CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menakjubkan! Hotel Bawah Tanah Pertama Di Dunia. Ini Gambar Dan Fakta Menarik Bikin Anda Terpegun

18-4-2019 11:49 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 7193| Komen: 18|Original author: Oleh: nameera

Description: Negara China sering memberi "kejutan" kepada dunia luar atas keunikannya dan betapa luar biasa projek-projek pembangunan di negara ini. Kali ini, China berjaya mencatat sejarah dengan pembinaan Ho ...
Negara China sering memberi "kejutan" kepada dunia luar atas keunikannya dan betapa luar biasa projek-projek pembangunan di negara ini. Kali ini, China berjaya mencatat sejarah dengan pembinaan Hotel Bawah Tanah yang pertama di dunia.


Kredit Foto: Google
Hotel bawah tanah pertama di dunia yang dinamakan sebagai InterContinental Shanghai Wonderland  atau dikenali sebagai Hotel Deep It terletaknya di Shanghai dan telah pun  di buka sejak November yang lalu.


Kredit Foto: ihg
Untuk itu ini gambar dan fakta menarik mengenai hotel bawah tanah InterContinental Shanghai Wonderland.


1. Hotel dibangunkan di sebuah lokasi perlombongan yang terbengkalai.

Kredit Foto: ihg
Biasanya  pembinaan hotel dan resort mewah akan ditempatkan di bandar raya dan di tepi pantai  yang menjadi tumpuan orang ramai. Tetapi Hotel Deep Pit yang bertaraf lima bintang ini dibina di dalam dalam kuari yang terbengkalai di bandar Songjiang, iaitu terletak di barat daya Shanghai, kira-kira 35km dari pusat kota Shanghai.

2. Hotel bawah tanah dan bawah air

Kredit Foto: Google
Perkara lain yang membuatkan hotel ini lebih unik  adalah disebabkan struktur bangunannya yang mempunyai berbelas-belas tingkat iaitu enam belas  dari lapan belas tingkat hotel dibina di bawah tanah, termasuk dua tingkat di bawah air yang terdiri daripada bilik dan restoran. Setingkat lagi pula menghadap ke akuarium bawah air dan  menyediakan kemudahan kompleks sukan termasuk kolam renang.

Kredit Foto: ihg
Tidak dinafikan salah satu kejayaan kejuruteraan yang berlaku sepanjang dekad pembinaan hotel, Shanghai Wonderland nampaknya satu-satunya hotel dengan semua lantai tenggelam di bawah genangan air.


3. Berkonsepkan alam semula jadi

Kredit Foto: Google
Selain menjadi hotel underground yang unik, hotel ini mengfokuskan kepada reka bentuk mesra alam yang semula jadi.

Hal ini demikian, ia memiliki jana kuasa sendiri, termasuk untuk tujuan pemanasan dan pencahayaan melalui tenaga geotermal dan tenaga solar, serta bumbungnya yang diliputi tumbuhan hijau.


4. "Dalam Imej" - Walkway Made of Glass

Kredit Foto: Google
Di samping mempunyai tarikan yang melibatkan bungee-jumping  dan pendakian di dinding kuari, terdapat sebuah laluan pejalan kaki diperbuat daripada kaca, seperti ditunjukkan gambar di atas, ia mungkin dibina untuk membolehkan akses yang mudah antara bahagian atas dan bawah kuari .


5. Pemandangan yang indah dan penuh panorama

Kredit Foto: Google
Dengan jumlah bilik lebih kurang 336 suite, hotel InterContinental Shanghai Wonderland menjanjikan penginapan yang terdedah kepada air tejun di tebing-tebing sekitarnya ang cukup menarik dan penuh panorama.

6. Mengambil masa 10 tahun untuk menyiapkannya

Kredit Foto: Google
Lebih 5,000 orang  tenaga kerja terdiri daripada arkitek, jurutera, pereka dan pekerja turut serta dalam pembinaan yang mengambil masa 10 tahun ini.

Projek ini asalnya sudah ditubuhkan sejak 2006 ini lagi. Namun tidak dapat memulakan kerja pembinaan berikutan timbulnya pelbagai kesukaran dan risiko, sehinggalah  pada tahun 2013 kerja-kerja pembinaan secara rasmi dimulakan. 


7. Dibangunkan oleh Syarikat yang sama membina Burj Al Arab

Kredit Foto: Google
Syarikat British bernama Atkins juga  terlibat dalam pembinaan hotel ini.  Syarikat ini memliki banyak projek seni bina mereka yang cukup terkenal. Salah satunya adalah Hotel Burj Al Arab di Dubai.

8. Kos pembinaan lebih kurang 150 Juta Dolar

Kredit Foto:Google

Mempunyai banyak isu semasa membina hotel ini hingga memerlukan kos yang tinggi. 

Menarik bukan? -CARI                                                               
9

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 18-4-2019 11:57 AM
fuyoo, menakjubkan, tapi still rasa takut..dah le bekas lombong tinggal, bawah tanah pulak lagi.

aku rasa negara Arab Saudi yang kaya tu, boleh le upgrade hotel2 kat sana, beri byk facilities, buat public toilet yg selesa..khususnya untuk jemaah umrah dan hajj.
Quote cmf_premierleag 18-4-2019 12:02 PM
apa beza dgn sunway lagoon? bekas lombong gak
Quote farlis 18-4-2019 12:02 PM
Wow sangat.. Rege mesti rege yahudi.. Ok la kan drp tahap pprt, rege yahudi
Quote RatuDunia94 18-4-2019 12:08 PM
Menarik.. tepi2 tu sawah padi je..
Quote pai.kacang 18-4-2019 03:38 PM
wow... cantik gila. kagum sangat dengan orang yang bagi idea ni in the 1st place.
Quote nisako 19-4-2019 08:51 AM
wow nice........
Quote Keisha-Belle 24-4-2019 05:17 PM
cantik! teringin nak pegi nanti
Quote zaziot 26-4-2019 04:47 PM
Kalau tgk kt agoda.com..price mula dlm rm1833 per nite
Quote korokure 27-4-2019 10:54 PM
Bijak idea ni..hotel yang unik dari segi view.
Quote puanbintang 10-5-2019 10:36 AM
besar and nampak mewahnya hotel dia....memang unik
Quote Lelaputra 17-5-2019 09:51 AM
macam teringin jer nak gi situ
Quote united_holland 19-5-2019 05:48 AM
Fuhhh cantik & unik..
Quote keds 13-6-2019 04:00 PM
unik...tapi confirm harga boleh koyak poket
Quote yukisakura 16-6-2019 01:10 PM
Cantik tapi macam rasa gerun sikit.
Quote AvengersPanther 17-6-2019 10:07 AM
Cantik sangatttt.
Quote CikB 29-6-2019 05:25 PM
cantik tapi mcm takut je nk stay situ
Quote ichaliza 11-11-2019 10:03 AM
unik sangat
Quote Decaffeinated 9-3-2020 08:49 PM
cmf_premierleag replied at 18-4-2019 12:02 PM
apa beza dgn sunway lagoon? bekas lombong gak

xde beza.
Sunway Lagoon Resort Hotel pun atas cerun lobby kat tingkat atas then you go down to your room.

OK maybe not as dramatic, but konsep sama sangat...




Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.357521 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top