CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belajar Memasak Hidangan Kepala Kambing, Enakkah?

16-4-2019 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3987| Komen: 20

Description: Makan kepala kambing? Mungkin ia kedengaran pelik bagi sesetengah orang. Namun, menu kepala kambing bukanlah satu perkara yang luar biasa mengikut Adat Perpatih di Negeri Sembilan.Memetik laporan Hari ...
Makan kepala kambing? Mungkin ia kedengaran pelik bagi sesetengah orang. Namun, menu kepala kambing bukanlah satu perkara yang luar biasa mengikut Adat Perpatih di Negeri Sembilan.


Memetik laporan Harian Metro, Luak Gunung Pasir menganjurkan program Olek Luak Gunung Pasir Masakan Tradisi Kepala Kambing di Kampung Sikai, Sri Menanti. 

Ia bertujuan bagi memastikan adat tersebut tidak pupus ditelan zaman. 

“Program berteraskan Adat Perpatih membuka peluang untuk peserta menimba pengalaman memasak kepala kambing. Mereka didedahkan dengan keistimewaan masakan tradisi kami,” kata Penghulu Luak Gunung Pasir Hanizam Harun.

Kredit foto: Harian Metro


Katanya lagi, peserta juga diajar penyediaan bahan dan juga cara memasak agar kepala kambing dapat disediakan dengan lebih enak. 

“Melalui program ini, kami mahu mempromosikan masakan itu di peringkat lebih jauh,” ujarnya. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 16-4-2019 05:40 PM
Erkkkkk


Quote giyomi 16-4-2019 06:50 PM
euwwwww...
Quote sehirkedi 16-4-2019 09:01 PM
Hmm.. Malaysia ni kaya dengan macam2 makanan. Macam mana rasa kepala kambing ni? Ade sesiapa pernah makan? Iols tak makan daging.. Jadi kalaunak mencuba tu memang tak lah.. Hehe
Quote carly_lah 16-4-2019 09:07 PM
kita kt sini je yg x baper nk makan... tp bila tgk muslim kt arab, china etc... elok je depa makan... masakan pun menyelerakan... kt sini ramai berselera makan kepala lembu....
Quote Elle_mujigae 16-4-2019 09:30 PM
Makanan orang Minang ye..tak pernah tahu pun...huhu
Quote Flake123 16-4-2019 09:36 PM
Kambing gosok gigi tak?
Quote OrkedCattleya 17-4-2019 01:02 AM
Lain org lain seleranya..yg penting jangan hina makanan org..
Quote dua_chzy 17-4-2019 01:50 AM
Sah2 sedap terutama bahagian pipi. Google la goat cheek meat. Takyah korang ew ew sangat jika belom merasa.

(Akak pon belum merasa tapi akak pernah makan kapla lombu, babi, and they were delish. ).
Quote ninja boy 17-4-2019 02:43 AM
Edited by ninja boy at 17-4-2019 02:51 AM

Otak kambing berperisa kari sedut pakai straw. Dan bola mata kambing kaya zat, lidah, juga taik hidung taik telinga kasi korek
Quote dani-rox 17-4-2019 02:52 AM
tak pernah rasa tp ai yakin masakan kepala kambing lebih sedap dan berkhasiat berbanding fast food yg ummah cekik tetiap hari
Quote CARI-MAMS 17-4-2019 10:21 AM
kalau gi kedai minang mmg ada gulai otak lombu
Quote rospinki 17-4-2019 10:26 AM
bpk aku la suka bwk balik kepala kambing masa dulu2..takde sapa nk kejakan
udah kita tgk megelupor ketakutan kepala tu kt dapo baru disemelih
lepas tu bpk lapah ketang ketung dgn kapak
dia makan sorg2
pastu kena darah tinggi
ya rasulullah! tu yg bpk ckp bile kena atack high blood

Quote dekmieDandy 17-4-2019 10:35 AM
ayah aku suka makan

tapi aku memang tak boleh, rasa dia kuat sangat rasanya
Quote multinicky 17-4-2019 05:28 PM
kepala ikan bilis pon meoks anti, ini kan pula kepala kambing tp kepala udang galah is such a delicacy
Quote BeskotCekelat 17-4-2019 06:07 PM
Kalau tengok gambar tu, kepala kambing ni dibelah dua & diikat/dililit dengan tali perut kambin yang dah dibersihkan. Lepastu dimasak kari guna rempah basah, rasanya amat menggiurkan sehingga menjilat jari kaki..
Quote ultra78 17-4-2019 06:12 PM
Kepala tu dibelah rupanya. Ingatkan kenapalah kecik mcm kepala kucing
Quote None68 17-4-2019 09:31 PM
Orang rajin je yg masak kepala kambing ni..
Quote baghal_bortuqal 17-4-2019 10:26 PM
kuzi kepala biri2 is da bombbbb
Quote acikhan 17-4-2019 10:39 PM
Hoi, kepala kambing ngan lembu wat Kari pekat mmg the bomb kaww...torbaik, sedap gills hokay! Lelebih lg part kt leher tu manyak isi...

Haku dolu mmg x pandai mkn n sejak bpe taun nie Bru pandai makan tp mmg arr ko try je wat Kari pekat mmg terangkat tp resepi make haku laa

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.061582 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top