CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Mengaku Kanak-Kanak Yang Hilang 8 Tahun Lalu, Dakwa Berjaya Melepaskan Diri Dari Penculik

5-4-2019 01:42 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6458| Komen: 34|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Misteri kehilangan Timmothy Pitzen, yang berumur 6 tahun pada tahun 2011 di Illinois, Amerika Syarikat (AS) kini mungkin sudah terjawab apabila seorang remaja meminta bantuan orang ramai menghubungi p ...
Misteri kehilangan Timmothy Pitzen, yang berumur 6 tahun pada tahun 2011 di Illinois, Amerika Syarikat (AS) kini mungkin sudah terjawab apabila seorang remaja meminta bantuan orang ramai menghubungi polis di Kentucky mengatakan dia berjaya melepaskan diri daripada tahanan dua orang lelaki.



Kredit foto: Buzzfeed
Remaja berumur 14 tahun itu ditangkap dalam keadaan mencurigakan di sebuah premis kemudiannya diserahkan kepada polis dan memperkenalkan dirinya sebagai Timmothy Pitzen, kanak-kanak yang dilaporkan hilang 8 tahun dahulu. 

Bagaimanapun, polis masih mengesahkan kesahihan ceritanya dan sedang memburu dua orang lelaki tersebut.


Kredit foto: Carian Google
Kehilangan Timmothy berlaku pada 11 Mei 2011 selepas ayahnya Jim Pitzen menghantarnya ke sekolah di Aurora, Illinois . Ibunya, Amy Fry-Pitzen tiba-tiba datang ke sekolah dua jam kemudian dan memberitahu pihak sekolah bahawa terdapat kecemasan keluarga dan memohon untuk membawa anaknya pulang segera.


Kredit Foto: Carian Google
Bagaimanapun Amy sebaliknya membawa anaknya ke Winconsin dan beberapa taman berdekatan selama beberapa hari. Percutian mereka dibuktikan dalam rakaman CCTV di beberapa buah premis dan hotel tempat mereka menginap.


Bagaimanapun, tiga hari selepas percutian mereka, Amy menelefon ahli keluarganya memberitahu bahawa anaknya kini dalam keadaan selamat dan tidak perlu dicari. Amy kemudiannya dijumpai mati membunuh diri di bilik hotel dengan mengelar pergelangan tangannya dengan pisau dan meninggalkan nota meminta maaf. 

Kredit foto: Carian Google
Anaknya Timmothy tidak dijumpai di mana-mana walaupun usaha besar-besaran mencarinya telah dilancarkan pihak berkuasa selama beberapa tahun.

Sehinggalah remaja yang mengaku dia ialah Timmothy muncul meminta bantuan daripada orang ramai Rabu lalu di Kentucky. Remaja itu yang dalam keadaan ketakutan, memberitahu polis dia berjaya melarikan diri dari tahanan dua orang lelaki.


Kredit foto: Carian Google
Polis kini dalam usaha memburu dua lelaki tersebut berdasarkan gambaran wajah yang diberikan. Remaja itu pula masih dalam pemeriksaan di hospital. Bagaimanapun, sehingga kini remaja itu belum diserahkan kepada keluarganya sehinggalah identitinya disahkan.


KEMASKINI

Kredit foto: Carian Google
FBI baharu mengumumkan bahawa DNA test membuktikan remaja itu BUKAN Timmothy Pitzen, tetapi Brian Michael Rini, 23, seorang lelaki dari Kentucky. Dia dilihat dalam keadaan mencurigakan di sebuah premis dan disyaki cuba mencuri. Untuk mengelak tindakan, dia menyamar sebagai Timmothy dan sebenarnya mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Nampaknya misteri kehilangan Timmy selama 8 tahun belum terjawab. Ke manakah Timmothy menghilang? Apakah sebenarnya berlaku kepada Amy? -CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 02:01 PM
Macam mana dia tahu nama  kanak2 hilang tu?

Dari media atau ada kaitan?
Quote muggleDylla 5-4-2019 02:05 PM
omg misteri sgt ni kisah sebaliknya
Quote kechikchomel 5-4-2019 02:10 PM
iolss nak syak Brian ni ada kaitan. kalau 8 tahun lepas dia baru 15 tahun. tapi tak mustahil pun kan umur 15 tahun dah pandai buat jenayah?or maybe dia pun kena culik n kurung sekali dgn Timmy ni
Quote Artemesiaa 5-4-2019 02:34 PM
Mesti dia juga follow kes kehilangan budak tu sampai sanggup menyamar untuk melepaskan diri
Quote jetrofa 5-4-2019 02:42 PM
part senyuman dan hidung iras2 timothy
Quote Campanula 5-4-2019 02:46 PM
camne la tetiba boleh terpikir nak jadi timothy panjang betul akal
Quote leylapple 5-4-2019 03:01 PM
mungkin pernah bergaul dgn timothy or hidup bersama timothy, jadi nak menyamar jadi timothy senang...

entah2 dia yang culik timothy
Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 03:03 PM
leylapple replied at 5-4-2019 03:01 PM
mungkin pernah bergaul dgn timothy or hidup bersama timothy, jadi nak menyamar jadi timothy senang.. ...

Masalahnya dia baru umur 23 tahun, lapan tahun lepas baru 15 tahun

Mungkin dia pun pernah jadi mangsa culik satu kurungan dgn Timmothy??
Quote axl_bach 5-4-2019 03:11 PM
Edited by axl_bach at 5-4-2019 03:13 PM

X faham btol beriya ni....Timothy hilang tahun 2011 masa umur 6 tahun, maksudnya skang ni dia dh umur 14-15 tahun.....

Remaja yg ditemui Tu umur 15 tahun, yg dlm gmbr mula berbaur merah2 senyuman  sebelah gmbr young Timothy...

To apsal DNA test tetiba jadi umur 23 tahun? Gambar pun lain
Quote OrkedCattleya 5-4-2019 03:12 PM
Pandai..elak terkantoi dan2 menyamar
Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 03:16 PM
axl_bach replied at 5-4-2019 03:11 PM
X faham btol beriya ni....Timothy hilang tahun 2011 masa umur 6 tahun, maksudnya skang ni dia dh umu ...

Mula2 dia kata kat polis , news semua umur dia baru 14 tahun dan mereka percaya (Sebab Timmothy kalau masih hidup kan mesti 14 tahun  = 6+8), so dia sudah kaji kes Timmothy ni

Lepas DNA kantoi baru mengaku umur 23
Quote cha-cha 5-4-2019 03:19 PM
Penat je aku banding2kan hidung theyols. Aku rasa mak dia dah bunuh Timothy sebelum dia bunuh diri.
Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 03:22 PM
cha-cha replied at 5-4-2019 03:19 PM
Penat je aku banding2kan hidung theyols. Aku rasa mak dia dah bunuh Timothy sebelum dia bunuh diri.

Aku pikir pun begitu juga

Mungkin konflik dengan bapa Timmothy
Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 03:23 PM
axl_bach replied at 5-4-2019 03:11 PM
X faham btol beriya ni....Timothy hilang tahun 2011 masa umur 6 tahun, maksudnya skang ni dia dh umu ...

Gambar dua atas tu dua2 Timmothy kot

Gambar bawah KEMASKINI tu baru si Brian yg menyamar tu
Quote cha-cha 5-4-2019 03:59 PM
Sang_Pencinta replied at 5-4-2019 07:22 AM
Aku pikir pun begitu juga

Mungkin konflik dengan bapa Timmothy

Banyak kes mcm tu kan? Bunuh anak2 before suicide. Tapi yg ni tak dapat dikesan. Body dia dah dibuang somewhere kot.

Gambar baju merah tu age progression kot, anggaran macam mana perubahan muka dia after many years. Budak kecik kan cepat berubah muka. So kena lah ada gambar yg upto date. Gitohh
Quote ell768 5-4-2019 04:04 PM
sesuatu sgt citer ni..
Quote ikanmasin 5-4-2019 04:20 PM
mungkin maknya dah bunuh pastu tanam kat mana2 tmpt
yg mak nya jer tau.mana tau kan.pastu maknya blk hotel bunuh
diri.sbb polis pun tak dpt jejak anak nya..mungknlah kan andaian
saja ..
Quote Sang_Pencinta 5-4-2019 04:26 PM
cha-cha replied at 5-4-2019 03:59 PM
Banyak kes mcm tu kan? Bunuh anak2 before suicide. Tapi yg ni tak dapat dikesan. Body dia dah dibu ...

Aahh betul lah yg belah kanan tu image projection jer
Quote jetrofa 5-4-2019 04:28 PM
so gmbar atas sekali tu yg belah kanan.. saper? klu timothy bila pula gmbar tu d ambik? muka heol kat situ mcm 13...14 yrs old gitu

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.056858 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top