CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bursa Malaysia Tercorot Di Dunia, Najib Ucap 'Tahniah'

17-4-2019 03:19 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6271| Komen: 58|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Satu-satunya pasaran saham di dunia yang jatuh
Gambar hiasan. Kredit foto: The Star


Pengumuman Bloomberg bahawa Bursa Malaysia merupakan bursa paling teruk di dunia pada 2019 membuktikan dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya ekonomi negara semakin baik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah tidak benar. 

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bursa Malaysia merupakan satu-satunya pasaran saham di dunia yang jatuh sedangkan bursa-bursa lain sedang menunjukkan aliran positif.

Memetik status dalam laman Facebook beliau pada 16 April, bekas Menteri Kewangan itu menyatakan, sebelum PRU-14, Bursa Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia.


Kredit foto: Facebook

Para netizen turut berkongsi pandangan serupa dengan Najib serta menyuarakan kebimbangan mereka terhadap prestasi ekonomi negara yang semakin jatuh sejak PH berkuasa.

Malah, ada di antara mereka yang menganggap kerajaan PH tidak mampu mentadbir negara dengan berkesan serta mahu Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU-15 diadakan.

Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Bloomberg

Sementara itu, memetik laporan Bloomberg pada 16 April, prestasi teruk Bursa Malaysia itu semakin menjejaskan usaha kerajaan PH untuk menarik pelabur-pelabur asing.

Antara punca yang menyumbang kepada masalah itu adalah dasar ekonomi kerajaan yang tidak berkesan serta tindakan pemimpin-pemimpin PH mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pentadbiran terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) untuk menutup kelemahan mereka.

Malah, peningkatan harga minyak di pasaran dunia juga tidak memberi kesan positif terhadap Bursa Malaysia walaupun Malaysia merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak.

Bursa Malaysia menunjukkan reaksi negatif terhadap kenaikan harga minyak mentah dunia. Kredit foto: Bloomberg

Setelah hampir setahun berkuasa, kerajaan PH sepatutnya berusaha lebih gigih untuk memulihkan ekonomi negara dan bukannya menjerumuskan rakyat dalam kemelut politik berpanjangan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 17-4-2019 03:22 PM
Emm. Ingat amik lim guan eng lagi menariklaa ekonomi kita.. rupe rupenya lagi teruk.. tahniahlaa lim guan eng dpt no satu ...
Quote chinta89 17-4-2019 03:37 PM
omg                                               
Quote hussaini4675 17-4-2019 03:38 PM
Tunggu nuar berahim jadi pm baru ok kot
Quote Buritan 17-4-2019 03:41 PM
hussaini4675 replied at 17-4-2019 03:38 PM
Tunggu nuar berahim jadi pm baru ok kot

Usahlaa harap benda yg baru tuu lg bagus dr yg lama..
Quote hussaini4675 17-4-2019 03:42 PM
Buritan: Usahlaa harap benda yg baru tuu lg bagus dr yg lama..


Kata-kata itu secara sinis
Quote Abot 17-4-2019 03:54 PM
trader2 ikan bilis da boleh masuk gua
Quote harizs 17-4-2019 03:56 PM
TAHNIAH fake accountant yg urus ekonomi negara
Quote Minah Komando 17-4-2019 04:04 PM
memalukan sungguh...
Quote R2D2 17-4-2019 04:08 PM
org yg jenis menipu kelayakan ni boleh atau mampu ke buat kerja
fokus 5 tahun ke depan etc

sori!
Quote lkick2113 17-4-2019 04:17 PM
Hahahahhhahahahaha dato seri @arnauld dan @True-X  dapat tempias tangan2 bodoh yg undi PH
Quote arnauld 17-4-2019 04:20 PM
Aku dah larikan investment ker Dana Nasdaq tak boleh tahan hari2 jatuh...D4P dok kekah duit gov ker supporters dia org, pru15 bgt dia unlimited...
Quote monreyes 17-4-2019 04:38 PM
konon la nak bagi peluang 5 tahun...
x sampai setahun jahanam melingkup...
tgk LGE ngan nyonya kipas bagi ucapan pun tergagap2...
jauh beza dgn DSN...
mmg aku doa bubar parlimen...
kembalikan BN...
Quote grouper 17-4-2019 04:45 PM
Sbb ko le umno bn jatuh...malu apa bosskuu
Quote harizs 17-4-2019 04:45 PM
monreyes replied at 17-4-2019 04:38 PM
konon la nak bagi peluang 5 tahun...
x sampai setahun jahanam melingkup...
tgk LGE ngan nyonya kip ...

Beribu2 tanniya....jenuh la nak repair balik kerosakan yg lahanat2 ni dah buat.  Ringgit menjunam pun atok salahkan trump walhal duit baht elok jer naik...akibatnya barang2 thailand jd mahal skrg
Quote dua_chzy 17-4-2019 04:46 PM
Semua ni, ketentuan Allah.

Quote relaxjek 17-4-2019 04:50 PM
tak bole nak handle Malaysia.. bubarkan je laa ape nak susahkan rakyat.. kalau hangpa PH betul2 ikhlas dgn rakyat laa.. hangpa bubar parlimen..bagi rakyat pilih semula sape berhak jaga kewangan Negara.. Dap aka Ph ke BN.. dulu rakyat pilih hangpa pasai depa ingat hangpa ni hebat,, tapi hampeh laa..
Quote Knights 17-4-2019 04:55 PM
penjenayah ni boleh duduk diam tak

kau tu kes mahkamah bertimbun

ada hati nak komen pasal ekonomi negara
Quote Knights 17-4-2019 04:56 PM
Penyamun tinggalkan hutang hampir 1 Trillion
Quote monreyes 17-4-2019 04:57 PM
relaxjek replied at 17-4-2019 04:50 PM
tak bole nak handle Malaysia.. bubarkan je laa ape nak susahkan rakyat.. kalau hangpa PH betul2 ikhl ...

pengajaran buat rakyat msia yang bengap lagi tamak haloba...
ingat lepas PH menang sume pakat jadi kaya raya...

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.243362 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top