CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini 7 Fakta "Gelap" Mengenai Disney Yang Dirahsiakan Dan Ramai Tidak Tahu!

17-4-2019 09:49 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 5757| Komen: 16|Original author: Oleh: nameera

Description: Walt Disney atau Disney adalah sebuah perusahaan konglomerat di bidang media dan hiburan tertua di dunia sejak tahun 1923 lagi.
Walt Disney atau Disney adalah sebuah perusahaan konglomerat di bidang media dan hiburan tertua di dunia sejak tahun 1923 lagi.


Kredit Foto:Google


Kewujudannya sejak sekian lama, menjadikan watak-watak Disney cukup popular. Cakap sahaja mengenai watak-watak Princess Disney, dan Mickey Mouse, siapa sahaja yang tidak tahu mengenai watak-watak ini. Mustahil!

Tidak cukup dengan watak-watak kartun yang menarik, taman temanya juga tidak kurang hebatnya. Cukup terkenal dan dikatakan tempat paling bahagia di dunia.

Namun, tahukah anda Disney juga menyimpan beberapa fakta yang tidak diketahui ramai orang, bahkan dirahsiakan! 


Memetik beberapa sumber, ini adalah tujuh fakta mengenai Disney yang ramai tidak tahu dan dirahsiakan.


1. Ada yang pernah meninggal


Kredit Foto:Google

Sebelum ini, kita pernah mendengar beberapa cerita mengenai kemalangan di  taman tema bukan? Begitu juga di Disney. 

Di taman Disney Florida, pernah berlaku kemalangan kerana taman permainannya yang gagal berfungsi dengan baik dan telah mencatat empat kematian. 

Kemalangan pertama adalah pada 1964, seorang kanak-kanak lelaki terjatuh dari permainan peluncur apabila dia tiba-tiba sahaja berdiri saat permainan itu sedang bergerak. Berikutnya pula adalah pada 1999, seorang pengunjung terjatuh dari ketinggian 12 meter daripada sebuah kereta kabel.


2. Menjadi taman perkuburan untuk membuang abu mayat


Kredit Foto: Google

Sering dianggap tempat paling bahagia di dunia sehingga ada individu mahu tinggal di taman tema ini untuk  selama-lamanya. Mereka sanggup menulis surat wasiat supaya apabila mereka meninggal, abu mayat akan di tabur di seluruh kawasan taman tema seperti di kawasan taman tema The Haunted Mansion dan The Pirates of Caribbean.

Namun, perbuatan tersebut merupakan sesuatu yang dilarang pihak taman tema, tetapi masih ramai yang cuba menabur abu ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Hal ini menjadi masalah besar untuk pihak taman tema sehingga pekerja kawasan itu diberi latihan khas untuk membersihkan abu mayat di kawasan taman tema.


3. Discovery Island


Kredit Foto:Youtube

Discovery Island adalah sebuah taman tema Disney terletak di Florida yang berada sebuah pulau tidak jauh dari persisiran pantai. Ia dibuka pada 1974 dan ditutup pada 1999. Dikatakan, taman tema ini ditutup disebabkan faktor kewangan yang tidak dapat menampung kos pengurusan.

Namun, banyak misteri ditemui di kawasan taman beberapa tahun setelah sekian lama ditutup.

Beberapa kumpulan dikatakan memasuki kawasan tersebut dan menemui pelbagai benda aneh yang mana kawasan tersebut dijadikan sebuah makmal penyelidikan dan kajian mendapati terdapat satu parasit yang memakan otak manusia mengelilingi pulau tersebut lantas membuatkan ramai percaya ancaman dari parasit punca taman tema tersebut ditutup.


4. Tengkorak manusia dalam taman tema.


Kredit Foto:Google

Pada 1967, tengkorak dan tulang asli digunakan di dalam kawasan taman tema The Pirates of Caribbean bagi  menampakkan keadaan di dalam lebih semula jadi. 

Disney menggunakan yang asli disebabkan yang palsu tiada ciri-ciri tengkorak asli dan kelihatan seperti permainan. Namun, setelah beberapa tahun, ikutan daripada teknologi yang semakin memaju tengkorak palsu berjaya dicipta dan kelihatan seperti yang asli dan tengkorak asal ditukar kepada yang palsu.


5. Club 33


Kredit Foto:Google

Club 33 adalah sebuah kelab eksklusif Disney hanya untuk orang tertentu sahaja yang disembunyikan daripada orang ramai. Club 33 terletak di dalam kawasan taman tema Disneyland dan untuk memasuki kelab ini, seseorang harus menjadi ahli kelab terlebih dahulu.

Bagi menjadi ahli kelab ini, ia perlu mengambil masa bertahun-tahun dengan yuran untuk menyertai kelab ini adalah sebanyak ASD40 ribu dan ASD10 ribu dikenakan untuk yuran tahunan.

Ahli Club 33 akan mendapat layanan VIP di seluruh taman tema dan akses tanpa had untuk bersuka ria dengan pelbagai permainan di seluruh taman tema.


6. Kekurangan watak ibu dalam filem-filem Walt Disney


Kredit Foto:Google

Hampir semua watak dalam filem Disney tidak lagi mempunyai seorang ibu. Ibu Bambi terbunuh, Ariel dibesarkan tanpa seorang ibu di Little Mermaid, ibu Quasimodo terbunuh secara kejam di Bungkuk Notre Dame, Cinderella dibesarkan oleh ibu tirinya dan Snow White dibesarkan oleh seorang ratu jahat.

Hal ini kerana Walt Disney menulis cerita yang terkandung dalam kisah hidupnya sendiri yang juga kehilangan ibunya. Ibunya meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida di rumah yang dibeli olehnya. 

Itulah sebabnya beliau tidak dapat melepaskan rasa bersalah, lantas diwujudkan dalam cerita-cerita dalam film Walt Disney yang dibuatnya.


7. Karier pemain suara Snow White yang musnah


Kredit Foto:Brilio

Pelakon Snow White, Adriana Caselotti tidak dapat lagi bekerja di dunia hiburan selepas mengisi suara Snow White. Mengapa? Ini kerana dalam kontrak yang ditandatanganinya, ada peraturan yang tidak membenarkan dia menggunakan suaranya dalam produksi lain.

Walt Disney tidak mahu suara Adriana digunakan oleh filem lain. Lebih buruk, Adriana hanya mendapat bayaran sebanyak ASD970. Tetapi, Adriana tidak menyesal kerana mengisi suara Snow White. Dalam satu wawancara beliau menyatakan, "Lebih baik untuk hanya terlibat dalam 1 filem yang hebat daripada 10 filem yang biasa-biasa saja".

Wanita ini meninggal pada 1997 ketika berusia 80 tahun.
 

Fakta menarik bukan? Apa kata anda? Apa-apa pun, watak-watak kartun Disney antara yang terbaik! Setuju tak? - CARI


Sumber : http://mentalfloss.com/article/28639/walt-disneys-secret-tragedy, https://famous.brilio.net/video/discover/ngeri-inilah-5-rahasia-kelam-disney-yang-belum-banyak-diketahui-170821o.html,https://ms.wikipedia.org/wiki/Walt_Disney,https://www.youtube.com/watch?v=x_SN_Fc-1v4&list=PLnBd4WveyEfdH4ZzIAJwg0T-PII_0GOsg&index=13&t=0s,https://ms.wikipedia.org/wiki/Walt_Disney
4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 17-4-2019 10:27 AM
No 7 tu sadis sgt
Quote Bilissey 17-4-2019 10:46 AM
Semua fakta best TT.. Apa kata TT buat thread baru..satu pasal club 33, satu pasal pulau terpencil, satu pasal suara snow white (kenapa suaranya x guna untuk filem seterusnya) dan tentang tragedi kemalangan di taman tema disney..

Mcm saya, saya teringan nak tahu lebih tentang club 33..apa je keistimewaan..etc

Quote idakamaruddin 17-4-2019 11:49 AM
disney dh take over 21st century fox
Quote supernaturalee 17-4-2019 12:06 PM
idakamaruddin replied at 17-4-2019 11:49 AM
disney dh take over 21st century fox

kantheir getting even bigger than ever



Quote mizruncing 17-4-2019 02:02 PM
wahhh good info ! baru tahu
Quote MadameOnion 17-4-2019 02:37 PM
club 33 tu ada masuk food network..tapi takdelah misteri sgt.. cuma tempat orka je..org takda membership mmg tkleh masuk
Quote ikanmasin 17-4-2019 03:31 PM
wah good info ..tq share tt
Quote None68 18-4-2019 03:38 PM
Tq for sharing.
Quote pokaibanktokyo 27-4-2019 07:36 AM
idakamaruddin replied at 17-4-2019 03:49 AM
disney dh take over 21st century fox

Yeah. Wajah baru disney sekarang.

[youtube]xEvb7B4O698[/youtube]
Quote pokaibanktokyo 27-4-2019 07:39 AM
Aku suka sangat babak predator ketawa nih

[youtube]fnfDXznMf0E[/youtube]
Quote teddykuning86 5-8-2019 02:24 PM
Bilissey replied at 17-4-2019 10:46 AM
Semua fakta best TT.. Apa kata TT buat thread baru..satu pasal club 33, satu pasal pulau terpencil,  ...

Setuju. Nak tau lebih lanjut tentang Club 33 tu.
Quote teddykuning86 5-8-2019 02:25 PM
Apapun tq tt for sharing this good info.
Quote mrs_salvatore 5-8-2019 03:26 PM
ekceli citer2 klasik disney tu pun die cilok dr org lain jugak. mcm cinderella, snow white, rapunzel, sleeping beauty tu cedok dr grimms, aladdin dr 1001 nights. plg hangsuang tu pocahontas tu mmg die twist sungguh citer tu, sejarah sebenar pocahontas lagi sadis. tp disney takleh nk copyright citer-citer tu, tu pasal dlm brape tahun skali disney akan renew balik movie2 tu seolah-olah  mcm tu dia punya la.

cuma pocahontas je die tak jadikan as disney princess sbb citer tu mmg die twist giler2 dh mcm tipu sejarah dah.
Quote mrs_salvatore 5-8-2019 03:39 PM
supernaturalee replied at 17-4-2019 12:06 PM
kantheir getting even bigger than ever

and jgn lupe uols, marvel studio.

last year ade kes budak meninggal, die ni mmg die hard fans spiderman la. so bapak die nk letak spiderman kt batu nisan budak tu. tp marvel tak kasik. alasan marvel, sbb polisi mendiang walt disney yg tak kasik character under disney ni digunakan oleh public. like ello spiderman tu bknnye walt disney yg create pun. xde timbang rasa gak disney ni


Quote afie_m 5-8-2019 03:48 PM
kisahnya..good info
Quote Foxey 25-8-2019 10:23 AM
Menarik info ni. Something new yang tak pernab tau pun. Syabas TT.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.384931 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top