CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Nak Pakai Baju Hitam, Nak Telanjang Bogel Kita Peduli Apa" - Kenapa Tu, Chef Wan?

10-5-2019 10:32 AM| Diterbitkan: MoFirdaus| Dilihat: 16784| Komen: 83|Original author: Oleh: Mo Firdaus

Description: Chef Wan Lokman Adam
Foto: MalaysiaKini


Chef selebriti Malaysia, Chef Wan berkata, beliau tidak peduli dengan cakap belakang mengenai pihak yang tidak senang dengan pemerintahan Tun Dr Mahathir dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kata Chef Wan lagi, tokoh itu harus disanjung kerana menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara muflis.

"Nak cakap apa sekalipun, beliau adalah wira rakyat Malaysia, menyelamatkan negara ini dari muflis.

"Satu perkara yang pasti untuk penggal ini adalah kita berjaya membuat kerajaan dulu hilang kuasa dan mereka menyalak siang malam," tulisnya di Instagram.



Untuk rekod, berdasarkan tinjauan Merdeka Centre pada Mac lalu, sokongan kepada PH merosot berpunca daripada dasar-dasar yang lemah selain janji manifesto tidak dikotakan.

Bagaimanapun, Chef Wan atau nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkata, situasi di negara ini sekarang lebih baik berbanding kerajaan dahulu yang korup.

Sementara itu, dalam temu bual bersama MalaysiaKini, Chef Wan mendakwa kita tidak mempunyai kerajaan yang sempurna, yang dapat memulihkan ekonomi dengan cepat selepas pemerintahan UMNO. 

"Keadaan ini lebih baik daripada kerajaan yang mengamalkan rasuah dan mencuri duit rakyat. Ia memalukan orang Melayu, agama dan negara," katanya memetik MalaysiaKini.



Chef Wan berkata lagi, sekarang adalah untuk rakyat bersatu dan membina negara demi menebus maruah.

Beliau dipercayai secara sinis menunjukkan sebahagian kenyataannya kepada Kempen Black 905 anjuran Lokman Adam yang berlangsung Pada Khamis.



"Depa (mereka) nak pakai baju hitam ke, nak telanjang bogel kita peduli apa?

"Kita akan lalu melepasi dan sedikit pun takkan pandang kali kedua pada mereka. Di akhirat nanti, Allah akan menghukum manusia yang zalim pada manusia yang lain. Biar pi la," katanya. - CARI
3

Bagus

Marah
6

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miznora 10-5-2019 10:56 AM
kreatifnya org kita..
TUNMINATOR hihi
Quote helicornia 10-5-2019 11:00 AM
panjangnya membebel atok..aku dpt bayangkan kalau ayat2 dlm.ig tu dibaca secara verbal
Quote nazzse 10-5-2019 11:12 AM
Panjang nya caption tok
Quote namieamuro 10-5-2019 11:23 AM
whoa die sebut psl Allah menghukum manusia zalim...i harap tok tak penah la zalim kt ex menantu kokusen tok dlu
Quote prettyuglybabe 10-5-2019 11:25 AM
dia punya caption memang panjang berjela..
tiap gambar pun dia membebel..
kalau suka baca, baca je la..
kalau tak suka, abaikan tengok gambar saja..
kalau masih tak suka, tak payah follow..
Quote EvieWanKenobi 10-5-2019 12:00 PM
malas baca caption dia..
dia je yang betul..
Quote huJanBaTu 10-5-2019 12:10 PM
Tok wan ni macam ada personal grudge dgn pimpinan yg dulu je.. ada issue dgn akak pink ke atau dgn atok teksi? Marah kemain..
Quote apedehal 10-5-2019 12:25 PM
EvieWanKenobi replied at 10-5-2019 12:00 PM
malas baca caption dia..
dia je yang betul..

tau xpa kan..
Quote apedehal 10-5-2019 12:27 PM
huJanBaTu replied at 10-5-2019 12:10 PM
Tok wan ni macam ada personal grudge dgn pimpinan yg dulu je.. ada issue dgn akak pink ke atau dgn a ...

sebenarnya dia tu kuat jilat je. obses dgn tun tuh..kelakar plak bila igt kemain jilat belah2 kesoltanan johor...ni tun vs johor royalty tu agaknya camana plak pendirian dia..kikiki
Quote gujiwa 10-5-2019 01:14 PM
Merempat ke ape dia ni sblm ni? mcm sengsara sgt kehidupan dia sblm ni..
Quote HannahMontana 10-5-2019 01:25 PM
mungkin chef wan menerima rahmat  setelah Tunminator menjadi PM.
Quote nadihazza 10-5-2019 01:28 PM
chef wan ni kadang nmpak helok..tapi kadang kelakar gak nengok bila dia melompat bila neti sunkit muntot dia..abis kena lahar kena blok..haishhh..
Quote hasniey 10-5-2019 01:33 PM
Cep wan rasa makin ok sbb dia kaya.org2 yg xkaya ni?yg kene buang keje?
Semua tu xpe ke asalkan kerajaan lama jatuh?
Yg dh naik ni ptut prbaiki.ni tak.buang yg lama tp xde penambahbaikan
Quote Star_el 10-5-2019 03:43 PM
helicornia replied at 10-5-2019 11:00 AM
panjangnya membebel atok..aku dpt bayangkan kalau ayat2 dlm.ig tu dibaca secara verbal

kan? aku pun terngiang2 suara dia.
camne dia bercakap, camtula dia menulis lol
Quote Burong_Hantuk 10-5-2019 10:19 PM
Sudah la chef bapokk..kao tu tin kosong..anak2 pun jahanam
Quote SherryZass 10-5-2019 11:58 PM
helicornia replied at 10-5-2019 11:00 AM
panjangnya membebel atok..aku dpt bayangkan kalau ayat2 dlm.ig tu dibaca secara verbal

Terus terngiang2 suara cepwan ala2 dalam rancangan masak2 heolls tu
Quote SherryZass 11-5-2019 12:00 AM
Errkk.. Yakinnya kamu
Quote September14 11-5-2019 12:49 AM
Tp atok pujaan ko tu bukanke kepala segala rasuah? Dia x tau ke atau buat2 x tau? 22 thn memerintah atokla yg merintis kronisme nepotism berbilion2 projek bg kt kroni...
Quote LadyCarefree 11-5-2019 07:43 AM
Burong_Hantuk replied at 10-5-2019 10:19 PM
Sudah la chef bapokk..kao tu tin kosong..anak2 pun jahanam

Bukn karatz tegar chep tp banding dngn ko?

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.052320 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top