CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tom Cruise Enggan Undang Nicole Kidman Ke Perkahwinan Scientology Anak Mereka

29-3-2019 12:21 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10487| Komen: 32|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Tom Cruise Enggan Undang Nicole Kidman Ke Perkahwinan Scientology Anak Mereka
Seperti yang diketahui umum, pelakon Tom Cruise dan bekas isterinya Nicole Kidman mengambil dua orang anak angkat bernama Connor dan Isabella ketika perkahwinan mereka masih bahagia. 


Selepas bercerai, kedua-dua anak itu berada di bawah jagaan Tom Cruise dan Nicole dikatakan jarang berjumpa dengan mereka.


Kredit foto: Carian Google
Kini kedua anak angkat mereka sudah dewasa dan Connor bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang gadis Itali bernama Sylvia mengikut upacara Scientology. Connor dikatakan teringin untuk mengundang Nicole hadir ke majlis perkahwinannya memandangkan Nicole adalah ibu yang membesarkannya sejak kecil. 


Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun hasrat Connor itu ditentang Tom Cruise. Menurut sumber, Tom menghalang kehadiran Nicole ke gereja Scientology kerana Nicole telah meninggalkan agama itu sejak perceraian mereka dan telah diletakkan dalam senarai 'Suppressive Person' oleh agama itu. Tom telah lama putus hubungan dengan Nicole dan mengarahkan Connor supaya mengikut kehendaknya.

Kredit foto: Carian Google
Oleh kerana Connor dikatakan menghormati ayahnya, dia dengan berat hati terpaksa membatalkan undangan perkahwinan kepada ibunya. Tambahan pula, keluarga isterinya juga penganut Scientology yang taat.


Kredit foto: Carian Google
Nicole dan Tom Cruise telah lama tidak bertegur sapa. Sumber memberitahu Nicole Kidman yang menganut Katolik membenci Scientology kerana menjadi punca keruntuhan rumahtangganya dan kini memisahkannya dengan Connor dan Isabella. Ini bukan kali pertama Nicole dihalang oleh Tom Cruise untuk hadir ke majlis anaknya. Semasa perkahwinan Isabella pada tahun 2015, Nicole juga tidak dijemput.


Kredit foto: Carian Google
Jika sumber ini benar, betapa kejamnya hati Tom Cruise kerana sanggup memisahkan seorang ibu dengan anak-anaknya. Semoga Connor dan Isabella berusaha sendiri untuk menghubungi ibu mereka di belakang Tom Cruise. -CARI

4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 29-3-2019 12:28 PM
Yg aku tgk tv psl leah remini & Scientology ni, once kau lari dari agama atau bercerai etc, mmg putus segala hubungan mcm mati.
Quote belilies 29-3-2019 12:58 PM
CardiGans85: Yg aku tgk tv psl leah remini & Scientology ni, once kau lari dari agama atau bercerai etc, mmg putus segala hubungan mcm mati.

Iols follow gak doku ni.. mcm mormon gak. Dah klua mmg takdpt nak contact family lagi. Maybe thats y tom cruise buat camtu.
Quote ikanmasin 29-3-2019 01:40 PM
anak2 pl jd mangsa kan..hrp2 anak2 tu dptlah jg jumpa nicole tu.
Quote nanny_1 29-3-2019 02:42 PM
CardiGans85 replied at 29-3-2019 12:28 PM
Yg aku tgk tv psl leah remini & Scientology ni, once kau lari dari agama atau bercerai etc, mmg putu ...

scientology ni agama apa?
mati mati aku ingat subjek sains
pernah dengar dulu tapi lupa
adakah macam illuminati jugak?
maaf aku noob sikit
rasanya tom kerus ni terlalu taksub tu si angie tinggal dia agaknya.
Quote Beribear 29-3-2019 02:44 PM
Agama apa tu scientology? Sebahagian kristian gak ke atau tiada kaitan sama sekali?
Quote amikie 29-3-2019 04:05 PM
scientology tu if x salah me sebahagian cabang Kaballah...
Quote Sang_Pencinta 29-3-2019 04:26 PM
Scientology tu walaupun dipanggil church tapi ajaran dia tak sama dgn Christian



Quote Victorioussss 29-3-2019 07:32 PM
Mcm atheist je. Gigih nk rebrand
Quote emptybotol 29-3-2019 09:18 PM
nanny_1: scientology ni agama apa?mati mati aku ingat subjek sainspernah dengar dulu tapi lupaadakah macam illuminati jugak?maaf aku noob sikitrasanya tom keru ...


Angie mana pulokkk ni? Kalau angelina jolie tu, sheols dgn brad pitt.. tom kerus ni dgn katie holmes.. {:shy
Quote mily 29-3-2019 10:10 PM
Ingatkan dah kluar docu leah psl scientology ni...jtuh tarap jd agama cult sesat...rupanya xda ke kena saman ngan scientology buat docu psl derang?
Quote hdrsli 30-3-2019 12:17 PM
agama ini pasal terlalu taksub dengan kepercayaan sains kan?
Quote CardiGans85 30-3-2019 01:35 PM
nanny_1 replied at 29-3-2019 02:42 PM
scientology ni agama apa?
mati mati aku ingat subjek sains
pernah dengar dulu tapi lupa

Scientology ni memang agama. Ada markas macam kem askar, duduk lah dalam tu. Jika seseorang tu masuk agama  ni tapi parents tak masuk, mmg terputus hubungan. Malah ada yg berbelas tahun tak dapat contact ahli keluarga lain. Even ada kematian pun x dpt blk.

Sebab pihak pengurusan mereka ni tak kan biarkan mereka ni bercampur dgn org yg bukan Scientology.Jadi, biasanya mmg mereka akan berkahwin sesama agama mereka je sebab pergaulan pun terbatas.

Yg ni aku tgk kt rancangan leah remini tu la.
Quote mialunar 30-3-2019 02:11 PM
emptybotol replied at 29-3-2019 09:18 PM
Angie mana pulokkk ni? Kalau angelina jolie tu, sheols dgn brad pitt.. tom kerus ni dgn katie ho ...

Hahahaha lawak... dulu bukan ade gosip si nicole ni kene korban/dera ala2 agama ni .. tue yang dia cabut lari .. banyak depa buat adaptasi drama/movie berdasarkan gosip ni.. ramai retis Hollywood pegang pahaman nie .. Tom Cruise mcam hati kejung pun ye .. anak kandung dia .. suri..pun dah lama x jumpa kan
Quote nanny_1 30-3-2019 07:35 PM
CardiGans85 replied at 30-3-2019 01:35 PM
Scientology ni memang agama. Ada markas macam kem askar, duduk lah dalam tu. Jika seseorang tu mas ...

Macam mazhab gitu la kan. Aku ingat biasa2 je sciencetology ni tak tau pulak teruk sampai kena buang mak bapak
Quote vee_zara 30-3-2019 10:36 PM
I suka nicole ni nampak motherly sgt. Tom ni fanatik sgt dgn agama dia. Bukan sorg tp dua yg lari tak tahan dgn dia..
Quote makneng 30-3-2019 11:01 PM
Sciencetology ni ke yg klu klax klan tu..cult kan? Pening ar
Quote royaldanish 31-3-2019 10:30 AM
nanny_1 replied at 29-3-2019 06:42 AM
scientology ni agama apa?
mati mati aku ingat subjek sains
pernah dengar dulu tapi lupa

Hurmm iluminati lagi dahsyat.. kalau nak kluar u have to sacrifice yourself.. cth tupac kena tembak.. artis2 hollywood yg top top mostly pengaunut iluminati.
Quote jeligoreng 1-4-2019 10:21 AM
Tu yang si Katie ex wife lari kan tinggalkan Tom ni, tak tahan dengan sciencetology
Quote weezerfan 1-4-2019 11:03 AM
Atok cruise masih bitter kot... Jandanya walau dh kertu tetap howtttt

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.091970 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top