CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

George Clooney 'Sentap' Anak Meghan Markle Curi Tumpuan, Kongsi Tarikh Lahir

9-5-2019 12:28 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6054| Komen: 14|Original author: Oleh: LilRose

Description: Pelakon Amerika Syarikat (AS), George Clooney menyambut ulang tahun kelahirannya ke-58 pada Isnin, iaitu hari yang sama Putera Harry dan Meghan Markle menyambut kelahiran anak lelaki mereka, Archie Ha ...



Pelakon Amerika Syarikat (AS), George Clooney menyambut ulang tahun kelahirannya ke-58 pada Isnin, iaitu hari yang sama Putera Harry dan Meghan Markle menyambut kelahiran anak lelaki mereka, Archie Harrison Mountbatten-Windsor.

Bagaimanapun, penerima anugerah Oscar itu nampaknya kurang senang berkongsi hari bahagia dengan ahli baru keluarga diraja Britain tersebut.



"Ia menjengkelkan, budak itu mencuri tumpuan ramai pada ulang tahun kelahiran saya dan saya tak sukakannya. Ia benar-benar mengguris hati saya," ujarnya ketika ditemu ramah E! Online.


Namun, memetik Vanity Fair, George hanya sekadar berseloroh.

"Ia sepatutnya hari jadi saya dan untuk saya saja," ujarnya berseloroh.

Tarik nafas lega peminat kedua-dua aktor dan pasangan diraja itu apabila George rupanya bergurau saja.

George dan isteri, Amal Clooney yang menghadiri majlis perkahwinan Duke dan Duchess of Sussex itu teruja kelahiran Archie.


Kredit foto: Entertainment Tonight

"Mereka pasangan bahagia dan saya gembira untuk mereka. Bagi pasangan yang menyambut kelahiran bayi, ia adalah momen mengujakan," katanya yang dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Emma dan Alex. 

Bagaimana kalau George betul-betul tidak senang berkongsi tarikh lahir dengan Archie? Adakah dia akan berdepan amukan peminat Meghan? - CARI

Bagus
2

Marah
3

Terkejut

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 9-5-2019 12:40 PM
clooney bila nak beranak,pilih bini kemain muda lawa berjaya
Quote beatgirlX 10-5-2019 08:21 AM
Tua2 pun helok je rupa
Quote judicata 10-5-2019 09:31 AM
buapakperut replied at 9-5-2019 12:40 PM
clooney bila nak beranak,pilih bini kemain muda lawa berjaya

2 dah anak dia... twins boy & girl kalau tak silap.
Quote goss79 10-5-2019 11:14 AM
hr tu kata mcm di ambang perceraian.. apa update baru
Quote Artemesiaa 10-5-2019 12:00 PM
Gigih atuk ni nak curi perhatian juga
Quote belilies 10-5-2019 05:39 PM
GC kan close fren h&m. Iols dh agak dh heols gurau je.
Quote azwanaliori 11-5-2019 01:16 PM
Ayat last tu mcm bangang nk mampus je. "mcm mana klu George x senang berkongsi tarikh lahir adakah akan berdepan dgn amukan peminat Megan?"

Bodohnya lahai penulis ni.

Quote EvieWanKenobi 11-5-2019 01:59 PM
ingatkan sentap betul2..
Quote ais_kosong 14-5-2019 09:04 AM
dia melawak la.
Quote ninjago 14-5-2019 10:20 AM
amal nie transgender kan? anak dorg yg twins tu pakai surrogate mother la kan?
Quote None68 16-5-2019 10:05 PM
Laa transgender ke..biar btol.
Quote silentreaaders7 19-5-2019 04:54 PM
cantiknyaaaa Amal!
Quote lattehazelnut 6-8-2019 06:06 PM
ninjago replied at 14-5-2019 10:20 AM
amal nie transgender kan? anak dorg yg twins tu pakai surrogate mother la kan?

Ada byk pic amal pregnant.. pndai2 je..
Quote kualibesi 13-8-2019 10:44 AM
cantik wife die..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.094959 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top