CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Bau Busuk, Rupanya Ada Mayat Lelaki Tua Atas Bumbung Rumah

10-4-2019 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9433| Komen: 60|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Mayat seorang lelaki ditemui di atas bumbung dapur sebuah rumah penduduk di Jalan Pantai Kuala Kurau.
Mayat seorang lelaki ditemui di atas bumbung dapur sebuah rumah penduduk di Jalan Pantai Kuala Kurau.

Penemuan ini sekaligus menjawab persaoalan penduduk yang mencari punca bau busuk sejak beberapa hari lepas.


Kosmo Online melaporkan, mayat mangsa,  Lim Siew Kiang, 63, ditemui penduduk kampung dalam keadaan tertiarap dengan tangan kanan terjuntai pada pukul 10.30 pagi.

Foto: Facebook
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata,

“Siasatan awal mendapati mayat tersebut telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat.” 


Foto: Facebook
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Mohd. Hisham Osman berkata, 

“Tiba di lokasi, anggota menggunakan tangga dan alat pengusung untuk menurunkan mangsa.

“Mangsa dikatakan tinggal seorang diri di rumah tersebut dan dia dipercayai mahu membaiki bumbung rumahnya yang bocor." -CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 10-4-2019 08:14 AM







Quote pearl.silver 10-4-2019 08:16 AM
Heart attack masa repair bumbung?
Quote dauswq 10-4-2019 08:35 AM




dua gambar ni creepy. satu mayat dgn tangan tergantung2 mcm ju-on.
satu lagi, perempuan jalan catwalk depan mayat.


Quote dauswq 10-4-2019 08:37 AM
pearl.silver replied at 10-4-2019 08:16 AM
Heart attack masa repair bumbung?

kalau ya, mesti tuan rumah perasan identiti orang tu dan bagitahu pada wartawan.


ni mgkn kes mengendap tak pun mencuri time malam.


Quote lasagnaklcc 10-4-2019 09:17 AM
Rumah mcm nak runtuh ja.
Quote rospinki 10-4-2019 09:25 AM
aku selalu terpikir alat utk meletak mayat / stretcher tu diguna berulang2..maka sesiapa yg hidup atau mati akan diletakkan pada alat yg sama semasa proses kecemasan.

tak ngeri ke kalu yg hidup juga duk atas tu
Quote mdhelmi 10-4-2019 09:32 AM
rasa mcm bukan tuan rumah
org dtg nk btolkan bumbung pon bukan jugak
maling?
Quote nasi_goreng 10-4-2019 09:33 AM
rospinki replied at 10-4-2019 09:25 AM
aku selalu terpikir alat utk meletak mayat / stretcher tu diguna berulang2..maka sesiapa yg hidup at ...

kau laa ni kata macam tu terus seram aku sebab aku pun pernah baring atas tu. halamakkk
Quote insulin 10-4-2019 09:34 AM
Takziah. Kasihan mati seorang diri.
Quote AwanCikDania 10-4-2019 09:37 AM
Takziah. Tapi seram tgk keadaan mayat
Quote rospinki 10-4-2019 09:43 AM
nasi_goreng replied at 10-4-2019 09:33 AM
kau laa ni kata macam tu terus seram aku sebab aku pun pernah baring atas tu. halamakkk

betul kan..bukan apa..kalu dh jadi akan terjadi segalanya kita redha jek..cuma tu lah akak dgn memikir tak bole dipisahkan
Quote cap_ayam 10-4-2019 09:46 AM
dauswq replied at 10-4-2019 08:35 AM
dua gambar ni creepy. satu mayat dgn tangan tergantung2 mcm ju-on.
satu lagi, perempuan jal ...

Tak nampak la gambar yang ada tangan tergantung tu.. puas scroll balik tapi maybe hijab saya tertutup?
Quote iloveselangor 10-4-2019 09:49 AM
mdhelmi replied at 10-4-2019 09:32 AM
rasa mcm bukan tuan rumah
org dtg nk btolkan bumbung pon bukan jugak
maling?

Aku syak orang nak mencuri atau mengintai.

Sebab kewujudannya tak diketahui penghuni rumah tu
Quote leyassi 10-4-2019 09:51 AM
cap_ayam replied at 10-4-2019 09:46 AM
Tak nampak la gambar yang ada tangan tergantung tu.. puas scroll balik tapi maybe hijab saya tertu ...

haha sama. saya pun x nampak. sb pc ofis sy block gmbr kot

Quote myakayina 10-4-2019 09:55 AM
adoi..tertengok pic langsung putus selera nak bfast haa...  
Quote cap_ayam 10-4-2019 09:58 AM
leyassi replied at 10-4-2019 09:51 AM
haha sama. saya pun x nampak. sb pc ofis sy block gmbr kot

hahahah hijab sama2 tertutup ni..
Quote merrissa 10-4-2019 10:06 AM
mayat ni bukan tuan rumah?..jadi maybe nak skodeng? lepas tuh kene sakit jantung...meninggal
Quote bottombikini 10-4-2019 10:08 AM
cap_ayam replied at 10-4-2019 09:58 AM
hahahah hijab sama2 tertutup ni..

helok la tak nampak
satgi nampak tak lalu pula nak hadap

Quote Jajabeans 10-4-2019 10:12 AM
Kenapa bomba pakai tong gas? Elak bau ke tu

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.287668 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top