CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ibu Hamil Akui Idam Benda Luar Biasa Termasuk Pencuci Tandas, Simen Basah! Anda Pula?

27-3-2019 01:29 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5425| Komen: 23|Original author: Oleh: LilRose

Description: Mengidam ketika hamil adalah suatu perkara normal. Mungkin hanya segelintir ibu hamil mengidamkan makanan atau benda pelik hingga pening kepala suami dibuatnya.
Mengidam ketika hamil adalah suatu perkara normal. Mungkin hanya segelintir ibu hamil mengidamkan makanan atau benda pelik hingga pening kepala suami dibuatnya.

Namun, sepelik mana ragam ibu hamil yang sedang mengidam?



Kredit foto: Glamour

Selalunya, ibu hamil akan mengidamkan makanan dan minuman 'luar biasa' hingga ada masa tidak masuk dek akal atau sukar untuk mendapatkannya.

Menurut Mirror, satu survei terhadap 100 wanita bergelar ibu di Mumsnet mendapati beberapa perkara jelik atau menjijikkan yang diidamkan mereka ketika hamil.

Dah bersedia untuk mengetahui perkara paling menggelikan yang diidamkan ibu hamil? Teruskan membaca!

Seorang wanita yang usia kandungannya kini mencecah 35 minggu mengakui dia mengidam makan kapur.


Kredit foto: Kidspot


Ya, betul! Kapur yang digunakan guru untuk menulis di papan hitam sekolah.

"Saya teringin nak makan kapur yang 'rangup'. Saya sudah mencuba mengunyah ais, kacang, epal dan macam-macam lagi, tapi semuanya tidak dapat menghilangkan rasa ingin makan kapur!" katanya yang juga memiliki ketagihan baru untuk menghidu bau produk pencuci.

Sementara itu, seorang pengguna lain mengakui dia mengidam makan belon!


Kredit foto: New York Magazine

Lebih luar biasa daripada itu, ada yang teringin makan span yang direndam sabun, pelembut fabrik, cecair pencuci dan produk cucian lain.


Kredit foto: Wise Geek

"Saya tahu ia pelik, tapi saya gemar menghidu aroma dari kedai kasut murah atau bau getah dan plastik.

"Setiap hari, saya akan mengunjungi kedai itu ketika waktu makan tengah hari dan berpura-pura melihat kasut yang dipamerkan. Tetapi, saya sebenarnya hanya mahu menghidu bau kasut itu saja," kata seorang ibu.



Lebih pelik, ada yang menikmati aroma pencuci tandas wangian sitrus.


Kredit foto: Getty

Nak lagi aneh? Ada ibu hamil yang betul-betul teringin 'menjilat batu' dan 'simen yang masih basah'.


Kredit foto: Carian Internet

Uisy, luar biasa betul. Macam tak masuk akal pula. Betulkah ibu hamil boleh mengidam benda-benda pelik sedemikian? - CARI
8

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kroit92 27-3-2019 01:50 PM
kak ipar tengah mengandung anak sulung
abang cakap, dia suka bau dettol
nasib baik tak mintak naik naik ufo katanya
Quote intan_smsb 27-3-2019 03:03 PM
sejujurnya masa aku preggy dulu kan

aku suke bau petrol

bau shieltox

aku siap saja sembur dan hidu

buruknya perangai
Quote joy_ah 27-3-2019 03:10 PM
Orang kata mereka rasa mengidam sebab pernah rasa atau hidu benda tu so dorang teringin nak try lagi.
Maknanya ada la tu penah jilat simen.
Makan getah sekerap. Makan sabun gigit belon masa kecik
Quote buapakperut 27-3-2019 03:33 PM
iols preggy semua makanan benci sampai unistall fb dan ig sekejap sebab tanak tengok ape makanan pun. rasa sakit sangat gastrik tapi takleh makan minum apa,
Quote buapakperut 27-3-2019 03:35 PM
joy_ah: Orang kata mereka rasa mengidam sebab pernah rasa atau hidu benda tu so dorang teringin nak try lagi. Maknanya ada la tu penah jilat simen.Makan getah ...

iols penah tergigit lipan kecik masa makn rambutan, zaman budak2 dulu.sedap juga. nasib tak ngidam mkn hewan tu.in fact tak penah ngidam ape pun
Quote AwanCikDania 27-3-2019 04:19 PM
I tengah mengidam kuih badak berendam ni. Selagi tak dapat makan. Teringat ingat. Okay I ada baca. Klu kita ngidam pelik2. Jangan layan sgt. Sebab ngidam pelik2 ni hasutan syaiton. {:hypnotize{:hypnotize
Quote ikanmasin 27-3-2019 04:26 PM
intan_smsb replied at 27-3-2019 03:03 PM
sejujurnya masa aku preggy dulu kan

aku suke bau petrol

omg me dl masa ngandung anak no 2..begitulah aku ingat aku
sorang jer mcm tu..bila  ingat2 nsb baik anak aku normal
Quote CardiGans85 27-3-2019 08:33 PM
Alhamdulillah takde mengidam yg bukan2.
Quote Sazida 27-3-2019 09:54 PM
Aku stkt ni alhamdulillah takde nk mkn benda pelik n yg susah dicari. Last week mkn buah asam jawa@celagi fresh dari pokok rasa mcm best gila. Now teringin lagi benda sama tp nk yg belum masak. Sesiapa ada pokok asam jawa pm tepi eh.
Quote belacan_gurl 28-3-2019 12:25 AM
Aku masa mengandung suka brokoli...kejadahnyaaaa sbb aku bukan pemakan sayur
Quote Nana_Man 28-3-2019 07:27 AM
Aku masa pregnant yg 1st baby suka bau beras dan kunyah2 beras mentah.. tapi tak bnyk..
Quote faraway1 28-3-2019 10:35 AM
syukur tak teringin benda bebukan camni...
Quote azimodin 28-3-2019 11:08 AM
masa mengandung anak first mengidam nak makan buah sentul cicah kicap cili. abang ipar tolong carikan kat kampung heouls. dapat la 2-3 bijik tapi x berapa elok. masa makan tu mmg terasa kepuasan yang teramat sangat.

mengandu putus selera langsung sampai tengok rancangan AFC pon boleh muntah. nampak mukbang lalu kat ig pon scroll laju2. nasib baik anak kat rumah suap makan sendiri. kesian jugak sebab sebelum ni dia suka mak dia yang suap.
Quote tri-max 28-3-2019 11:44 AM
aku dlu ngidam makan beras, sib baik tak susah
nikmat tul makan beras mentah krrup krrapp kena gigit
next pregnant ngidam makan eskrem hari2
pon tak susah, legalah laki aku
Quote intan_smsb 28-3-2019 03:00 PM
ikanmasin replied at 27-3-2019 04:26 PM
omg me dl masa ngandung anak no 2..begitulah aku ingat aku
sorang jer mcm tu..bila  ingat2 nsb b ...

tula aku pun risau kalau ade kesan kat baby

sep sikit ada geng
Quote ikanmasin 28-3-2019 05:19 PM
Edited by ikanmasin at 28-3-2019 05:24 PM
intan_smsb replied at 28-3-2019 03:00 PM
tula aku pun risau kalau ade kesan kat baby

sep sikit ada geng

kannn sep...
Quote pai.kacang 29-3-2019 10:12 AM
mengidam tu betul laa.. tapi harap2 boleh guna akal lagi. jangan layan sangat mengidam tu
Quote lee_sakura 29-3-2019 11:26 AM
kwn aku mengidam cium sabun, tak lama lps tu gugur...xpasti la apa punca sbb xnak tanya dia
Quote diss69 30-3-2019 10:30 AM
CardiGans85 replied at 27-3-2019 08:33 PM
Alhamdulillah takde mengidam yg bukan2.

Sama laa...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.085944 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top