CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Aneh Dan Seram! Kisah Batu Ular Gergasi Misteri, Siap Ada Tulisan Jawi Di Sarawak

17-5-2019 12:39 PM| Diterbitkan: Shellyshel| Dilihat: 17612| Komen: 44|Original author: Oleh: Black Rose

Description: Mungkin batu ular ini telah wujud sejak 1000 tahun dahulu. Penduduk rumah panjang Rumah Nyalau anak Muang, Bukong daerah Engkelili Sri Aman sudah mengetahui kewujudan batu ular itu kerana batu tersebu ...


Misteri, bayangkan sebuah batu berbentuk kepala ular memiliki tulisan jawi di atasnya! Ikuti kisahnya di sini..


Mungkin  batu  ular  ini  telah  wujud  sejak  1,000  tahun  dahulu.  Penduduk  rumah  panjang  Rumah  Nyalau  anak  Muang, Bukong  daerah  Engkelili  Sri  Aman  sudah  mengetahui  kewujudan  batu  ular  itu  kerana  batu  tersebut  terletak  tidak  jauh  dari  penempatan  mereka.



Ukuran  kepanjangannya  melebihi  30  kaki  dan  besarnya  melebihi  2  meter  merintangi  Sungai  Bukong.


Dikatakan, seorang  lelaki  Siam  dari  Kuala  Lumpur  telah bermimpi  akan  kewujudan  ular  Nabau  itu.  Akhirnya  lelaki  siam  itu  menemui  batu  ular  tersebut  dengan  bantuan  penduduk  tempatan  di  daerah  Sri  Aman.  


Oleh  sebab  itu,  batu  ular  tersebut  menjadi  liputan  luas  oleh  akhbar  tempatan.



Menurut  legenda,  seekor  ular  gergasi  atau  dipanggil  Nabau  bagi  masyarakat  di  Sarawak  ini  telah  bertukar  menjadi  manusia  untuk  memikat  seorang  perempuan  yang  merupakan  isteri  seorang  pahlawan.  Kerana  marah,  pahlawan  tersebut  telah  menangkap  Nabau  itu  dan  mengeratnya  serta  dibuang  ke  sebuah  lubuk  yang  dinamakan  lubuk  Pelagus.


Bahagian  kepala  ular  tersebut  telah  berjaya  sampai ke  situ  dan  bertukar  menjadi  batu.  Ada  yang  percaya  bahawa  ular  itu  merentasi  Sungai  Baleh  ketika  banjir  melanda.

Foto: Kajomag.com


Apa  yang  menjadi  misteri  sampai  sekarang  adalah  penemuan  tulisan  jawi  pada  batu  tersebut.  Perkataan  yang  tertera  menjadi  tanda  tanya.


Sesiapa  yang  ingin  melihat  sendiri  batu  ular  ini  hendaklah  berhati-hati  dan  mematuhi  peraturan  supaya  tidak  ditimpa  kecelakaan.- CARI 

8

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 17-5-2019 02:01 PM
mana pic tulisan jawi tu? nak tengok dia tulis apa..
Quote lola 17-5-2019 08:34 PM
Xnmpk pun tulisan jawi dia
Quote AbukRokok 17-5-2019 08:49 PM
tipula tu tulisan tamil elam
tamil elam telah berada disini 200 000 tahun dahulu
Quote epis 17-5-2019 09:18 PM
Tgk gmbar nmpak kecil, tapi bila pergi besar batu ni... hampir setinggi saiz manusia, panjang lak tu.. elok je bulatnya... mmg unik...
Quote oni313 18-5-2019 12:21 AM


http://sriamannews.blogspot.com/2008/12/huruf-jawi-di-bongkah-batu-ular-gergasi.html



. TAKSUB...Zulia (kanan) dan Naga (kiri beliau) sedang melihat huruf Jawi yang tertera pada Batu Nabau berkenaan di kawasan rumah panjang Bukong, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

2. UNIK...Inilah rupa gambar huruf Jawi yang diambil dari jarak dekat pada bahagian Batu Nabau berkenaan.

SRI AMAN, Jumaat ( 19 dis) – Kisah mengenai kewujudan Batu Nabau di daerah kecil Engkilili, Sri Aman yang tersiar di muka surat hadapan suratkhabar ini pada 19 Disember (Jumaat) sudah semestinya menarik perhatian para pembaca yang belum lagi mengetahui tentang keunikan batu berkenaan.

Bagaimanapun bagi rombongan yang telah melawat bongkah batu terbabit pada 18 Disember lalu, kewujudan tulisan huruf Jawi di bahagian tengah Batu Nabau ini sudah semestinya menjadi tanda tanya kepada mereka yang telah melihatnya dengan sendiri secara lebih dekat.

Itulah perkara yang terjadi kepada Penyelia Pemasaran Utusan Sarawak cawangan Sri Aman, Zulia Haji Jemat yang mula menyedari kewujudan tulisan huruf Jawi pada bahagian tengah Batu Nabau berkenaan.

“Huruf Jawi Lama yang terukir pada bahagian tengah batu berkenaan telah menarik perhatian saya apabila buat pertama kalinya mengesan kewujudan tulisan ini dari jarak dekat.

“Huruf Jawi iaitu Alif, Lam, Haa, Nun, Mim dan Sin tersusun dalam keadaan terbalik dan terpisah di antara satu sama lain. Tetapi jika iya disusun dengan tepat kesemua gabungan huruf Jawi ini boleh membentuk nama kalimah Allah,” katanya ketika memantau Batu Nabau berkenaan.

Sebaik sahaja mengambil gambar kewujudan huruf jawi berkenaan, beliau kemudiannya membawa perkara terbabit terhadap beberapa orang rakan yang lebih arif mengenai tulisan Jawi untuk pengesahan lanjut.

“Mereka juga berkata demikian ketika saya menunjukkan gambar mengenai kewujudan huruf Jawi ini kepada mereka. Itulah tanda kebesaran Allah kepada umatnya di dunia ini,” kata Zulia sambil menambah bahawa tulisan Jawi ini hanya boleh ditafsir oleh orang yang benar-benar mahir dalam penggunaan bahasa Jawi.

Kewujudan tulisan huruf Jawi pada bongkah Batu Nabau ini juga turut menarik perhatian Nelson Naga Alam, Setiausaha Sulit kepada Menteri Muda Permodenan Pertanian iaitu Datuk Dublin Unting Ingkot bersama ahli rombongan lain.

Batu Nabau, iaitu sebongkah batu besar yang menyerupai ular gergasi ini mempunyai ukuran panjang melebihi 30 kaki dan diameter melebihi dua meter. Ia terletak kira-kira 50 meter daripada Rumah Nyalau Muang, Bukong, Engkilili.

Kisah mengenai kewujudan Batu Nabau ini mula tersebar apabila seorang lelaki berketurunan Siam dari Kuala Lumpur mengalami mimpi mengenai ular gergasi menjadi batu sehingga menjurus pencariannya di kawasan Engkilili ini.

Quote akumak 18-5-2019 12:30 AM
Besar batunya
Quote akumak 18-5-2019 12:33 AM
Aku nak attach gambar ni, tp takde button pula. Kenapa ni??
Quote lee_sakura 18-5-2019 11:39 AM
Besarnya batu ni, rasa nk pi sarawak pla tgk depan mata
Quote husie91 18-5-2019 02:57 PM
epis: Tgk gmbar nmpak kecil, tapi bila pergi besar batu ni... hampir setinggi saiz manusia, panjang lak tu.. elok je bulatnya... mmg unik...


Dh pernah pergi eh kat sini
Quote RatuDunia94 18-5-2019 03:46 PM
Entah2 proses geomorfologi...
Quote Tweety_Senrose 18-5-2019 04:58 PM
Jap nak cuba tepek gambar
Quote Tweety_Senrose 18-5-2019 04:58 PM
Nah
JawiNabau pic2 19.12.08.JPG
JawiNabau pic1 19.12.08.JPG
Quote Mooverine 19-5-2019 06:54 AM
Hmm... Baru Tau pasal Batu ni... Interesting...
Quote silentreaaders7 19-5-2019 05:30 PM
interesting gk story ni
Quote Malaysia.Doom 19-5-2019 08:58 PM
Seram nyee
Quote farlis 19-5-2019 09:00 PM
Besar batunya.. Menarik
Quote palmolive 20-5-2019 06:29 AM
Pernah tersiar dlm majalah variasari pasal batu ni
Quote chinta89 20-5-2019 12:56 PM
palmolive replied at 20-5-2019 06:29 AM
Pernah tersiar dlm majalah variasari pasal batu ni

zaman2 dulu nk baca benda mistik ni, beli mastika, Variasi dan etc.. skg Variasi ade lagi ke? Since Mastika dh lenyap..
Quote faranaimm 20-5-2019 01:26 PM
Ada hikmahnya tu

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.090542 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top