CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rupa-Rupanya Insulin Tu RM2,000 Tapi Pesakit Di Malaysia Ni Main Buang-Buang Ja

26-3-2019 02:08 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12783| Komen: 108|Original author: Oleh: Azza

Description: "Ingat 4Ringgit = 1USD, rupanya 1Ringgit = 2,000USD."Jangan salah faham, ia bukannya menjurus pada nilai tukaran mata wang tetapi ia adalah harga sebenar yang perlu dibayar untuk mendapatkan stok ...



"Ingat 4Ringgit = 1USD, rupanya 1Ringgit = 2,000USD."

Jangan salah faham, ia bukannya menjurus pada nilai tukaran mata wang tetapi ia adalah harga sebenar yang perlu dibayar untuk mendapatkan stok insulin selama tiga bulan bagi penyakit diabetes di Amerika Syarikat. Namun, di hospital kerajaan Malaysia, pesakit cuma perlu membayar RM1 atau RM5 sahaja bagi mendapatkan ubat tersebut. Terlalu murah, namun sejauh mana rakyat menghargai ubat semahal itu?

Ini kerana menurut Doktor Nimelesh Hilton yang dalam lawatannya ke rumah pesakit telah terjumpa stok ubat yang sangat banyak menjelaskan yang pesakit tersebut tidak memakannya. Inilah yang mengecewakannya hingga berkongsi di laman Twitter.


Kredit foto: Twitter

Pembongkaran tersebut mengejutkan segelintir netizen yang tidak percaya dengan ragam orang Malaysia, manakala sesetengah netizen pula berpendapat ia adalah fenomena biasa yang melingkari rakyat Malaysia. Maklumlah, sudah terbiasa membayar RM1, jadi ubat tersebut dianggap murah belaka.


Menurut Nimelesh lagi, ia adalah pembaziran kepada kerajaan kerana telah membelanjakan sekian banyak wang ringgit semata-mata untuk memastikan tahap kesihatan rakyat terjamin. Bagaimanapun, ia menjadi sia-sia apabila rakyat tidak menghargainya. Oleh sebab itu, perkongsian warga Amerika Syarikat ini dijadikan panduan betapa mahalnya kos kesihatan di sana.

Kredit foto: Twitter

"Ni mesti makan produk yang claim sunnah. Baik tak payah check up dan buang masa ramai orang beratur kat KK kalau ambil ubat tapi tak makan."

Netizen berpendapat pesakit tidak mendapat maklumat yang betul mengenai ubat hospital selain daripada buah mulut peniaga barangan kesihatan menyatakan ubat hospital tidak bagus untuk jangka masa lama. Selain itu, ada juga yang percaya bahawa ubat-ubatan hospital ini adalah dakyah orang barat seperti Iluminati dan sebagainya.

Bagaimanapun, ramai netizen bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia dan mendapat subsidi yang banyak dari manfaat kesihatan. Ada di antaranya wanita hamil yang perlu mengambil insulin, pesakit darah tinggi dan sebagainya. Mereka berbangga kerana mendapat mutu perkhidmatan dengan harga yang sangat minima.



Kredit foto: Google

Bukan sahaja pembaziran berlaku akibat pesakit tidak memakan ubat yang dibekalkan, namun ia membawa kepada pencemaran alam jika ia tidak dilupuskan dengan betul. Oleh sebab itu, adalah penting bagi pesakit memulangkan kembali ubat yang tidak dimakannya kepada pihak hospital supaya ia boleh dilupuskan dengan selamat.


Oleh sebab itu, netizen mencadangkan agar pihak berwajib memaparkan harga sebenar ubat tersebut di klinik kesihatan agar masyarakat Malaysia lebih menghargai barangan yang diperolehi. Selain memberi maklumat sebenar, ia juga boleh disifatkan sebagai mendidik masyarakat.


Kredit foto: Google

Kadang-kadang orang tidak tahu menghargai kerana ianya mudah didapati. Jadi, hargailah semasa ia masih mudah dan murah. Manalah tahu jika satu hari nanti kerajaan sudah tidak mampu menanggung kos perubatan yang semakin mahal. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 26-3-2019 02:14 PM
Biar betul harga mcm tu..mahalnya!
Quote insulin 26-3-2019 02:14 PM
Quote kucingitam 26-3-2019 02:16 PM
rakyat msia mana pernah bersyukur dik..
Quote albedah 26-3-2019 02:17 PM
Ni alasan nk naikkn harga kah
Quote FanTasyCreaTioN 26-3-2019 02:19 PM
Baru nak tagged

Mahal juga harga abang ey



Quote insulin 26-3-2019 02:21 PM
FanTasyCreaTioN replied at 26-3-2019 02:19 PM
Baru nak tagged

Mahal juga harga abang ey

Sesungguhnya diriku sangat kompleks untuk dihasilkan.
Quote afidahhb 26-3-2019 02:23 PM
Mahal juga insulin ni.. ubat sawan anak sy pun sekotak tahan 2 minggu = rm1k
Quote awanearisu 26-3-2019 02:27 PM
insulin replied at 26-3-2019 02:21 PM
Sesungguhnya diriku sangat kompleks untuk dihasilkan.

Kerana dirimu sangat berharga.
Quote insulin 26-3-2019 02:31 PM
awanearisu replied at 26-3-2019 02:27 PM
Kerana dirimu sangat berharga.

Antara sebab2 kenapa ia sangat mahal. Insulin
Quote Melorqe 26-3-2019 02:38 PM
pasal manusia yg macam ni lah, tak pasal2 lepas ni semua orang kena bayar mahal.
Quote ruffboyz 26-3-2019 02:40 PM
bersyukur perkara yg pling susah org malaysia nak buat..
Quote paz 26-3-2019 02:44 PM
Bagus kena bagitahu harga ubat sebenar. Untuk semua orang paham value ubat tu.

Quote naina 26-3-2019 02:44 PM
Tak bersyukur. Dahla tak jaga makan. Pahtu dah dpt free buang2.
Quote Kyra_Lydia 26-3-2019 02:55 PM
kalau dh tau tak nak ubat tak perlu pergi jumpa doctor kerajaan, kesian dekat orang yg betul2 nak ubat yg terpaksa beratur panjang.

kufur nikmat tau ngak!
Quote ikanmasin 26-3-2019 03:16 PM
susah payah g amik ubat tp tak nak mkn..bila dah teruk sgt
baru terhegeh2 nak mkn..utk apa koleksi ubat2 tu..
Quote bangcak 26-3-2019 03:25 PM
kalu nak tau kenapa nilai ubat rm4000 bleh jd seringgit
kat malaysia nih, jom kita tanya pakar yg lebih pakar dari doktor2
dan farmasis2 dunia nih.

dijemput, @blastoff silakan...
Quote DeeHanania 26-3-2019 03:25 PM
X reti bersyukur...
Quote AbukRokok 26-3-2019 03:44 PM
okla tu
alang alang nak swastakan penjawat awam
swastakan hospital

insurans B40 pun dah ada kan
Quote Artemesiaa 26-3-2019 03:48 PM
Kalau betul pun tak nak makan tak perlulah dibiar terbuang macam tu.  Lagi elok dia pulangkan je kepada pihak farmasi supaya ubat tu boleh diberikan pula kepada mereka yang betul2 memerlukan

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057499 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top