CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Program Sembang Santai Najib Kecoh Gara-Gara Sepanduk Berunsur Provokasi

23-3-2019 10:27 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2615| Komen: 7|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Insiden di luar kawasan Universiti Malaya
Lokman Noor Adam (berjubah coklat) merampas dan mengoyakkan sepanduk karikatur badut yang dipegang oleh Wong Yang Ke (berkemeja biru). 

Kredit foto: Malaysiakini
Program santai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah restoran di luar pekarangan Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada 22 Mac dicemari dengan insiden kekecohan antara penyokong beliau dan sekumpulan lelaki yang didakwa pelajar UM.

Memetik laporan Malaysiakini, enam lelaki terbabit berkumpul di seberang jalan berhampiran restoran berkenaan sambil memegang sepanduk yang memaparkan karikatur badut yang menyerupai Najib.

Rakaman video insiden tersebut yang tular dalam media sosial turut menunjukkan lelaki-lelaki berkenaan turut memegang sepanduk yang berbunyi 'PULANGKAN DUIT RAYKAT', 'NAJIB TAK MALU' dan 'TANGKAP NAJIB'.



Sekumpulan penyokong Najib yang diketuai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam seterusnya menghampiri enam lelaki tersebut sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Dalam kekecohan yang berlaku, Lokman dilihat merampas dan mengoyakkan sepanduk karikatur badut daripada seorang lelaki yang bernama Wong Yang Ke.

Insiden yang berlaku kira-kira dua minit itu berakhir selepas kumpulan penyokong Najib melepaskan Wong dan rakan-rakannya.

Sementara itu, Lokman dalam satu kenyataan melalui laman Facebook miliknya menyatakan pendiriannya mempertahankan tindakan merampas dan mengoyakkan sepanduk karikatur badut.

Beliau menjelaskan, tindakan itu diambil berikutan sikap biadab enam lelaki terbabit yang melakukan provokasi ketika program santai bersama Najib sedang berlangsung.

Kredit foto: Facebook
Dalam pada itu, memetik laporan Malaysiakini, Wong berkata, dia tidak berniat untuk memprovokasi manakala sepanduk yang dipegangnya bertujuan mengingatkan Najib bahawa beliau adalah tidak sepopular yang disangkakan.

Najib dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau menyuarakan kekesalan terhadap insiden yang berlaku dan laporan polis telah dibuat oleh penganjur program sembang santai.

Kredit foto: Facebook
Sepatutnya hak kebebasan bersuara digunakan sebaik-baiknya agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 23-3-2019 11:16 AM
Edited by akusukaq at 23-3-2019 11:20 AM

kamu kacau progrem orang , tujuan utk provoke .kamu ingat dap dah berkuasa kamu boleh tunjuk biadab mcm anak gampang. dah kamu diberi amaran tp kamu tetap berkeras.selayak nya lah kamu diajar cukup2. semoga tiada lagi yg berani nak tunjuk kurang ajar.padah menjolok sarang tebuan khenn
Quote CiliPadiSedap 24-3-2019 12:51 AM
Asal jumpa cina je sebut babi? Cuba sebut naga ke? Jurassic park ke? Zootopia ke?
Quote ultraline 24-3-2019 01:53 AM
Confirm aa rantau tolakk la Babb ni
Quote hussaini4675 24-3-2019 02:38 AM
Dengar budak yg pegang sepanduk badut tu geng dap.
Quote ninu 24-3-2019 11:35 AM
rantau Bn menanggggg.penyatuan ummah...melayu bangkit..
Quote nobito 24-3-2019 05:03 PM
CiliPadiSedap replied at 24-3-2019 12:51 AM
Asal jumpa cina je sebut babi? Cuba sebut naga ke? Jurassic park ke? Zootopia ke?

Adat Bersendi Syarak tu sejenis makanan ke sis????
Quote clueless_gamer 3-4-2019 07:16 AM
ko kalau join masuk kedai tu tanya najib terus kan elok.. makan free pon dapat

bila kita cakap baik2 suruh beredar tak nak, bila berkeras masa tu lah reporter ambik gambar nak jadi newsworthy

victim mentality

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.150256 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top