CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jom Usyar Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia Bersamaan Bangunan 14 Tingkat!

10-4-2019 10:35 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 7012| Komen: 26|Original author: Oleh: NmeeraR

Description: Kebanyakan hotel mempunyai fasiliti seperti tempat bersukan dan rekreasi untuk menarik lebih banyak pengunjung. Sebagai contoh, menyediakan kolam renang.
Kebanyakan hotel mempunyai fasiliti seperti tempat bersukan dan rekreasi untuk menarik lebih banyak pengunjung. Sebagai contoh, menyediakan kolam renang.


Kredit Foto:Google

Bukan hanya tempat untuk berenang, kebanyakan hotel juga mempunyai konsep kolam renang unik tersendiri. Sama seperti Hotel Terme Millepini di Itali yang menyediakan kolam renang paling dalam di dunia.

Hotel empat bintang ini mempunyai kolam renang dengan kedalaman sehingga 42 meter, bersamaan dengan bangunan 14 tingkat. Malangnya, rekod itu akan dipecahkan oleh sebuah kolam renang yang terletak di Mszczonow, bahagian selatan ibu kota Poland, Warsaw.





1. Mempunyai kedalaman sehingga 46 meter

Kolam renang bernama Deepspot ini dibina khas kepada "kaki selam" dari golongan baru mula belajar hinggalah kepada penyelam profesional. Dikatakan Deepspot akan diisi dengan 8,000 meter padu air, bersamaan dengan 27 kolam renang berukuran Olimpik.

Deepspot diperkukuhkan oleh 1,100 tan keluli supaya struktur bangunan dapat bertahan. Bahkan untuk menarik ramai pelawat, terdapat terowong bawah air telus yang dapat menunjukkan aktiviti di dalam kolam renang.


Kredit Foto:Google


2. Dirancang akan dibuka pada musim luruh tahun 2019


Kredit Foto : Google

Berdasarkan maklumat dari laman web rasmi, Deepspot akan dibuka pada musim luruh atau sekitar September 2019. Bukan sahaja kolam renang, terdapat juga bilik persidangan, pusat kecergasan dan hotel.


3. Rekod Deepspot tidak akan bertahan lama



Deepspot sememangnya dibina bertujuan untuk mengalahkan rekod kolam terdalam Y-40 Deep Joy di Motehrotto Terme, Itali. Malangnya, rekod itu tidak akan bertahan lama kerana sebuah kolam renang sedalam 50 meter di Colchester, England yang dikenali sebagai Blue Abyss bakal dijangka siap pada tahun 2020.

Menurut pengasas Blue Abyss, John Vickers, kolam renang yang dirangka sejak September 2014 ini dijangka dapat melampaui batasan sedia ada, supaya dapat menjadi inspirasi di masa depan.




Apa kata anda? - CARI

4

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 10-4-2019 10:41 AM
beraninya sapa yang dive tu..
Quote nanny_1 10-4-2019 10:57 AM
iols yang diving berapa meter dalam pun dah sesak nafas nak keluar cepat2
tak sanggup rasanya nak duduk lama2 dalam air
rasa bukan dunia kita
Quote leyassi 10-4-2019 11:08 AM
dahla trauma dgn air iols ni. snorkeling tahap2 beginner ni pun dah mcm ape. haha. tapi mg respek betul diver2 ni. hebat.
Quote mizruncing 10-4-2019 11:37 AM
perghh tak berani woiiiiiiii
Quote AmandaRollins 10-4-2019 12:17 PM
Klu ada org lemas ntah2 xjumpa sampai mereput mayat tu...euwww
Quote palmolive 10-4-2019 12:39 PM
dalam2 ni nak kemana
Quote Ladybird910 10-4-2019 01:38 PM
Awesome lah.. Bestnye klu dpt p..
Quote munchkin 10-4-2019 01:46 PM
Yg dalam tu dalam setakat sekangkang kera buat apa
Quote Artemesiaa 10-4-2019 02:34 PM
Sesuai untuk dijadikan kawasan latihan buat diver yang suka meneroka laut dalam
Quote nono86 10-4-2019 06:12 PM
Wahhh.. Teringin nya.. Aku duk berangan menyelam dalam tu, tetibe aku rasa cuak dan tak cukup napas.. Adoi,  baru berangan kot.
Quote lee_sakura 10-4-2019 10:45 PM
huyyooo siap blh buat lawatan berpandu ye kt dlm tu
Quote arm_band 11-4-2019 04:04 PM
mak oiii seramnyaaa... aku ni kene pijak permukaan bumi je. naik tinggi2, gayat. masuk underground dalam2, sesak napas pulak rasanya
Quote Miss.Rara 12-4-2019 08:58 PM
aku kolam biasa yang boleh jejak kaki dan coba utk terapung kan diri pun still tak mampu nak terapung dan gelabah bila rasa nak lemas... padahal kaki boleh jer jejak lantai

ni kan pula sedalam ini... mak tak berani nakkk bermain dgn air...
Quote Lagubestbest 13-4-2019 01:34 AM
Artemesiaa replied at 10-4-2019 02:34 PM
Sesuai untuk dijadikan kawasan latihan buat diver yang suka meneroka laut dalam

scary la dive deep dalam pool, agak claustrophobic.
Quote twinkleboo 15-4-2019 11:59 AM
Sooooo scary.
Quote chinta89 17-4-2019 09:44 AM
x minat. hehe
Quote None68 18-4-2019 01:45 PM
Nak kena ada lesen divinglah pulak tu kan..
Quote bebah 24-5-2019 09:58 PM
seram seyh...takut terjun x timbul2 jah
Quote groundfloor 25-5-2019 07:18 AM
nono86 replied at 10-4-2019 06:12 PM
Wahhh.. Teringin nya.. Aku duk berangan menyelam dalam tu, tetibe aku rasa cuak dan tak cukup napas. ...

Haha....lawak komen sis....

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.057504 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top