Pada 2017, industri permainan
video dikejutkan dengan kegagalan epik Mass Effect: Andromeda.
Walaupun menelan belanja melebihi 40 Juta Dollar, hasil selepas lima tahun dalam pembangunan permainan video itu sangat mengecewakan. Gambar dibawah salah satu masalah animasi yang terpaksa dibaiki Syarikat penerbitan Electronic Arts (EA). Walaupun lebih satu Juta salinan berjaya dijual,
EA mengumumkan bahawa projek Mass Effect: Andromeda
adalah satu kegagalan. Berbeza dalam kes Mass Effect, Bioware telah mewujukan dua pasukan. Pasukan Pertama berpangkalan di Edmonton, Kanada yang merupakan pasukan utama dan akan fokus untuk membangunkan 'Anthem', satu Intelectual Property (IP) baru. Manakala, pasukan kedua akan berpangkalan di Montreal, Kanada. Mereka akan membangunkan Mass Effect: Andromeda. Namun, apa yang menjadi
masalah, pasukan kedua yang digelar Bioware Montreal ini langsung
tidak pernah menghasilkan apa-apa permainan video. Mereka hanya
mempunyai pengalaman dalam mereka beberapa Downloadable Content (DLC)
untuk Mass Effect 3. 2. Pelan Yang Terlalu Bercita-cita tinggi.
Namun, di saat akhir mereka akhirnya sedar bahawa
ianya sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.
EA turut memaksa
studio-studio ini mengunakan Frostbite. Malangnya, Frostbite bukanlah
Game Engine serba guna seperti yang disangka EA. Walaupun bagus untuk
permainan video First Person Shooter (FPS) seperti Call of Duty dan
Battlefield, Frostbite merupakan mimpi ngeri bagi developer permainan
video RPG. |
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.046802 second(s), 30 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.