CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Game Engine Percuma Untuk Bakat Baru Pembangun Permainan Video

12-4-2019 10:49 AM| Diterbitkan: cruze21| Dilihat: 2339| Komen: 0|Original author: Oleh: Botak Tech Tips

Description: Mencipta permainan video sendiri bukannya kerja mudah. Permainan Video bertaraf AAA mungkin mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk dihasilkan. Mungkin kita menyangka, mustahil bagi mereka yang ti ...



Mencipta permainan video sendiri bukannya kerja mudah. Permainan Video bertaraf AAA mungkin mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk dihasilkan. Mungkin kita menyangka, mustahil bagi mereka yang tidak mempunyai asas dalam bidang IT/Programming untuk menghasilkan permainan video sendiri.

Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi yang kita miliki kini, membina dan mencipta permainan video lebih mudah dengan adanya platform yang dikenali sebagai Game Engine.

Animas, Fizik, Pengaturcaraan, semuanya boleh diatur mengunakan Game Engine. Bagi Newbie Developer, ini antara lima Game Engine Percuma untuk memulakan pengembaraan anda dalam industri ini.


1. Game Salad.


Game Salad digunakan khas untuk mengajar kanak-kanak asas programming di USA. Ini bermakna ianya ringkas dan mudah untuk digunakan oleh semua golongan. 


Sumber : Venture Beat


Tempat yang baik untuk bermula jika kita lansung tidak mempunyai sebarang asas pemprograman. Game Salad lebih sesuai untuk mereka yang berminat menghasilkan permainan video 2D. 


Namun, memandangkan fokus Game Salad lebih kepada pendidikan, ianya tidak sesuai digunakan untuk projek rumit.


2. Game Maker.

Salah satu Game Engine 2D yang popular dan menjadi pilihan ramai indie developer. Bagi mereka yang serius untuk menghasilkan permainanan video 2D, Game Maker platform terbaik anda. 


Sumber : Game Maker


Sudah tentunya lebih sukar dan kompleks daripada Game Salad dan anda perlu melabur sedikit masa untuk mempelajari dan memahami ciri-ciri serta kelebihan Game Maker.


3. Godot.

Sejujurnya, penulis sendiri pun tidak mengetahui kewujudan Godot sebelum menulis artikel ini. Tidak banyak pekara yang boleh diulas, namun kebanyakkan penguna baik kasual atau profesional sepakat menyatakan Godot merupakan satu platform yang cukup ringkas, ringan dan pantas. 


Sumber : Git Hub


Oh ya, Godot lansung tidak mengenakan sebarang caj kepada penguna. Tiada royalti, pakej premium, segala-galanya percuma. Boleh digunakan untuk projek 2D/3D.


4. Unity.

Unity boleh dikatakan Game Engine paling popular dan sempurna untuk digunakan. Sudah tentu lengkung pembelajaran untuk Unity tidak semudah Godot, Game Maker dan Game Salad, namun bagi mereka yang serius dalam industri permainan video, Unity adalah platform yang anda perlu kuasai.


Sumber : Unity Blog


Sebagai platform paling popular di dunia, Unity mempunyai komuniti yang besar serta menganjurkan pelbagai kursus offline dan online untuk penguna mereka.



5. Unreal Engine

Game Engine yang sangat popular dalam kalangan developer permainan video AAA. Fortnite, PUBG, Borderlands 2, Bioshock, Mass Effect , Hell Blade, DmC : Devil May Cry antara contoh permainan video yang mengunakan Unreal Engine sebagai game Engine. 


Sumber : Study Breaks Magazine


Jika mahu bekerja di di studio AAA, pastikan anda mahir mengunakan Unreal Engine.


Masih terdapat pelbagai Game Engine diluar sana. CryEngine, Corona, RPGMaker antara alternative yang ada. Apa yang penting sebelum bermula, pastikan anda mempunyai idea mengenai konsep permainan video yang bakal anda reka sebelum memilih platform paling sesuai untuk idea tersebut. - CARI

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.043158 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top