CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hans Isaac Pengerusi Finas Baru

10-4-2019 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20347| Komen: 149

Description: Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menerusi satu kenyataan media mengumumkan pelantikan pelakon, penerbit dan pengarah filem, Datuk Gerald Hans Isaac sebagai Pengerusi Perbadanan Kemaj ...



Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menerusi satu kenyataan media mengumumkan pelantikan pelakon, penerbit dan pengarah filem, Datuk Gerald Hans Isaac sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 8 April 2019.


Foto: IG Hans Isaac

"Hans Isaac mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman dan terkenal sebagai seorang pelakon, penerbit dan pengarah filem selain menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan," katanya.

Pelantikan Hans Isaac sebagai Pengerusi Finas adalah keputusan Lembaga berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan Datuk Samsuni Mohd Nor yang telah menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi FINAS selama lebih empat bulan yang lalu.



Foto: KKMM

Gobind berharap ahli lembaga perbadanan itu akan memberi kerjasama kepada Hans Isaac. - CARI
2

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 10-4-2019 03:01 PM
untung lah,Gobind Singh nih sedara mara dengan kavitha sidhu...kavita & hans memang bff sudah lama







Quote laksmanabentan 10-4-2019 03:07 PM
memula - Ahmad Idham
lepas tu - Hans Isac
next - Afdlin Shauki
Quote greantea 10-4-2019 03:41 PM
ooooooo. patut la.......................

Quote buapakperut 10-4-2019 03:43 PM
Finas pun bakalan sendu
Quote sokmogitu 10-4-2019 03:46 PM
Tak terkejut.
Quote Burong_Hantuk 10-4-2019 03:52 PM
laksmanabentan replied at 10-4-2019 03:07 PM
memula - Ahmad Idham
lepas tu - Hans Isac
next - Afdlin Shauki

sendunya calon calon tuh
Quote Burong_Hantuk 10-4-2019 03:54 PM
tok hans sendu baru update status instagram


hansisaac
Setelah lebih 25 tahun berkecimpung di dalam industri filem dan seni negara, saya dengan rasa rendah diri bersedia untuk menerima jawatan yang dipertanggungjawabkan kepada saya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Untuk dua tahun yang akan datang, saya akan memberikan usaha yang terbaik demi melaksanakan tugas dan kewajipan saya.

Keutamaan saya adalah kebajikan dan kesejahteraan rakan-rakan industri dan pengamal seni yang lain di samping berusaha menaikkan kualiti filem dan hasil seni tanah air.

Harapan saya, masih sama, adalah supaya FINAS menjadi sebuah pertubuhan profesional, bukan politikal, dan telus supaya ia dapat bertahan dan membawa lebih manfaat kepada semua pengamal industri.

Saya amat teruja dan sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjuangan ini dan berganding tangan dengan CEO baharu FINAS, Ahmad Idham, serta ahli lembaga yang lain.

Salam hormat,
Dato' Hans Isaac
Pengerusi FINAS

Quote AshkieLa 10-4-2019 03:54 PM
so ahmad idham mintak surat tunjuk sebab aritu.. dia sebagai ape? confuse jap..
Quote aireen24 10-4-2019 03:56 PM
patutlah terlebih poyo..

nak naik kan nama ke ritu..
Quote RVP20 10-4-2019 03:56 PM
AshkieLa replied at 10-4-2019 03:54 PM
so ahmad idham mintak surat tunjuk sebab aritu.. dia sebagai ape? confuse jap..

CEO Finas
Quote AshkieLa 10-4-2019 03:59 PM

ooo..ok thank you.
Quote laksmanabentan 10-4-2019 04:02 PM
David Teo pulak tak nak dilantik ker?
lantik ler sebagai Pengerusi bersama ker... COO ker camtu....
Quote noreen 10-4-2019 04:04 PM
Burong_Hantuk replied at 10-4-2019 03:54 PM
tok hans sendu baru update status instagram

mohon jgn jadikan pertubuhan peribadi juga yer
Quote Izaabelle 10-4-2019 04:14 PM
Pls eh jgn dijadikan tempat hanya untuk kroni eh pls
Quote supernaturalee 10-4-2019 04:15 PM
pn faz sila komen sikit




Quote superwhy 10-4-2019 04:16 PM
Burong_Hantuk replied at 10-4-2019 03:54 PM
tok hans sendu baru update status instagram

"Keutamaan saya adalah kebajikan dan kesejahteraan rakan-rakan industri dan pengamal seni yang lain di samping berusaha menaikkan kualiti filem dan hasil seni tanah air."


kesejahteraan sangat ya sampai menuduh nuduh tanpa usul periksa




Quote pumpkingirl 10-4-2019 04:25 PM
iols lebih tertarik tengok gambar tangan lopak ituttt
Quote ziara 10-4-2019 04:33 PM
Ok mama tini boleh luluskan sbg menantu
Quote rayray28 10-4-2019 04:35 PM
X sbr2 update status berserta pangkat baharu di bwh yee

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.069217 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top