CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anak Kecil Sembelit? Ini Panduan Yang Boleh Diikuti

12-4-2019 11:07 AM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 12033| Komen: 12|Original author: Oleh: monolog

Description: Pernahkah anak-anak anda sekecil dari umur setahun mengalami sembelit, berhari-hari tidak membuang air besar? Anak berasa tak selesa, perut menjadi keras, berpeluh-peluh, najis berdarah dan kelihatan ...
Kredit foto: FirstCry Parenting


Pernahkah anak-anak anda sekecil dari umur setahun mengalami sembelit, berhari-hari tidak membuang air besar? Anak berasa tak selesa, perut menjadi keras, berpeluh-peluh, najis berdarah dan kelihatan sangat merisaukan?

Sembelit dikalangan kanak-kanak biasa berlaku, namun penyelesaian perlu diambil supaya tidak memudaratkan kesihatan mereka.

Banyak petua boleh diguna untuk menangani masalah ini. Antaranya pengambilan air masak yang cukup dan mengambil buah-buahan serta menukar produk susu yang diambil.


kredit foto : google

Bagaimanapun, sebagai seorang ibu yang mempunyai pengalaman anak menghadapi sembelit, perkongsian ini adalah berdasarkan saranan dan panduan seorang doktor, Hairin Anisa Tajuddin menerusi Mingguan Wanita yang telah berjaya menyelesaikan masalah sembelit anak kecil.



Kaedahnya adalah:

1. Berhenti mengambil susu Formula Milk (FM) dan menggantikannya dengan Susu Segar atau Susu UHT/Fullcream.

Susu formula (FM) terutama tinggi kalori menyebabkan anak-anak merasa kenyang. Pencernaan susu ini lebih lambat dan mengakibatkan anak-anak kurang selera makan. Susu tepung formula ini mempunyai campuran kanji seperti kanji jagung (corn starch) yang boleh menjadikan najis keras seperti gam.

Sehubungan itu, sekiranya anak-anak telah putus susu ibu atau berusia dua tahun ke atas, diet pemakanan perlu diubah. Pengambilan susu UHT/Full Cream lebih baik dan yang lebih berperisa juga boleh diambil sekali sekala. 

Seeloknya diminum tiga kali sehari sahaja. Diet kanak-kanak di masa ini perlu diisi dengan pemakanan lain seperti yogurt dan makanan lain yang lebih asli.

Susu UHT/Full Cream yang boleh diambil seperti Susu Tepung Fullcream atau Susu Kotak Fullcream seperti Fernleaf atau Dutch Lady.



kredit foto :google


2. Minum air masak secukupnya.

Selain itu, anak-anak perlu dibiasakan minum air masak yang cukup bagi melembutkan najis. Sekiranya air yang diambil tidak cukup oleh tubuh, maka najis juga akan menjadi keras.


kredit foto :google


3. Pengambilan serat yang cukup.


kredit foto :google

Serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi adalah sangat bagus untuk usus. Serat yang bagus adalah dari sumber asli, bukan dibeli di farmasi.

Bagaimanpun, ingin diingatkan bahawa kentang bukanlah sejenis sayuran. Kentang adalah sejenis makanan berkanji dan pengambilannya boleh menggantikan nasi iaitu sumber karbohidrat. Oleh itu, kentang boleh menyebabkan najis menjadi keras. Jadi, berpada-padalah dalam pengambilan kanji seperti kentang.

Melalui pengalaman penulis, anak-anak berusia dua tahun ke atas akan menjadi fobia untuk membuang air besar kerana rasa sakit yang pernah dialaminya.

Maka, sekiranya langkah-langkah yang disebut telah diikuti, perlu untuk ibu bapa mengajar, mengingatkan dan bertanya adakah anak terasa ingin membuang.

Berikan sokongan kepadanya ketika dia ingin membuang air besar. Latih anak yang sudah cukup umur untuk membuang air di tandas kerana ianya lebih baik dalam usaha untuk mereka membuang najis dengan lebih teratur.


kredit foto : google

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit panduan kepada ibu bapa yang menghadapi masalah anak sembelit. - CARI
5

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keds 12-4-2019 11:22 AM
Perkongsian yg baik.....
Quote monolog 12-4-2019 11:30 AM
terima kasih membaca...
Quote buapakperut 12-4-2019 11:34 AM
iols dan anak kecil dua2 sembelit. tak cukup fiber kot. bila mkn banyak buah elok pulak tapi tak semua buah la
Quote monolog 12-4-2019 11:39 AM
pengalaman sy...anak tak boleh makan pisang..nanti jadi sembelit.
Quote bawangkecik 12-4-2019 11:40 AM
info bagus ni. anak aku selalu sembelit. tapi bab susu formula tu kadang2 tak apply gak kat sesetengah budak sembelit. kadang budak ni tak boleh minum susu yang ada sucrose(gula) banyak dalam susu.full cream tu manis betul banyak gula. alternatif nya cari susu formula yang tiada sucrose. contoh mamil learning, dugro sure.

macam anak aku minum susu tu baru ok. minum full cream cirit pulak. try n error ja la , kesian budak
Quote bawangkecik 12-4-2019 11:41 AM
ada budak tak boleh pisang, lagi sembelit. amalkan sayuran hijau dalam food. labu , zucchini elokla utk budak sembelit.
Quote awliya 12-4-2019 04:42 PM
saya bagi anak saya makan yogurt asli dan buah prune..alhamdulillah hari2  membuang dia even kat sekolah mcm2 makan..kita tak blh control kan..
Quote snowater 13-4-2019 08:03 AM
my daughter kalau sembelit bg makan buah naga..mmg mujarab la
kat die..tp jgn terkjut plk tgk poo poo die kaler merah gitu..btw she is 14 months old
Quote scarlett-jo 23-5-2019 03:08 PM
anak aku makan buah prune, insyallah ok la dia x sembelit
Quote cpnor 26-5-2019 12:51 AM
Anak no.3 sembelit..bagi pisang ok la..sayur pulak diexnak.makan..nampaknya maknya kene lebih kreatif.utk bagi die makan sayur jugak la
Quote mama_rock 29-5-2019 02:11 PM
anak i baru dua tahun. kalau kurang minum air atau susu. mostly bila membuang mesti nangis.
macam mana erk bila anak2 toddler yang fussy mkn. dia suka makan nasi, tapi malas nak kunyah ayam, sayur. sbb tu kerap sembelit. buah pon tak suka
Quote apedehal 30-10-2020 09:58 PM
mama_rock replied at 29-5-2019 02:11 PM
anak i baru dua tahun. kalau kurang minum air atau susu. mostly bila membuang mesti nangis.
macam  ...

Anak sy suka mkn nasi, ayam, kentang..benda2 yg boleh buatkan dia sembelit..anythg yg boleh lawaskan dia, dia reject..dlu suka gak mkn oat, buah naga broccoli betik..skang lansung xnk bila dah tahu benda2 tu sngkan dia membuang. Air pulak buat musuh..susu dah mcm2 susu tukar.probiotic prebiotic supplement bagai xjalan..duphalac lg la xjln, nak naikkn dos takut pulak..last2 enema jela setiap mggu. Urge utk berak tu ada tp dia tahan berak, fobia dah tu nk membuang..bila ajar potty meraung2 plak xnk..alaa mummy ni buntu..menangis mengenangkan ank payah nk membuang. Da mcm2 cara dah

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.109211 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top