CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Eeww... Lelaki Dakwa Tak Pernah Demam Lepas Minum Air Kencing Melalui Hidung!

19-4-2019 03:32 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3195| Komen: 16|Original author: Oleh: LilRose

Description: Seorang guru yoga mendakwa tidak pernah mengalami demam selesema selama hampir 20 tahun kerana mengamalkan petua pelik dan menjijikkan.
Seorang lelaki mendakwa tidak pernah mengalami demam selesema selama hampir 20 tahun kerana mengamalkan petua pelik dan menjijikkan.

Menurut Metro.co.uk, setiap kali ke bilik air, Sam Cohen, 41, akan meminum air kencingnya sendiri melalui hidung. Eeww!




Selain merawat pelbagai penyakit, guru yoga dari Islington, London itu turut mendakwa adegan ranjangnya lebih memuaskan selepas mengamalkan teknik itu.

"Tak mungkin anda akan jatuh sakit jika meminum air kencing melalui hidung secara berterusan.

"Apabila tubuh mula terasa tidak enak, cukup dengan sekali hirupan air kencing melalui hidung saja tubuh anda akan terus segar," katanya dengan penuh keyakinan.



Cohen yang masih bujang mendedahkan dia selalu membawa secawan air kencing ke mana saja dia pergi dan meminumnya di dalam bilik air.

"Saya pernah melakukannya ketika berada di dalam pesawat, hotel mewah di London (Dorchester Hotel) dan di beberapa kelab malam terkenal," ujarnya.

Bercerita mengenai hubungan intimnya, Cohen yang juga mengamalkan ajaran Taoisme mengakui dia sebelum ini mudah lesu dan cepat mengantuk.

"Ketika berusia 22 tahun apabila saya mula mengamalkannya, saya rasa tubuh semakin cergas," katanya yang menyifatkan meminum air kencing boleh meningkatkan syahwat, menjadikan lelaki lebih tegang dan bertahan lebih lama.



Mungkin sudah terbiasa melakukannya, Cohen juga meminum air biasa, wain, jus sayur-sayuran dan buah-buahan melalui hidung! 

Katanya, dia sudah mendapatkan pandangan doktor dan mereka mengatakan ianya tidak berbahaya. Namun, doktor tidak pasti sama ada ia bermanfaat kepada manusia.


Kredit foto: METRO

Aduhai, elok-elok boleh minum air melalui mulut, dia pilih guna hidung. Air kencing pula tu diminumnya! - CARI
2

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 19-4-2019 03:44 PM
sbb tu la sunat masukkan sikit air dlm hidung masa berwudhuk
Quote matchstick 19-4-2019 04:15 PM
Itu air kencing dia ke...kuning nye. yekk
Quote puteribaya 19-4-2019 04:21 PM
matchstick replied at 19-4-2019 04:15 PM
Itu air kencing dia ke...kuning nye. yekk

teringat satu makanan tradisi kat China..telur ayam direbus dalam airkencing anak lelaki yg belum baligh..katanya rasanya sedap, dan boleh mencegah dari penyakit..penjual telur ni amik stok airkencin dari anak2 lelaki di tadika..instead of g toilet,,anak2 lelaki ni diminta kencing dlm periuk yg disediakan..euwww
Quote insulin 19-4-2019 04:34 PM
puteribaya replied at 19-4-2019 04:21 PM
teringat satu makanan tradisi kat China..telur ayam direbus dalam airkencing anak lelaki yg belum  ...

Uiiii.... sangat menjijikkan....
Quote puteribaya 19-4-2019 04:41 PM
insulin replied at 19-4-2019 04:34 PM
Uiiii.... sangat menjijikkan....

kann tapi dalam bideo tu ramai je yg beli
Quote ikanmasin 19-4-2019 04:52 PM
  bijaksana sesgt
Quote Artemesiaa 19-4-2019 05:25 PM
Sebab tu tak berapa suka guna glass yang disediakan dalam bilik hotel.  Kita tak tahu apa yang dah diletakan dalam tu oleh penghuni sebelumnya.  
Quote tom2 19-4-2019 05:34 PM
puteribaya: teringat satu makanan tradisi kat China..telur ayam direbus dalam airkencing anak lelaki yg belum baligh..katanya rasanya sedap, dan boleh mencegah da ...


oh patutla time aku tadika nak kencing, cikgu tu suruh kencing dalam baldi, lepas tu aku tgk banyak betul.besen yg ditutup. ade air kencing. aku tadika cina, mungkin cikgu2 tu nak masak telur tu la.
Quote Kejora927 19-4-2019 08:16 PM
Pengotornya lahaii euwwwww
Quote DeeHanania 19-4-2019 08:16 PM
Eeuuwww,pengotor
Air kencing kuning berkarat warna yer
Quote 234126 19-4-2019 09:22 PM
Dalam rasa x sanggup nak bukak link, iol tekan juga demi ilmu sampingan tapi hujung2 iol murung tgk graphic jelas air kencing kat hidung tu. Xtau nak gelak ke nak nangis. JIJIKKK nya pakcik ni tau
Quote sehirkedi 19-4-2019 10:15 PM
Dasar pengotor.. Elok diasingkan spesis mental camni jauh dari bumi. Bawak pengaruh negatif..
Quote MarissaOberlin 20-4-2019 03:16 PM
Golden shower hakak terima lagi. kalau yang ini memang hakak report polis terus yachh
Quote chinta89 21-4-2019 09:01 AM
puteribaya replied at 19-4-2019 04:21 PM
teringat satu makanan tradisi kat China..telur ayam direbus dalam airkencing anak lelaki yg belum  ...

ye, penah ade thread ni. iols rse kegelian yg amat!

budak2 tadika diambil air kencingnya then telur direbus bsama air kencing td
Quote puteribaya 22-4-2019 08:52 AM
tom2 replied at 19-4-2019 05:34 PM
oh patutla time aku tadika nak kencing, cikgu tu suruh kencing dalam baldi, lepas tu aku tgk ban ...

mungkin sbb tu makanan tradisi yg mereka akui bole sembuhkan penyakit
Quote puteribaya 22-4-2019 08:53 AM
chinta89 replied at 21-4-2019 09:01 AM
ye, penah ade thread ni. iols rse kegelian yg amat!

budak2 tadika diambil air kencingnya then t ...

iols tguk kat dalam u tube tu..berbuih lagi

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.058167 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top