CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Karma Ketika Memburu, Dilenyek Gajah Dan Dibaham Singa

8-4-2019 12:41 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5257| Komen: 24|Original author: Oleh: Nia M

Description: Tidak dinafikan, memang ramai yang menjalankan kegiatan memburu secara haram. Apatah lagi jika tiada pantauan ketat dari pihak berkuasa.Di Afrika Selatan, taman negara tertua yang menjadi tempat perli ...
Tidak dinafikan, memang ramai yang menjalankan kegiatan memburu secara haram. Apatah lagi jika tiada pantauan ketat dari pihak berkuasa.

Di Afrika Selatan, taman negara tertua yang menjadi tempat perlindungan haiwan liar, ialah Kruger National Park yang mempunyai keluasan 2 juta hektar. Ia menempatkan banyak hidupan liar seperti singa, badak dan juga gajah.


Gajah Afrika Selatan. Kredit foto:Google
Terkini, seorang lelaki didapati maut di Kruger National Park ketika sedang memburu badak. Dia didapati dilenyek oleh gajah sebelum dimakan oleh sekumpulan singa.

Justeru, yang tinggal hanyalah sisa sepasang seluar miliknya yang koyak-rabak dan tengkorak tempurung kepalanya sahaja.


Penemuan seluar mangsa. Kredit foto: nzherald
Tiga kawannya yang turut berada di tempat kejadian sempat melarikan diri lalu memaklumkan keluarga mangsa akan hal tersebut. Kemudian, keluarga mangsa menyampaikan berita itu kepada pihak taman negara berkenaan supaya pencarian tubuh mangsa dapat dilakukan. 

Setelah pencarian dilakukan selama dua hari, akhirnya kesan lelaki tersebut ditemui berdekatan jambatan kawasan buaya. 

Menurut pihak Kruger National Park, melalui jejak yang telah ditemui, mereka mendapati lelaki itu telah pun dibaham oleh sekumpulan singa. 

Singa Afrika Selatan. Kredit foto: Google
Pihaknya juga berkata, mangsa dan kawan-kawannya telah masuk ke kawasan tersebut secara haram dan masuk dengan berjalan kaki sahaja adalah suatu tindakan yang berbahaya dan buktinya mangsa meninggal dunia.

Justeru, tiga lagi kawan mangsa telah ditahan dan senapang serta peluru milik mereka telah dirampas.

Ada yang berpendapat ini ialah karma kerana cubaan membunuh haiwan liar yang tidak bersalah. Apa pendapat anda? -CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 8-4-2019 12:43 PM
Pendapat saya...
Bodo.. Padan muka
Quote meisapoya 8-4-2019 01:15 PM
Pendapat saya pula -> cash!
Quote merrissa 8-4-2019 01:18 PM
mesti banyak keluarga haiwan yg terlibat duk menghencap....tuh kene hebat balasannya
Quote AbukRokok 8-4-2019 01:21 PM
alhamdulillah.... pengakhiran yang baik
Quote orgsepang 8-4-2019 01:27 PM
Pendapat akak? Padan muka tapi simpati juga kalau dia ada anak isteri. Mungkin dah terdesak.
Quote Artemesiaa 8-4-2019 01:35 PM
Mendapat sudah
Quote keds 8-4-2019 01:37 PM
Cash benar......
Quote fly_in_d_sky 8-4-2019 01:39 PM
feast! feast! feast! feast!
Quote cha-cha 8-4-2019 01:41 PM
No sympathy. Cash.
Quote amlisa 8-4-2019 01:52 PM
Happy ending
Quote lee_sakura 8-4-2019 01:53 PM
padan la muka
Quote OttoVonBismark 8-4-2019 02:32 PM
bagus lah kalau bagai dikata. selama ni puak puak hewan bagai pasrah dalam menempuh ranjau kehidupan. tiba masanya mereka bertindak
Quote chinta89 8-4-2019 03:02 PM
padanlah muka padanlah muka
Quote AwanCikDania 8-4-2019 03:13 PM
Cash didunia {:teatime
Quote nono86 8-4-2019 04:09 PM
Oh kesian. Nak buru badak buat ape, kalau niat nak menganiaya binatang, kang tak memasal dah kena
Quote mariane 8-4-2019 04:16 PM
Bagus la kena baham. kurang sikit orang macam ni
Quote dani-rox 8-4-2019 09:54 PM
Good riddance.

Syabas haiwan2 sekalian
Quote clarizsa 8-4-2019 10:00 PM
Padanla muka
CASH
Quote EvieWanKenobi 8-4-2019 11:11 PM
pendapat saya.. kalau takde pasal jangan cari pasal..

sekian.. terima kasih..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.231559 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top