CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Idris Elba Tamatkan Zaman Duda, Meghan Markle dan Putera Harry Hantar Hadiah

3-5-2019 12:26 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5749| Komen: 16|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Idris Elba Tamatkan Zaman Duda, Meghan Markle dan Putera Harry Hantar Hadiah
Meghan Markle dan Putera Harry tidak dapat menghadiri perkahwinan sahabat mereka, Idris Elba, pelakon yang mendapat jolokan Lelaki Paling Seksi Di Dunia baru-baru ini. Bagaimanapun, pasangan diraja itu sempat memberikan hadiah buat pengantin baru.


Meghan dan Putera Harry menghadiahkan Elba dan pengantinnya, Sabrina Dhowre dengan sebuah karya seni lukisan Connor Brothers, yang dipercayai bernilai RM36 ribu ringgit.


Kredit foto: Carian Google
Lukisan itu merupakan karya diilhamkan daripada sebuah buku gaya 1950an yang menunjukkan seorang wanita dengan tulisan Why fit in when you were born to stand out. 

Dipercayai Meghan dijangka akan bersalin bila-bila masa menyebabkan pasangan itu memutuskan untuk tidak menghadiri majlis Idris di Maghribi.

Kredit foto: Carian Google
Elba dan Dhowre melangsungkan perkahwinan mereka 26 April lalu selepas bertunang pada 28 Februari 2018. Menurut majalah British Vogue, Dhowre mengenakan dua pasang persalinan rekaan Vera Wang manakala Idris pula memakai sut rekaan Ozwald Boateng.


Pelakon berusia 46 tahun itu berkenalan dengan isterinya ketika pembikinan filem The Mountain Between Us di Kanada tetapi merahsiakannya dan hanya muncul bersama ketika tayangan perdana Molly's Game ketika Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September 2017.

Kredit foto: Carian Google
Menurut Idris, beliau memilih Dhowre sebagai pasangannya kerana mereka ada keserasian. 

"Dia membuat saya sentiasa tertawa dan kami punyai nilai yang sama, dia sering membuatkan saya supaya lebih maju ke hadapan," tambahnya. 

Sebelum ini Idris pernah berkahwin dua kali dan mempunyai anak Isan, 17 dan  Winston, 4.

Tahniah diucapkan kepada duda yang digilai ramai ini. -CARI

Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 3-5-2019 01:26 PM
Seksi kat mana deris tu
Quote buapakperut 3-5-2019 02:00 PM
nampak muda isterinya. huntonglah sexiest man alive dapat aje puchok muda
Quote farlis 3-5-2019 03:28 PM
Oklah diorang berdua ni.. Nmpk sepadan
Quote ArnabAtasBulan 3-5-2019 04:35 PM
Lawa isterinya. Harap2 diorang bole kekal happy. Kekadang kalau kawen dengan pompuan yang mude sangat ni takot tak matang walaupon nampak matang.
Quote Artemesiaa 3-5-2019 04:37 PM
Harap perkahwinan mereka berkekalan
Quote amiekz86 4-5-2019 01:10 AM
ak suka tgk dia berlakon
Quote gideoncross 4-5-2019 01:54 AM
umbut replied at 3-5-2019 01:26 PM
Seksi kat mana deris tu

X boleh blah dgn soalan ni. Haha.
Quote aleesyasofia 4-5-2019 06:07 PM
tahniah ler ya..
Quote delia3003 4-5-2019 08:40 PM
Pelakon ke wife dia ni? Tak kenal. Sweet je tengok wife dia. Iols suka gak ler Idris Elba ni sebab dia nampak berkarisma
Quote veYron 4-5-2019 08:41 PM
umbut replied at 3-5-2019 01:26 PM
Seksi kat mana deris tu


Sexy tang "pasti senak"
Quote lattehazelnut 4-5-2019 09:18 PM
umbut: Seksi kat mana deris tu

Charming n british accent kau
Klau jd bond pun iols xkisah
Quote whadda 4-5-2019 11:33 PM
Manis nampak en idris
Quote me.me 10-6-2019 09:10 AM
X minat lah mat derih ni...x seksi pon..seksa ada lah...syok ke dia brlakon..x tingin nk tgok dia brlakon pon..Islam ke Selam mat derih ni ? Nama Islam...sat nak cari dlm pokcik gugel pasal mat derih ni ...
Quote paz 10-6-2019 03:10 PM
Manis senyuman isteri dia. Sesuai nampaknya.
Quote rainbowrainz 11-6-2019 12:25 PM
Tahniah deris
Quote kualibesi 13-8-2019 10:46 AM
tahniahh..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.152245 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top