CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Tak Payah Produk, Cukup Jaga Makan Dan Exercise,"- Petua Lelaki Ini Turun 30 Kilogram Jadi Inspirasi Netizen

29-3-2019 12:45 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7247| Komen: 39|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Menurunkan berat badan sememangnya menjadi idaman semua yang mempunyai masalah berat berlebihan. Kita sering dimomokkan dengan penjualan segala jenis produk pengurangan berat badan.
Menurunkan berat badan sememangnya menjadi idaman semua yang mempunyai masalah berat berlebihan. Kita sering dimomokkan dengan penjualan segala jenis produk pengurangan berat badan. 


Entah kenapa, kebanyakan daripadanya tidak pernah berkesan, malahan ada yang memudaratkan kesihatan!


Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun, perkongsian seorang lelaki bernama Noor Nasriq Bin Jaafar tentang amalan yang digunakannya untuk menurunkan berat badan menarik perhatian netizen. Ini kerana beliau berjaya menurunkan beratnya daripada 107 kilogram (Kg) kepada 77 kg dalam masa 5 bulan.

Kredit foto: Facebook
Menurutnya, 8 petua yang dipakainya adalah langkah berikut;

1. Tetapkan matlamat berat yang hendak dikurangkan pada tempoh tertentu
2. Dapatkan ilmu mengira kalori makanan
3. Jangan ambil minuman bergula, hanya air kosong
4. Kurangkan nasi, lebihkan sayur dan buahan
5. Kurangkan makanan manis / masin / bersantan / berminyak
6. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
7. Timbang sekali seminggu
8. Disiplin menjaga  makan dan senaman

Hasilnya sejak memulakan petua di atas mulai Oktober 2018 tahun lepas, beliau kini telah turun 30 kg!  Kini beliau mengatakan mendapat banyak faedah daripada penurunan beratnya termasuk tahap kesihatan yang bertambah baik dan mudah mencari pakaian.

Kredit foto: Facebook
Walaupun begitu, beliau masih belum berpuas hati dan akan meneruskan usahanya untuk mencapai berat badan ideal. Usaha beliau itu menjadi inspirasi ramai netizen yang membacanya. Ada yang menyatakan kekaguman kerana hampir tidak mengenali wajah baru beliau. 

'Saya tumpeng bangga, hampir tidak kenal gambar terkini' kata seorang netizen. 'Ingatkan hang jual produk, rupanya hanya diet dan exercise' kata seorang lagi.

Kredit foto: Facebook
Selain itu ramai juga yang mendapat inspirasi untuk meniru petua yang dikongsikannya. 'Tahniah dah berjaya, teringin nak follow' tambah seorang netizen.

Ingin berkongsi manfaat, dia membenarkan semua sahabatnya untuk berkongsi posting dan petua tersebut kepada yang lain. 


Kredit foto: Facebook
Tahniah kerana usaha gigihnya membuahkan hasil, petua yang nampak mudah tapi pastinya perlukan disiplin dan mental yang kuat. Anda pernah mencuba diet lain? Sila kongsikan petua anda dalam menurunkan berat badan. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 29-3-2019 12:50 PM
terkebil-kebil i baca sambil tengok nasik ayam goreng dengan kuah kari dalam pinggan ni..

i akan berusaha.. BERUSAHA HA HA HA HA untuk diet


Quote CardiGans85 29-3-2019 12:50 PM
Suami aku pun turun 20kg sampai org kg igt sakit. Hehehe..jg makan dan senam. Lps tu dia mkn myk ikan. Itu je.
Quote shernazz 29-3-2019 12:56 PM
prettyuglybabe replied at 29-3-2019 12:50 PM
terkebil-kebil i baca sambil tengok nasik ayam goreng dengan kuah kari dalam pinggan ni..

i akan  ...

Hahahaha
Usah lah difikir diet
Makan dolu

Iols pon baru pas makan kotiow sepinggan
Quote Sang_Pencinta 29-3-2019 01:04 PM
prettyuglybabe: terkebil-kebil i baca sambil tengok nasik ayam goreng dengan kuah kari dalam pinggan ni..i akan berusaha.. BERUSAHA HA HA HA HA untuk diet {: ...


Terus ayam rasa tawar ke sis??
Quote riyadhK 29-3-2019 01:04 PM
prettyuglybabe replied at 29-3-2019 12:50 PM
terkebil-kebil i baca sambil tengok nasik ayam goreng dengan kuah kari dalam pinggan ni..

i akan  ...

Diet can wait kekdahnya. Hahahaha. Tak pon akak pret start diet esok la. Hehehehe.
Quote nobito 29-3-2019 01:08 PM
Kan hensem smart camtu{:childlike
Quote ikanmasin 29-3-2019 01:14 PM
laki akk asyik janji manis sajalah..hangat2 tak tau sampai mana..
Quote prettyuglybabe 29-3-2019 02:06 PM
shernazz replied at 29-3-2019 12:56 PM
Hahahaha
Usah lah difikir diet
Makan dolu

kan.. esok lusa la start
Quote prettyuglybabe 29-3-2019 02:07 PM
Sang_Pencinta replied at 29-3-2019 01:04 PM
Terus ayam rasa tawar ke sis??

semua jadi tawar..
potong betul
Quote prettyuglybabe 29-3-2019 02:08 PM
riyadhK replied at 29-3-2019 01:04 PM
Diet can wait kekdahnya. Hahahaha. Tak pon akak pret start diet esok la. Hehehehe.

hahaha.. bila esok, pergi ke esoknya..
pastu ke esoknya lagi sampai abg jamil mampus
Quote manjalara_01 29-3-2019 03:24 PM
u all..kalau rajin bleh la share tips masing2 & support each other..kat board kesihatan..

manja bleh je bukakkan thread kalau u all...nak..join sesame..uhuhuh
Quote jazaa100 29-3-2019 05:15 PM
shernazz replied at 29-3-2019 12:56 PM
Hahahaha
Usah lah difikir diet
Makan dolu

Shernazz lepas pantang bdn naik tak?....

Mkn je....mgu depan diet....
He..he..
Quote yarid 29-3-2019 05:20 PM
esoklah baru start diet dan exercise (ayat yang akan berulang setiap hari berikutnya).....hahahaha...........
Quote shernazz 29-3-2019 07:31 PM
jazaa100 replied at 29-3-2019 05:15 PM
Shernazz lepas pantang bdn naik tak?....

Mkn je....mgu depan diet....

Makin slim kak
Org takajut
Tp rasa ni xlama ni
Nnt naik balik
Hahahaha
Quote RatuDunia94 29-3-2019 11:30 PM
Memang pon.. nak kurus mmg kena cut gula terus.. tp mmg seksa la especially pd yg mmg suka makan n minum manis2.. bila cut gula je mmg body cepat susut tambah2 lg buat exercise.
Quote AyaqMeloSuam 30-3-2019 12:19 AM
Laki ioolss kurus perut.. x minum manis.. llaki mmg lebih senang turun berat dr wanita..
Quote jointhecurse 30-3-2019 05:42 AM
Wt IF je.. best berat trunnn tnpa nk kira3 over kalori
Quote zuuu 30-3-2019 03:25 PM
No 3 ngan 5 tu paling susah...walaupon aq dh try nk minum air kosong je weekday tp bila lalu depan gerai terus terbeli air teh ais or sirap..lagi2 ngan cuaca panas camni
Quote lee_sakura 30-3-2019 09:43 PM
tahniah bro, moga menjadi inspirasi buat sesiapa yg nk kurus secara sihat

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.239131 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top