CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pope Francis Tegur Kaki Bola Gelar Messi 'Tuhan'

9-4-2019 10:56 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 1954| Komen: 5|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Peminat kelab bola sepak Barcelona selalu menggelarkan pemain utamanya, Lionel Messi dengan gelaran ‘D10S’ iaitu kombinasi perkataan Sepanyol ‘dios’ yang bermaksud Tuhan dan angka 10 pada jersinya ...
Peminat kelab bola sepak Barcelona selalu menggelarkan pemain utamanya, Lionel Messi dengan gelaran ‘D10S’ iaitu kombinasi perkataan Sepanyol ‘dios’ yang bermaksud Tuhan dan angka 10 pada jersinya.



Kredit foto: Sky News

Semenangnya Messi adalah antara pemain terbaik dunia, tetapi Pope Francis menegur peminat-peminat fanatik yang memanggi Messi dengan gelaran Tuhan (Dios).

Pope berkata penggunaan perkataan Tuhan untuk memanggil Messi secara teorinya karut dan syirik dan mengarahkan peminat pemain itu supaya menghentikannya. Pope ditanya soalan itu ketika muncul dalam sabuah rancangan televisyen Sepanyol, La Sexta.


Kredit foto: Sky News

Ketika ditanya hos, Jordi Evole apakah pendapat Pope mengenai gelaran Tuhan yang diberikan peminat untuk Messi, Pope menjawab ‘Peminat boleh memanggil dengan banyak lagi gelaran kekaguman lain, tetapi menggunakan perkataan Tuhan adalah melampau’ jawabnya. 


Kredit foto: Sky News

‘Dia sememangnya pandai bermain bola, tetapi dia bukan Tuhan’ tambah Pope lagi.  

Pope Francis sendiri adalah seorang peminat bola dan menjadi ahlli kelab San Lorenzo di Beunos Aires. Beliau pernah berjumpa dengan Messi iaitu rakan senegaranya dari Argentina pada tahun 2013 dan berpendapat Messi lebih baik daripada Pele, Diego Maradona dan Cristiano Ronaldo.


Kredit foto: Sky News

Dengan lima kemenangan anugerah tertinggi bola sepak, Ballon d'Or, pemain berusia 31 tahun itu telah bermain dengan Barcelona sepanjang kerjayanya dan membawa pasukannya memenangi sembilan kejuaraan liga, enam Copa del Rey dan empat kejuaraan Liga UEFA, selain menjuarai Champion League beberapa kali.

Bagaimanapun, Messi belum berjaya mengemudi pasukan Argentina untuk memenangi Piala Dunia. 


Kredit foto: Sky News

Tidak salah untuk memuja seseorang kerana minat mendalam, tetapi memanggil dengan gelaran Tuhan sememangnya agak berlebihan. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 9-4-2019 11:44 AM
Go messi go 4 6th ballon d or
Quote RatuDunia94 9-4-2019 02:21 PM
Dulu masa rajin tgok telenovela selalu dgr pelakon2 sebuat Dios Mio! Maksudnya Oh My God!..
Quote Sang_Pencinta 9-4-2019 10:34 PM
Rasanya tidaklah maksudnya mereka bertuhankan si Messi tu sahaja sebagai kata2 pujian dan kenbetulan sama dgn no jersi
Quote scorpionkiki 9-4-2019 10:37 PM
tagas replied at 9-4-2019 11:44 AM
Go messi go 4 6th ballon d or

Gifted betul ya dia ni....
Quote mbhcsf 9-4-2019 10:43 PM
hmm interesting

inilah budaya ke-di-sini - kini-an...apa  depa peduli  medan makna

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.062714 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top