CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dari Muka Ganas Terus Cun Macam Siti Saerah,"- Transformasi Wanita Ini Pukau Netizen

3-4-2019 12:11 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8294| Komen: 37|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Perkongsian video oleh seorang lelaki di Twitter baru-baru ini yang menunjukkan transformasi wajah kakakanya dari seorang agak kasar, lasak dan nampak ganas kepada wajah yang bersolek cantik lengkap m ...
Perkongsian video oleh seorang lelaki di Twitter baru-baru ini yang menunjukkan transformasi wajah kakakanya dari seorang agak kasar, lasak dan nampak ganas kepada wajah yang bersolek cantik lengkap memukau ramai netizen.



Kredit foto: Twitter
Lelaki itu, Daniel berkata kakaknya Effa Azura yang bekerja sebagai pelatih pengawal keselamatan menyatakan hasratnya untuk mempelajari cara bersolek dan mula berhijab susulan mendapat kenaikan pangkat.


"Kami sekeluarga berkumpul di rumah selepas makan malam dan apabila tinggal saya dan kakak di meja makan, dia meluahkan hasratnya untuk bertudung dan bermekap, jadi saya menawarkan diri untuk mengajarnya memandangkan saya bekerja sebagai jurumekap part time," terangnya.


Kredit foto: Twitter
"Memang saya teringin nak mekapkan dia kerana saya rapat dengannya," tambah Daniel lagi. 

Menurutnya kakaknya hampir tidak percaya perubahan wajahnya selepas disolek dan ibunya juga hampir menangis melihat perubahan wajah kakaknya selepas dirias.


Kredit foto: Twitter
Netizen yang melihat gambar dan video itu turut kagum  dan memuji hasil kerja Daniel. "Kakak saya kata berbaloi penat lelah memakai mekap lengkap selepas tengok hasilnya."


Kredit foto: Twitter
Transformasi Effa itu mendapat pujian ramai.  Ada yang berkata wajahnya selepas disolek saling tak tumpah seperti penyanyi Siti Saerah, adik Siti Nurhaliza.

Kredit foto: Twitter
Ada pula yang berkata tudung yang dipakai Effa mengubah wajahnya sebanyak 360 darjah. "Dia nampak sangat lawa dengan hijab," kata seorang netizen.


Kredit foto: Twitter
Yang pasti, Daniel berkata dia bangga dapat membantu kakaknya mendapatkan hasil yang diidamkan. Semoga Effa juga lebih yakin dengan penampilan barunya. -CARI

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Atiq1790

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Indahrupawan 3-4-2019 12:15 PM
All about makeup. Settle {:laugh
Quote Andyscenes 3-4-2019 12:15 PM
Betul2 berubah lah, sis @dodolgemok bila nak pakai tudung? Confirm lawo
Quote PasuDurian 3-4-2019 12:22 PM
Wowww{:hooray
Quote Artemesiaa 3-4-2019 12:32 PM
The power of makeup kalau setakap serkup dengan tudung je mukanya akan masih sama
Quote prettyuglybabe 3-4-2019 12:48 PM
sebelum mekap macam boboi..
dah mekap nampak comel..
kan betul i cakap..
tak ada perempuan yang tak cantik..
kecuali perempuan yang tak berduit
Quote seri_mawr 3-4-2019 01:00 PM
muka dia pun x la huduh mana....cuma dia ala2 tomboi sikit....

so bila buh makeup..n tudung jadi comel....

Quote shernazz 3-4-2019 01:08 PM
Ni lah namanya pipi pau..

Dia potong pendek rambut pung sebab dia keje tu kan..
Quote buapakperut 3-4-2019 01:14 PM
siti saerah pun bila dimekapkan tak selawa ini.
Quote matchstick 3-4-2019 01:25 PM
pandai nya dia mekap...agaknya muka aku ni kalu di mekap oleh budak ni boleh transform jd mcm ct nurlijah x
Quote want2bhappy 3-4-2019 01:47 PM
macam saerah ke.. more like macam mek pantai timur tu yang dah kurus tu... alo sapo namo tak ingat... yang dulu berlakon kat darma dgn sabri yunus jadi penjual ... lepa stu dah kurus kejap .. lepas tu dah kahwin la ni senyap je..
Quote haryatie 3-4-2019 01:51 PM
2 kali bca ingatkan lelaki yg bermake up dn bertudung
prempuan eh..
Quote RatuDunia94 3-4-2019 01:51 PM
Mekap mcm tu utk berkahwin or g dinner show ok lah.. jgn lak g kerja pakai mekap mcm tu.. semalam iols g beli coolblog ya hampun budak tu punya mekap sampai muam dh mcm alien.. dgn bulu mata berlapis2.. eyeshadow hitam pekat dgn eyeliner tebal.. foundation jgn ckp lah.. pakai contact lenses biru plak tu..
Quote Uhohbros 3-4-2019 01:54 PM
Kuasa make up
Quote AwanCikDania 3-4-2019 02:04 PM
Cantiknya selepas make over.
Quote ajak_ler 3-4-2019 02:45 PM
mmg  sejibik
Quote dodolgemok 3-4-2019 02:56 PM
Andyscenes replied at 3-4-2019 12:15 PM
Betul2 berubah lah, sis @dodolgemok bila nak pakai tudung? Confirm lawo

Rmbut dodol lebih menarik dipandang ummah sis. Flip hair*
Quote chichik 3-4-2019 02:56 PM
Macam siti saerah
Quote stapler89 3-4-2019 03:08 PM
wow!  cantik! bila la nk belajar makeup ni
Quote rafidah2405 3-4-2019 03:18 PM
Cantik.. Manis

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.054564 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top