidup Seluruh Dunia 2019
Singapura mengekalkan status sebagai bandar raya paling mahal di dunia. Kredit foto: Carian Google



Singapura, Hong Kong dan Paris dinamakan sebagai bandar raya yang paling mahal untuk dikunjungi dan didiami di dunia seperti yang dilaporkan dalam Kaji Selidik Kos Sara Hidup Seluruh Dunia 2019 oleh Economist Intelligence Unit (EIU).

Memetik laporan Yahoo! News pada 19 Mac, ini merupakan kali pertama tiga bandar berkongsi tempat pertama bagi kategori tersebut sejak kaji selidik berkenaan dimulakan kira-kira 30 tahun lalu.

Singapura mengekalkan kedudukannya dalam kaji selidik yang sama tahun lalu manakala Paris naik satu tangga dari tempat kedua dan Hong Kong melonjak tiga tangga dari tempat keempat.

Kos sara hidup di Hong Kong semakin mahal, meletakkannya setaraf dengan Singapura. Kredit foto: Carian Google



Zurich yang menduduki tempat kedua tahun lalu jatuh ke tangga keempat manakala Geneva dan Osaka berkongsi tempat kelima.

Enam bandar raya tersebut adalah lebih mahal berbanding New York, Seoul dan Copenhagen yang berkongsi tangga ketujuh manakala tempat ke-10 pula dikongsi oleh Tel Aviv dan Los Angeles.

Walaupun empat bandar raya paling mahal di dunia terletak di Asia, benua itu turut menempatkan bandar raya - bandar raya termurah dan memberikan nilai terbaik untuk wang seperti Bangalore, Chennai, New Delhi dan Karachi.


Paris berkongsi reputasi sebagai bandar raya paling mahal di dunia bersama Singapura dan Hong Kong. Kredit foto: Carian Google


Kaji selidik itu merangkumi sebanyak 133 bandar raya di seluruh dunia dengan membandingkan lebih 400 harga melibatkan sebanyak 160 barangan dan perkhidmatan di setiap bandar.

Antara barangan dan perkhidmatan yang dinilai adalah makanan, minuman, pakaian, peralatan rumah, barangan penjagaan diri serta sewa rumah dan kenderaan.

Nampaknya Kuala Lumpur masih belum disenaraikan dalam kalangan 10 bandar raya paling mahal di dunia meskipun ramai penduduknya mengeluh tentang kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun. - CARI

7

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 20-3-2019 04:51 PM
Takde orang Singapore nak komfem kan, betul ke mahal kos sara hidup kat sana..?... {:question
Quote Nana_Man 20-3-2019 05:49 PM
Elle_mujigae replied at 20-3-2019 04:51 PM
Takde orang Singapore nak komfem kan, betul ke mahal kos sara hidup kat sana..?... {:question

Yes,memang mahal.. tapi ikut jgk keperluan peribadi dan family.
Quote Levespa 20-3-2019 06:07 PM
tak semahal jepang dan switzerland
Quote hussaini4675 20-3-2019 06:20 PM
Syukur KL masih murah
Quote afidahhb 20-3-2019 08:30 PM
Ok..nsb baik..semua tmpt x pernah pegi {:nose
Quote CiliPadiSedap 20-3-2019 09:23 PM
Urm toilet kt singapore mahal ada sst lepas tu xde pancur air macam water front.. sekadar water bontot je... Sakitnya tuh di sini..
Quote highcastle 20-3-2019 09:29 PM
Ntah betul ntah tidak, ada pernah terdengar dari member yg byk kali melancong kat obersi...... Katanya elok melancong ke Jepun banding ngan Singapura, sbb lagi murah............
Quote slavehunter 20-3-2019 09:32 PM
Hari tu nak usya la eyeshadow Mac kat SG....sekali harga mahal dari KL. Baik la beli kat kl.
Quote bungarose 21-3-2019 12:27 AM
Paris lebih mahal dari hongkong dan london
Tapi handbags lagi murah dari kl
Quote bungarose 21-3-2019 12:28 AM
Levespa replied at 20-3-2019 06:07 PM
tak semahal jepang dan switzerland

Agree...
Swiss and japan lebih mahal
Quote seramado 21-3-2019 09:06 AM
Kl no brp ek
Quote fushimi 21-3-2019 09:29 AM
singapura memang mahal pada aku

aku lebih suka hong kong

dan makan pastri kat paris  
Quote ninu 22-3-2019 02:51 PM
ouhhhhh...baru tahu
Quote CikB 29-6-2019 05:36 PM
spore mmg mahal

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.099612 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top