CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Tak Dapat Berpuasa Kerana Haid? Jom Kumpul Pahala Dengan Amalan-Amalan Ini...

9-5-2019 10:07 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 2642| Komen: 2|Original author: Oleh: intan

Description: Lazimnya, wanita akan mengalami kedatangan haid ataupun bahasa pasarnya, datang bulan.
Lazimnya, wanita akan mengalami kedatangan haid ataupun bahasa pasarnya, datang bulan. Tidak lepas juga dalam bulan Ramadan kali ini pasti ada yang tidak dapat puasa penuh kerana proses alami tubuh badan wanita ini. 

Namun, jangan sedih-sedih. Walaupun tidak dapat berpuasa dan melakukan ibadah wajib dilakukan, ada cara lain untuk wanita yang kedatangan haid mengumpul pahala di bulan Ramadan yang mulia ini. Jangan jadikan alasan pula ya untuk anda bermalasan dan tidak membuat kebaikan kerana bulan Ramadhan merupakan bulan yang memberi lebih ganjaran pahala kepada umatnya.

1. Menyediakan dan memberi juadah berbuka puasa.

Menurut sabda Rasullulah S.A.W:-

"Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut" Riwayat At- Tarmizi


Jadi dah boleh fikir nak masak apa dah petang ni! Insyallah ganjaran pahala seperti berpuasa akan diperolehi.

2. Berzikir dan berdoa

Tak tertakluk pada bulan ramadhan sahaja, hari biasa pun boleh juga. Tapi istimewanya bulan Ramadhan adalah ganjaran pahala apabila berzikir dan berdoa akan berlipat kali ganda.

3. Amalan Qiamullail (menghidupkan malam)

Bagi wanita yang tidak dapat beribadah seperti solat tahajud di malam hari, boleh juga melakukan acara qiamullail dengan berzikir, bermunajat,bertasbih dan sebagainya.

4. Memahami dengan lebih mendalam tafsir Al-Quran

Anda tak dapat baca Al-Quran? Tiada masalah. Boleh meningkatkan kefahaman mengenai maksud ayat di dalam Al- Quran dengan mengkaji tafsir. Pahala pun dapat tau!

5. Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah keagamaan

Sudah pasti masjid dan surau di kawasan tempat anda tinggal rancak menjalankan aktiviti seperti ceramah agama. Tak rugi pun join, dapat ganjaran pahala lagi di samping ilmu-ilmu bermanfaat.

6. Sedekah & Infaq


Ha, bila lagi nak memperbanyakkan sedekah kalau bukan di bulan Ramadhan. Ganjaran pahala bersedekah di bulan mulia ini digandakan sehingga 700 kali ganda tau. Boleh sedekah baju - baju terpakai yang tidak digunakan lagi dan sebagainya.

7. Mengeratkan silatturrahim sesama insan

Sekadar gambar hiasan
Walaupun sedang datang haid, pasti emosi kurang stabil dan rasa nak marah je kan? Kawal sikit ya, jangan pula sampai terputus sillaturahhim gara-gara emosi kita. Layan ahli keluarga dan rakan taulan dengan baik, seperti jamu mereka dengan juadah berbuka ke kan? Pahala pun dapat.

Itu antara sedikit sebanyak amalan yang boleh dilakukan untuk wanita yang tidak dapat berpuasa di bulan ramadhan. Namun afdhal juga dilakukan oleh orang lain tak semestinya golongan ini sahaja. Rugi tau jika malas beribadah dan berbuat kebaikan pada ketika ini, senyum pun sudah mencukupi kerana ianya satu sedekah! -CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 9-5-2019 11:40 AM
Peringatan berguna buat semua
Quote Deidra 10-5-2019 09:06 AM
Dan wanita yang hafaz quran, diharuskan baca masa uzur syarie bagi mengelakkan terlupa surah yang dihafal. Juga ustazah yang ngajar ngaji- Imam Shafie dalam qaul qadim, ibn abbas, imam al-nawawi. Selain dua golongan ni, haram baca.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.042380 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top