CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Bawah Timbunan Daun Kering, Pengutip Sampah Rogol Dan Bunuh Pelancong Jerman

10-4-2019 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10374| Komen: 34|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seorang pengutip sampah di Thailand ditahan polis atas dakwaan merogol dan membunuh seorang pelancong Jerman yang datang ke negara tersebut.
Seorang pengutip sampah di Thailand ditahan polis atas dakwaan merogol dan membunuh seorang pelancong Jerman yang datang ke negara tersebut.

Mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah, di bawah timbunan daun kering dan batu di pulau Koh Sichang di Teluk Thailand.



Mangsa
Foto: FB

Jurucakap polis, Krissana Pattanacharoen, menyatakan yang mangsa dipukul teruk di bahagian muka dan pelipis.

Media tempatan melaporkan suspek dikenali sebagai Ronnakorn Romruen, berusia 23 tahun.

Foto: FB
Tambah polis lagi, disebabkan bimbang mangsa membuat laporan polis, suspek menggunakan batu dan memukul wanita tersebut.

Dia ditahan beberapa jam kemudian di rumahnya, dengan baju dan seluar yang masih berlumuran darah.

Superintenden Polis Sichang, Atthakoon Salakoon berkata pihak berkuasa mendakwa Ronnakorn dengan bunuh dengan niat, rogol dan menyembunyikan mayat. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 10-4-2019 08:10 AM








Quote Cookingholic 10-4-2019 09:35 AM
Kesiannya perempuan tu pengakhirannya begitu
Quote mdhelmi 10-4-2019 09:37 AM
backpacker ni
merantau sorg2
tepi pantai pakai tali je kat badan
mmg easy target
Quote NBM 10-4-2019 09:42 AM
kenapa la tak cari pelacur je, akal pendek ending dia kt lokap la kan, padan muka kau
Quote Cookingholic 10-4-2019 09:46 AM
mdhelmi replied at 10-4-2019 09:37 AM
backpacker ni
merantau sorg2
tepi pantai pakai tali je kat badan

Diorg igt kat sini sama mcm ummah kokesen diorg yg tak heran org berbogel tepi pantai sekalipun
Quote lkick2113 10-4-2019 09:51 AM
NBM replied at 10-4-2019 09:42 AM
kenapa la tak cari pelacur je, akal pendek ending dia kt lokap la kan, padan muka kau

pelacur org thailand, nak rasa yg international...
Quote myakayina 10-4-2019 10:05 AM
hukum bunuh je manusia kejam mcm ni..
Quote dua_chzy 10-4-2019 10:08 AM
Sesuai sangat ngkorang letak gamba tu. Biar bangsat2 jantan dan betina yang berfikir rogol ini menyeronokkan, lihat sendiri realiti mangsa rogol gimana.
Quote Buritan 10-4-2019 10:18 AM
dua_chzy replied at 10-4-2019 10:08 AM
Sesuai sangat ngkorang letak gamba tu. Biar bangsat2 jantan dan betina yang berfikir rogol ini menye ...

Anak murid aku happy happy jah kata reta dirogol oleh keith foo.. demam cite ariana rose
Quote dua_chzy 10-4-2019 10:27 AM
Buritan replied at 10-4-2019 10:18 AM
Anak murid aku happy happy jah kata reta dirogol oleh keith foo.. demam cite ariana rose


Hahaha. Deyol tatau hakikat rogol ni gimana. Ingat seronok? Sedangkan tino yang ngaku menyundal tido dengan retis kpop skandal seks si Seungri tu pon, kata dibuat macam thing ja. After ngesek, main buang ja towel p badan pompuan tu. Memang dilayan ibarat pelacur takda nilai la. Ingat hada cuddle2 penuh kasih sayang? Puih la. Apatah lagik rogol paksa.
Quote brego 10-4-2019 11:21 AM
dua_chzy replied at 10-4-2019 10:27 AM
Hahaha. Deyol tatau hakikat rogol ni gimana. Ingat seronok? Sedangkan tino yang ngaku menyundal  ...

ngesex dgn org femes, mmg gitu la cara nya dia layan.
sebab hari2 dia boleh tukar pompuan, macam tukar baju.
bagi org femes ni, pompuan ibarat macam pakaian,
lepas pakai seharian, terus campak dalam bakul.
kt luar sana, ada banyak lagi pakaian2 baru sedang menunggu.

btw, ngeri tengok pic mangsa terselit celah batu.
predator tu mesti target mangsa randomly.
talk about being in the wrong place at the wrong time.


Quote Artemesiaa 10-4-2019 11:28 AM
Salah satu risiko solo traveller mesti dia ni dah lama kena peratikan sebelum jadi mangsa
Quote EvieWanKenobi 10-4-2019 11:32 AM
janganlah travel sorang2..
Quote CharlesDera 10-4-2019 11:35 AM
myakayina replied at 10-4-2019 10:05 AM
hukum bunuh je manusia kejam mcm ni..

tak boleh....melanggaq hak asasi penjenayah....wakakakakakakkakakaka
Quote chicozinn 10-4-2019 11:40 AM
Buritan replied at 10-4-2019 10:18 AM
Anak murid aku happy happy jah kata reta dirogol oleh keith foo.. demam cite ariana rose

Ya Allah, apooooo murid chuollss ni rela kne rogol ngn KF??kalu betul2 kne rogol tapi muka pecah umah ase2 rela ke idok??aduh kenot brain lah..
Quote amyza 10-4-2019 11:44 AM
Kesian nya mangsa
Quote dua_chzy 10-4-2019 12:05 PM
brego replied at 10-4-2019 11:21 AM
ngesex dgn org femes, mmg gitu la cara nya dia layan.
sebab hari2 dia boleh tukar pompuan, macam  ...


Memang. If aiol Seungri, aiol pon akan layan tino2 sundel yang bagi pooks free kat aiol macam benda. Menda free, takda orang akan hargai. Fakta.

Ai nak nangis tengok gambar mangsa tu. Imagine la tu anak pompuan kita. Apa kita rasa?
Quote duri_durians 10-4-2019 12:05 PM
otak letak kat telur ke?

tak faham kenapa masih ada pihak yg nak salahkan mangsa.

rogol itu jenayah! u should not rape in the first place!
Quote weezerfan 10-4-2019 12:49 PM
Kejam nya.. Tp mat salleh ni brani betul sorang2

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.062379 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top