CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Balik Bercuti, Warga Emas Terkejut Jumpa Mayat Anak Hampir Reput Dalam Bilik

11-4-2019 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6415| Komen: 19

Description: Warga emas berusia 68 tahun terkejut menemui mayat anaknya yang hampir reput di dalam bilik tidurnya, lapor Sinar Harian.
Warga emas berusia 68 tahun terkejut menemui mayat anaknya yang hampir reput di dalam bilik tidurnya, lapor Sinar Harian.

Kejadian berlaku di Taman Seri Kota Pasir Pekan, Wakaf Bharu jam 3.30 petang semalam.



Foto: Sinar Harian

Lee Sai Mai yang baru pulang dari bercuti di Kuala Lumpur tidak menyangka akan menemukan anaknya, Ng Chee Siang, 47, dalam keadaan sedemikian.

Difahamkan, perbualan menerusi telefon pada Jumaat lalu adalah kali terakhir dua beranak itu bercakap.

Keesokannya, ibu mangsa cuba menghubungi anaknya tetapi tidak berjawab, kata Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud.

Mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tambah Ab Rashid, hasil pemeriksaan tidak mendapati sebarang kecederaan pada tubuh mangsa dan kematiannya tidak menunjukkan ada unsur jenayah. - CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 11-4-2019 04:50 PM
takziah..
rapat-rapatnya rumah dorang..
Quote cicicumel 11-4-2019 04:55 PM
prettyuglybabe: takziah..rapat-rapatnya rumah dorang..


rumah teres kan mmg la rapat2
Quote riyadhK 11-4-2019 05:01 PM
Jiran2 takde terhidu bau busuk ke
Quote jetrofa 11-4-2019 05:19 PM
agaknya baru nak surprisekan anak tu dgn ole2 t-shirt "I Love KL" tetiba dah mereput pula..sedih kan..


Quote prettyuglybabe 11-4-2019 05:46 PM
cicicumel replied at 11-4-2019 04:55 PM
rumah teres kan mmg la rapat2

bukan.. maksud i rapat tu tengok bumbung depan tu..sebaris hujung ke hujung..

tertutup abis depan rumah..
tak ada cahaya masuk..

so nampak sempit amat..
Quote EvieWanKenobi 11-4-2019 07:30 PM
dah dekat seminggu meninggal..
Quote aHoi83 11-4-2019 08:03 PM
jetrofa replied at 11-4-2019 05:19 PM
agaknya baru nak surprisekan anak tu dgn ole2 t-shirt "I Love KL" tetiba dah mereput pula..sedih kan ...

I tak tau komen ni serius or double meaning. Yg pasti i tergelak baca komen ni even permulaan baca article ni  i rase sedih. Takziah pada keluarga
Quote LautBiru52 11-4-2019 08:25 PM
Sedih nya kalau meninggal sebab sakit
Quote moonbug 11-4-2019 08:46 PM
Adakah kena heart attack
Quote ikanmasin 11-4-2019 09:30 PM
tgh tidur mati mengejut kot..
Quote ixora87 11-4-2019 09:46 PM
Kesian warga emas tu. Mesti teringat - ingat mayat anaknya yg berulat.. macam mana nk teruskn khidupan lpas ni {:cryrun
Quote Konahhh 11-4-2019 09:49 PM
Takziah, kesian ayahnyaaa
Quote stania83 11-4-2019 09:59 PM
ingatkan ayah yg meninggal, rupanya anak yg meninggal dulu.
Quote passwork 11-4-2019 11:05 PM
prettyuglybabe replied at 11-4-2019 05:46 PM
bukan.. maksud i rapat tu tengok bumbung depan tu..sebaris hujung ke hujung..

tertutup abis dep ...

Biasanya tn rumah sambung sndiri utk area poc tu.
Quote sfrnna 12-4-2019 08:58 AM
Jiran x berbau ke sbb dah hampir reput.
Quote supernaturalee 12-4-2019 09:45 AM
sfrnna replied at 12-4-2019 08:58 AM
Jiran x berbau ke sbb dah hampir reput.

jiran keluar subuh balik isyak kot
mn nk perasan

again...kot


Quote famri7 12-4-2019 09:54 AM
Semoga roh allahyarham dicucuti keindahan sorga..dah la mati hari jumaat terlepas seksha kubur..katanyalah.
Quote jazaa100 12-4-2019 09:57 AM
prettyuglybabe replied at 11-4-2019 04:50 PM
takziah..
rapat-rapatnya rumah dorang..

Rumah taman....

Pastu pakat pakat pasang awning utk buat porch
Quote GigaMom 12-4-2019 12:06 PM
Sedondon sungguh porch taman ni. muhibbah sgt

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052811 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top