CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jadi Bahasa Paling Sukar Di Dunia, Ini 5 Fakta Unik Bahasa Hungary

19-4-2019 10:58 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 2934| Komen: 8|Original author: Oleh: nameera

Description: Bahasa menjadi salah satu identiti sebuah bangsa. Selain kebudayaan, bangsa, atau kebiasaan, bahasa juga menjadi pembeza antara sebuah negara dengan negara lain di dunia. Begitu juga dengan Hungary.Kr ...
Bahasa menjadi salah satu identiti sesebuah bangsa. Selain kebudayaan, bangsa, atau kebiasaan, bahasa juga menjadi pembeza antara sebuah negara dengan negara lain. Begitu juga dengan Hungary.



Kredit Foto:Google

Bagi anda yang tidak tahu, Hungary adalah sebuah negara di Eropah Timur. Meskipun terletak di Eropah, Hungary sangat berbeza dengan negara Eropah lain, termasuklah dalam penggunaan bahasa. 


Dan menurut idntimes, inilah lima fakta unik mengenai bahasa Hungary yang mesti anda ketahui!


1. Salah satu bahasa yang paling susah di dunia


Kredit Foto:Google

Mempelajari bahasa asing bukanlah mudah terutamanya jika anda berminat untuk mempelajari bahasa Hungary. Bahasa Hungary menggunakan huruf Rom dalam penulisannya yang juga mempunyai 14 huruf vokal seperti á, é, í , ó, ö, ő, ú, ü, ű dan vokal yang biasa digunakan dalam banyak bahasa iaitu i, u, e, o.

Selain itu, terdapat banyak peraturan rumit dalam bahasa ini yang menyebabkan ia sukar untuk dipelajari.


2. Bukan Eropah, Hungary berasal dari benua Asia


Kredit Foto:Google

Walaupun berada di benua Eropah, Hungary tidak berasal dari tanah besar Eropah.
Berbeza dari kebanyakan negara di benua biru, Hungary berasal dari benua Asia iaitu rantau Uralic. Di samping itu, bahasa ini juga dipengaruhi bahasa Jerman.


3. Merupakan salah satu bahasa yang jarang digunakan


Kredit Foto:Google

Hungary adalah sebuah negara kecil dengan penduduk sekitar 9.8 juta orang. Selain penduduk Hungary, ada beberapa negara jiran yang merupakan pecahan kerajaan Hungary dan masih setia menggunakan bahasa ini.

Penggunaan bahasa Hungary adalah jarang kerana hanya terdapat 13 juta orang yang menuturkannya dalam kehidupan seharian mereka disebabkan kesukaran mempelajari bahasa ini.


4. Mempunyai nama lain, iaitu Magyar


Kredit Foto:Google

Kita menyebutnya bahasa Hungary, tetapi di negara asalnya bahasa Hungary dipanggil sebagai Magyar. Selain bahasa, nama "Magyar" juga digunakan untuk menyebut orang-orang berkebangsaan Hungary.


5. Walaupun sudah tua, bahasa Hungary masih sangat asli


Kredit Foto:Google

Sama seperti bahasa lain di dunia, Hungary juga berubah dari tahun ke tahun sama ada dialek atau kata-kata. Perkara yang mengagumkan adalah, walaupun ada perubahan sekitar sekitar 68 peratus etimon (bentuk kata yg menjadi sumber penerbitan bentuk kata lain), kata-kata asalnya masih tidak berubah sejak ia mula dicipta. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 19-4-2019 11:05 AM
Interesting

Ada persamaan tak dengan bahasa asing lain?

Contoh macam Malaysia dan indonesia sama tak serupa
Quote Artemesiaa 19-4-2019 11:53 AM
Menarik infonya.  Kalau dengar masa mereka bercakap agak bergulung2 bunyinya
Quote whadda 19-4-2019 12:23 PM
mari belajar hungarian..


[youtube]50YZuEDE8U8[/youtube]


Quote Beribear 19-4-2019 12:51 PM
whadda: mari belajar hungarian..  50YZuEDE8U8


Hogy vagy tu susah nak sebut.. Yg lain okay je tp kena ada ingatan yg kuat
Quote tikusmontok 19-4-2019 02:28 PM
teringat kisah di sebalik lagu ni [youtube]55FP1LfkkVQ[/youtube]
Quote RatuDunia94 20-4-2019 11:45 AM
Cantik bandar Hugary ni..
Quote hyie 20-4-2019 02:51 PM
lepas tengok video kat atas ni, iols rasa mandarin jauh lebih susah sebab ada 4 tone dan kalau salah sebut dah jadi maksud lain
Quote chinta89 21-4-2019 11:08 AM
huruf vokal seperti á, é, í , ó, ö, ő, ú, ü, ű dan vokal yang biasa digunakan dalam banyak bahasa iaitu i, u, e, o.


dulu2 zmn semakpong x de lagi, aku suka sms guna  vokal2 mcm tu, nmpk cntik. xtau ape fungsi. rupanya bila dh dewasa baru tahu oooo ni vokal utk bahasa bagi negara tertentu hehe

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.056893 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top