CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sekolah Unik Di Sabah Ini Menang Anugerah Berprestij Reka Bentuk Lestari

29-3-2019 10:38 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4291| Komen: 15|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Sebuah sekolah di Sabah memenangi anugerah berprestij Trend Excellence for Architecture & Design bagi projek kategori kelestarian yang disampaikan di Mumbai India oleh majalah Home & Design.
Sebuah sekolah di Sabah memenangi anugerah berprestij Trend Excellence for Architecture & Design bagi projek kategori kelestarian yang disampaikan di Mumbai India oleh majalah Home & Design. 


Malah, sekolah itu juga turut dipilih menjadi Top 10 Best Designed School oleh Majalah Designboom.


Kredit foto: Facebook

Sekolah yang terletak di daerah Beaufort itu dinamakan Etania Green School dan mempunyai majoriti pelajar daripada anak-anak pendatang asing yang tidak mempunyai akses terhadap pendidikan di Sabah. 


Kredit foto: Facebook


Pembinaan sekolah yang dibiayai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu siap sepenuhnya tahun lalu dan direka bentuk oleh arkitek Robert Verrijt dan Prasoon Kumar. 

Menurut arkitek terbabit, cabaran paling utama adalah mereka bentuk struktur bangunan di tapak yang kurang sesuai, berdekatan sungai dan mudah dilanda banjir.


Kredit foto: Facebook

Untuk itu, sekolah tersebut dibina dengan lantai yang tinggi daripada tanah seperti binaan rumah tradisi Sabah. Untuk menjimatkan kos, ruangnya direka bentuk daripada lima buah kontena besar yang didermakan sebuah syarikat perkapalan untuk mengurangkan komponen struktur.


Kredit foto: Facebook

Ruang kontena itu berfungsi sebagai bilik stor dan tandas. Kelas terbukanya pula dibina daripada kayu kitar semula manakala atap logamnya juga didermakan oleh sebuah syarikat pembinaan. 

Susun atur bilik yang menghadap arah timur-barat bertujuan mengurangkan panas terik matahari dan mendapat tiupan angin sejuk dari sungai berdekatan. 


Kredit foto: facebook

Tidak cukup dengan itu, atapnya adalah panel solar yang membekalkan tenaga elektrik kepada sekolah tersebut dan juga menadah air hujan untuk kegunaan tandas.


Kredit foto: Facebook

'Sebelum ini, pelajar menghadiri persekolahan di ruang kedai yang sesak, panas dan berdebu. Kini, mereka bangga berlarian di laman sekolah yang menjadi ruang beriadah' kata Verrijt.

Diharapkan, pembinaan sekolah dengan konsep reka bentuk seperti ini dapat diperluaskan di daerah pedalaman terutama yang masih memiliki bangunan sekolah uzur. - CARI
12

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 29-3-2019 11:02 AM
wow bestnye...
Quote Sang_Pencinta 29-3-2019 11:04 AM
Macam best sahaja sekolah ni tapi kalau jenis murid yang gemar berangan, penatlah cikgu nak sergah sebab asyik tengok luar je.
Quote lee_sakura 29-3-2019 11:19 AM
seronoknya sekolah mcm ni, terasa nk balik semula ke sekolah
Quote imransulaiman 29-3-2019 11:36 AM
Di Indonesia pun rasanya ada sekolah macam ni kan? Dalam hutan, diperbuat daripada bambu dan kayu kayan rimba..
Quote Sang_Pencinta 29-3-2019 11:38 AM
imransulaiman replied at 29-3-2019 11:36 AM
Di Indonesia pun rasanya ada sekolah macam ni kan? Dalam hutan, diperbuat daripada bambu dan kayu ka ...

Ya, Green School Bali

Kawan saya pernah melawat, memang konsep Eco tapi khas untuk orang2 kaya, yuran mahal beribu

Katanya hanya foreigner yang mampu
Quote Sang_Pencinta 29-3-2019 11:41 AM
https://www.greenschool.org/wp-c ... nd-Tuition-Fees.pdf

https://www.greenschool.org/admissions/school-fees/

https://www.greenschool.org/about/
Quote pai.kacang 29-3-2019 12:05 PM
bestnya.. duk dalam kelas pun berangin je...
Quote imransulaiman 29-3-2019 12:15 PM
Sang_Pencinta replied at 29-3-2019 11:38 AM
Ya, Green School Bali

Kawan saya pernah melawat, memang konsep Eco tapi khas untuk orang2 kaya, ...

Baru perasan bila ingat balik... Memang students dorang macam semua foreigner..
Quote Artemesiaa 29-3-2019 12:37 PM
Wah nampak cantik dan kemas budak2 pun pasti boleh belajar dengan selesa
Quote MsKathryn 29-3-2019 12:47 PM
Cantik.. dpt fresh air
Quote nurchomel 29-3-2019 02:16 PM
bestnya.. rasa nak duduk santai-santai situ jee
Quote Dalcott 29-3-2019 06:34 PM
bagus arkitek & designer minimalis kan benda yg ada
Quote Orgkgdukobesi 29-3-2019 07:06 PM
Dulu semasa kerja di KL, selalu terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan  untuk buka asrama desa di Sabah dan Sarawak.

Asrama desa ini untuk anak2  yg tinggal di pedalaman supaya mereka dapat bersekolah dan pulang ke kampung di hujung minggu.

Bayangkan anak2 terpaksa berjalan kaki 3 ke 4 jam di denai hutan untuk keSekolah.  Asrama desa adalah satu antara beberapa langkah untuk menggalakkan mereka bersekolah.

Tabik spring kepada NGO ini.   
Quote jazaa100 29-3-2019 07:35 PM
Untuk anak anak indon ke?....

Tu uniform mcm sek indon je....
Quote dua_chzy 31-3-2019 07:02 PM
jazaa100 replied at 29-3-2019 07:35 PM
Untuk anak anak indon ke?....

Tu uniform mcm sek indon je....

Anak2 Indon dan Pelipin karna kat Sabah keturunan deyol la yang merata2 membiak macam lipas melahirkan warga stateless children karna mak pak bukan warganegara.

https://etaniaschools.org

Akak memang tabik spring pada NGO ini khususnya yang based di Indonesia. Di Sabah terdapat Sekolah Indonesia di mana anak2 warganegara Indonesia, termasuklah stateless children ini boleh bersekolah dengan percuma. Siapa yang mampo belajar sampai habis pendidikan menengah dah cemerlang keputusan, akan ditanggung pengajian sepenuhnya oleh gomen Indon di mana2 universiti di Indonesia. Di KL itu pun ada cawangan if tak silap. Better la meka dari gomen Pelipin cam taik lepas tangan begitu jah tam concern lansung dengan rakyat meka di Sabah ini.

Budak2 ni, akak berharap jika mendapat pendidikan yang wajar takda la end up kat jalanan buat kerja2 kotor demi kelansungan hidup.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.061646 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top