CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rupanya Ini Cara Makan Mi Ramen Jepun Yang Betul...

5-4-2019 01:35 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9075| Komen: 31|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Rupanya Ini Cara Makan Mi Ramen Jepun Yang Betul...
Tarikh keramat 4 April adalah Hari Ramen Kebangsaan (National Ramen Day)  yang disambut seluruh dunia bagi mengahrgai mi sup yang berasal negara matahari terbit itu. Malangnya, Bonnie Chung, menurut pakar makanan Jepun masih ramai penggemar mi itu yang memakannya dengan cara yang salah!



Kredit foto: Carian Google
Sempena sambutan Hari Ramen Kebangsaan tahun ini, Bonnie ingin berkongsi cara yang tepat untuk memakan mi tersebut supaya anda tidak memalukan diri di hadapan tetamu warga Jepun. Ini kerana mengikut Bonnie, hanya 7% warganegara asing memakan mi itu dengan cara orang Jepun.



Kredit foto: Mirror
Menurut Bonnie lagi, selepas ramen dihidangkan, anda perlulah mengangkat mangkuknya dengan tangan dan mendekatkannya dengan hidung untuk menghidu aromanya terlebih dahulu.


Kredit foto: Carian Google
Kemudian, dengan menggunakan chopstick, sepit mi anda untuk keluar dari sup untuk mengurangkan kepanasan. Hanya 13% warga asing menggunakan penyepit dengan betul, selebihnya lebih suka menggunakan garfu, cara yang salah untuk menikmati ramen.


Kredit foto: Carian Google
Suakan mulut ke hadapan untuk mengelakkan supnya memercik, kemudian masukkan mi itu ke mulut anda. Jangan gigit! Sebaliknya sedut mi tersebut sehingga ke penghujungnya. Sekiranya anda makan dengan berbunyi, jangan malu.


Kredit foto: Carian Google
Menurut Bonnie, anda juga digalakkan menghirup supnya langsung dari mangkuk.

Kredit foto: Carian Google
Bagi tukang masak asing pula, kesalahan mereka ialah menghidangkan langsung mi selepas dicelur. Menurut Bonnie, mi itu sepatutnya direndam semula dalam air untuk mengurangkan rasa kanjinya.

"Lebih baik rendam dalam air sejuk supaya mi tidak menjadi terlalu lembut ketika anda menyediakan ramuan lain,"jelasnya lagi.


Kredit foto: Carian Google
Satu panduan berguna, khas buat mereka yang mungkin teringin makan ramen ketika berkunjung ke restoran Jepun di dalam atau luar negara. -CARI
2

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • cholic


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 01:53 PM
Segan nak slurp berbunyi dan minum sup langsung dari mangkuk
Quote muggleDylla 5-4-2019 02:07 PM
alaaaaa dulik pulak nk mkn dgn cara yg betul..jnji dpt nikmati sedap sudey
Quote takayama 5-4-2019 02:16 PM
Mmg biasa mkn dgn chopsticks
Bab nak menghirup tu x tergamak lg buat kt public
Quote buapakperut 5-4-2019 02:16 PM
masalahnya kalau sedut habis merecik sup dia sampai ke pipi
Quote kucingitam 5-4-2019 02:33 PM
Sang_Pencinta replied at 5-4-2019 01:53 PM
Segan nak slurp berbunyi dan minum sup langsung dari mangkuk

budaya makan jepun mmg gitu..bunyi tu menandakan kita enjoy the food dan makanan tu sedap.


Quote Artemesiaa 5-4-2019 02:50 PM
Betul tu dah budaya mereka sebegitu kalau berbunyi masa menyedut mee menandakan makanan yang mereka makan tu sedap.  Di Korea pun sebegitu budayanya.  Hanya disini orang akan kata agak kurang sopan.  
Quote OrkedCattleya 5-4-2019 03:15 PM
Hirup smpai bunyi tu klu kt sini macam gelojoh je..hahaha
Quote whadda 5-4-2019 03:22 PM
perlu ke nak ikut cara yg betul.. hujung2 rase ramen jugekk
Quote saviour_09 5-4-2019 03:26 PM
aiseyyy
terliur!

dinner mee ramen la anak beranak malam ni
Quote Ecoque 5-4-2019 04:09 PM
Budaya lain2
Quote lee_sakura 5-4-2019 04:53 PM
budaya diorg makan nampak sopan je
Quote noell 5-4-2019 07:10 PM
aisey nak kena hirop sambil bunyi ka??kat mesia makan nasi kicap teloq mata tapi makan bunyi chap chap chap mmg dengaq mcm sedap jah
Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 08:38 PM
Betul jugak, kalau di malaysia makan hirup sampai ni pasti semua pakat tengok
Quote CikSenahgebu 6-4-2019 09:19 AM
Alaaa terliur!

Slurppp dap nyaaa
Quote RatuDunia94 6-4-2019 11:49 AM
Cer suruh ummah jepun makan nasi ambeng cara org jawa plak...
Quote afidahhb 7-4-2019 09:46 AM
Xpernah makan ramen.. pkai copstik pn xpandai.
Quote pai.kacang 8-4-2019 09:12 AM
asal boleh masuk dalam mulut.. kunyah dan telan.. ape kisah betul ke salah. makan guna hidung.. tu baru salah cara makan.
Quote twinkleboo 9-4-2019 03:39 PM
alaaaaa dulik pulak nk mkn dgn cara yg betul
Quote twinkleboo 9-4-2019 04:19 PM
Nak makan ramen

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065181 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top