CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tentera India Dakwa Jumpa Kesan Tapak Kaki Yeti Di Gunung Makalu, Nepal

7-5-2019 11:29 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7335| Komen: 22|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Kesahihan dakwaan tu belum dapat ditentukan.
Gambaran artis tentang rupa yeti. Kredit foto: Carian Google

Sekumpulan anggota tentera India mendakwa mereka telah menemukan kesan tapak kaki milik makhluk misteri, yeti berhampiran sebuah kem di Gunung Makalu, Nepal pada 9 April lalu.

Memetik laporan Mirror pada 1 Mei, pengumuman itu dibuat oleh tentera India melalui Twitter baru-baru ini.

"Buat julung-julung kalinya, Pasukan Ekspedisi Gunung Tentera India telah menjumpai kesan tapak kaki misteri milik haiwan mitos yeti," jelas ciapan Twitter tersebut.

Kesan tapak kaki misteri yang ditemukan berhampiran Gunung Makalu. Kredit foto: Twitter

Kesan tapak kaki gergasi berukuran 81 cm x 38 cm itu dilihat berhampiran lembah Makalu-Barun iaitu kawasan hutan terpencil yang sering dikunjungi oleh penyelidik-penyelidik yang mengkaji tentang yeti.

Gunung Makalu yang terletak di sempadan Nepal dan China merupakan gunung yang kelima tertinggi di dunia.

">Loading Tweet...

Walau bagaimanapun, seorang pengkaji yeti, Daniel C. Taylor menyatakan kesan tapak kaki berkenaan berkemungkinan ditinggalkan oleh beruang. 

"Sekiranya itu tapak kaki seekor haiwan, ia mempunyai saiz sebesar dinosaur.

"Ukuran saiz tapak kaki tersebut perlu disahkan terlebih dahulu kerana kami pasti tiada dinosaur mendiami lembah Barun," katanya.

Memang ramai orang mendakwa pernah melihat makhluk aneh seperti yeti, bigfoot dan raksasa Loch Ness namun sehingga kini, masih belum dapat ditentukan kesahihannya. - CARI
4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 7-5-2019 11:39 AM
Edited by Dwdrum at 6-5-2019 07:44 PM

barun valley itu lah tempat 1 mat salleh habis kan masa 60 tahun mencari yeti ....dan beliau jumpa bukti kata nya di claimed sebagai footprint dari yeti....

but locals cakap perkara yang sama juga tapak kaki beruang ....

mungkin beruang di himalaya memang ada skill berjalan 2 kaki ...mungkin itu mereka ingat yeti ....hahahahahhahaaa

obvious sangat seperti kesan binatang 4 kaki berjalan ....
Quote ell768 7-5-2019 11:44 AM
bukan senang nak dpt tangkap bigfoot,yeti or seangkatan dgnnya ni kan..dulu2 kecoh bigfoot kt rompin..ntah apa citer skang gamaknya..
Quote Artemesiaa 7-5-2019 11:55 AM
Selagi belum berjaya tangkap satu dan hanya kesan tapak kaki je itu pun belum boleh disahkan maka manusia ia akan terus berteka teki mengenainya
Quote CiliPadiSedap 7-5-2019 11:56 AM
ell768 replied at 7-5-2019 11:44 AM
bukan senang nak dpt tangkap bigfoot,yeti or seangkatan dgnnya ni kan..dulu2 kecoh bigfoot kt rompin ...

cerita tamat sejak mastika tamat
Quote gibrana 7-5-2019 11:57 AM
biarkan saja
Quote zorrro_03 7-5-2019 11:59 AM
biar lah yeti hidup bebas.  nak tangkap sgt kenapa?  tak puas lagi ke rosakkan sekitar?  nanti habis puak pemburu haram jadah laknatullah gi cari yeti...  
Quote Dwdrum 7-5-2019 12:02 PM
Edited by Dwdrum at 6-5-2019 08:03 PM

i lupai baca dari buku mana .... ada kata kata dari edmund hillary tentang ada hidupan seperti manusia or primitive species boleh hidup pada altitude tinggi ..... rasa nya beliau mungkin mentioned tentang yeti ..
Quote batmana 7-5-2019 12:18 PM
yeti kategori makhluk halus ler
klu jupe pn takat tapak kaki aja
tu psl tk jupe2..

kalu kt nusantara, org bunian
tapi sbb tarak ada salji, tk jupela tapak kaki
klu jupe pn kene culik psl nk dikwinkn ngn org bunian

sekian..
Quote AbukRokok 7-5-2019 12:34 PM
yennadeyy toddy banyak minum
Quote Simunggu 7-5-2019 12:34 PM
ingat mereka yg yeti..
Quote Azhargoth 7-5-2019 12:59 PM
Hantar je Pak Salam Erwin Joko Annuar.. pi tangkap
Quote RatuDunia94 7-5-2019 12:59 PM
Apooo.. entah2 ada doraemon n nobita pernah sampai kat situ..
Quote whadda 7-5-2019 01:42 PM
eh nape straight je kesan tapak kakinye.. ape dia main ting ting ke pakai 1 kaki.. ke jalan straight bak model
Quote MsPercy 19-5-2019 12:58 PM
wujud ker yeti? rase macam dongeng je
Quote sekngucing 19-5-2019 01:17 PM
ell768 replied at 7-5-2019 11:44 AM
bukan senang nak dpt tangkap bigfoot,yeti or seangkatan dgnnya ni kan..dulu2 kecoh bigfoot kt rompin ...

kisah bigfoot hilang lepas. banjir besar johor... aku rasa bigfoot turut hanyut dibawa air
Quote lee_sakura 19-5-2019 01:41 PM
iols pnh tgk documentari kt youtube pasal yeti ni, mmg ada jasad makhluk ni dlm tample tp tempat tu hanya org tertentu je masuk...dlm documentari tu, kamera tak blh bwk masuk...

pastu masa kes annapurna baru2 ni pon diorg ada jumpa tapak kaki saiz besar kt trek berhampiran doktor cina tu, kwn iols pon jumpa tapak kaki yg sama kt trek mardi himal...

so pendapat iols mmg iols percaya makhluk ni ada cuma dia muncul pada masa2 tertntu shj dan makhluk yg sgt pemalu atau penakut
Quote Chairman 29-5-2019 02:35 PM
mahkluk2 ajaib ni x mustahil utk wujud..dan for sure authority tau kewujudan depa2 ni..cume tak dihebahkan takot jadi kecoh
Quote tumpanglalu74 29-5-2019 03:17 PM
Edited by tumpanglalu74 at 29-5-2019 03:18 PM
Dwdrum replied at 7-5-2019 11:39 AM
barun valley itu lah tempat 1 mat salleh habis kan masa 60 tahun mencari yeti ....dan beliau jumpa b ...
Aku tengok stret ja tak tau mana tapak kaki kiri ke tapak kaki kanan..  Cek korang tengok.
Quote None68 29-5-2019 04:37 PM
Nmpk mcm tapak kasut pulak..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.051141 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top