CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kaki Tangan Tu Pasaipa, Ikut Mazhab Mana Ni?" - Cara Solat Anak Nora Danish Ditegur

10-5-2019 11:14 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 18786| Komen: 91|Original author: Oleh: LilRose

Description: Tak senang duduk Nora Danish dibuatnya. Jika sebelum ini dia dikecam riak kerana memuat naik foto 'solat Tarawih pertama', terbaru cara anaknya solat pula dipertikaikan.
Tak senang duduk Nora Danish dibuatnya. Jika sebelum ini dia dikecam riak kerana memuat naik foto 'solat Tarawih pertama', terbaru cara anaknya solat pula dipertikaikan.




Baru-baru ini, aktres itu berkongsi gambar anaknya, Putera Rayqal dan Mohamed Nedrin sedang menunaikan solat.



Bagaimanapun, perkongsian itu memakan diri apabila dikritik dan ditegur secara kasar oleh segelintir netizen sehingga ditanya mengikut ajaran mana.

Puncanya, gambar itu memaparkan kedudukan tangan Rayqal dan kaki Nedrin yang seolah-olah sedang menguis-nguis. 

Namun, rata-rata pengikut tidak bersetuju dengan teguran kasar mereka memandangkan masih ada ruang untuk anak Nora memperbaiki solatnya.




Selain komen negatif itu, ramai saja memberi teguran secara berhemah serta memuji Nora yang tidak mengabaikan ajaran agama kepada anak memandangkan gaya hidupnya dilihat agak terbuka.



Dalam perkembangan lain, Nora ketika ditemui Utusan mengakui dia hanya akan menerima naskhah jika menepati beberapa syarat.

“Keutamaan saya semestinya untuk keluarga. Sebab itu saya akan memilih naskhah yang terbaik sahaja. Saya menerima tawaran berlakon yang boleh menyampaikan mesej yang baik buat penonton," katanya yang menegaskan prinsipnya tidak akan bekerja sehingga lewat malam kerana mahu menguruskan anak-anak di rumah.


Kredit foto: IG Nora Danish

Kenapa tidak bawa anak sekali ke lokasi penggambaran? Katanya, dia tidak mahu menyusahkan kru produksi serta kasihan pada anak jika terpaksa tunggu lama.

Amboi, terus tanya ikut mazhab mana. Tanya elok-elok tak boleh ke, bang? - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 10-5-2019 11:29 AM
yg komen tu sama ada sakit jiwa atau dengki dgn nora.budak kan.korang masa budak dulu mesti semayang pun main2 gelak2 kacau kawan sebelah
Quote Zeatyisaac 10-5-2019 11:34 AM
helicornia replied at 10-5-2019 11:29 AM
yg komen tu sama ada sakit jiwa atau dengki dgn nora.budak kan.korang masa budak dulu mesti semayang ...

Setuju sangat. Namapun budak2. Kadang2 lenguh so macam2 mereka buat nak alihkan rasa lenguh.
Quote mimi77 10-5-2019 11:36 AM
rajin sunggoh no depa...
Quote pumpkinpatch 10-5-2019 11:36 AM
tapi soalnya , as their mother tak ke dia fikir backlash yg akan dia dapat. Saja je kan dia nak adakan provokasi.

Well, any publicity is good publicity walupun guna anak as click bait,
Quote Jajabeans 10-5-2019 11:37 AM
Kalau aku jdi nora stressnya aku dgn komen netizen yg tak semenggah. Btw nora duk tingkat brapa tu? Gayatnya kalau iols duk umah cmtu xde beranda xde tak apa
Quote Sham143 10-5-2019 11:37 AM
Edited by Sham143 at 10-5-2019 11:46 AM

Menegur tu bagus tapi cara tegur tu tak bagus..Bukan nk mengajar tapi lebih pada mengutuk dn menghina.. Hati kena bersih dan ikhlas bila menegur dn lakukan kerana Allah Taala..
Quote judicata 10-5-2019 11:38 AM
jangan pertikai cara budak tu solat. tp puji la sebab dia ada inisiatif nak solat. kecik lagi kot. dia da besar nanti pandai la betulkan.
Quote SherryZass 10-5-2019 11:40 AM
Netizen pon, asik la nak bersangka buruk je Cuba husnuzon sikit, entah2 lepas dah abis solat bebudak tu, nowa tegur la mana betul mana salah kennn Bulan2 puasa ni buatlah pahala lebih sikit ya
Quote ira_229 10-5-2019 11:40 AM
sebab sakit hati dengan ibubapa anak2 ni...habis anak2nya kena kecam....
baguslah kecil2 dah dilatih nanti lama kelamaan kalau tak solat rasa macam kekurangan...
biar mereka solat dulu yg salah pelan2 tegur nanti makin lama makin diaorang perbetulkan solat tu..
Quote EvieWanKenobi 10-5-2019 11:46 AM
sejadah Raudhah.. cantik..
Quote caplimau 10-5-2019 11:46 AM
well for me asal budak2 ade niat nk dirikan dah alhamdullilah
he rest to kemudian belajar la slow2,
ape yg kalut sgt,
aku rase nk bebal komen mazhab la ape tu GILE,
budak2 je pun itu pun nk cari pasal.
Quote MsCinderella 10-5-2019 11:46 AM
x paham artis ni..semua benda nak post kat socmed...pastu tak pikiaq baik buruk bila post....
nak kata hati kering x jugak...

mmg la si dre tu budak....tp mak si dre ni dah org tua...takkan x tahu benda ni leh buat org komen mcm2..

depa ni suka tgk netizen bergaduh..pastu  claim pahala free depa dapat
Quote mamaneesa 10-5-2019 11:49 AM
netizen memang asyik semua benda pun tak kena...

ajar anak puasa kena kecam, dorg ckp solat lebih penting.
ajar anak solat kena kecam jugak, itu tak betul, ini tak betul..

apa pun tak boleh...
Quote mieymiey 10-5-2019 11:59 AM
Kesian bebudak tu weyh.
Kita faham la cara solat bebudak kan.
Tapi ND pun, benda mengundang ni takyah la post.
Quote JiEunTak 10-5-2019 12:04 PM
....apa yg nowa denis x tayang kat socmed....tinggai kecing berak ngan ja dia x tayang kat ig ka igs dia rasanya...hehehhe...hat len semua benda dia tayang...

mcm gambaq ni pun kot ya nak share betulkan lah dlu solat anak tu.... aku setuju dgn komen netizen yg cakap betulkan dari sekarang....sbb rayqal tu dah besaq la juga kiranya...kalau umoq 3 4 taun lain la ceta.... patutnya dia tayang and off kan saja bahagian comment tu... ni x memasal anak tiri kena kutuk skali....dah tau netizen kita mcm mana...
Quote nazzse 10-5-2019 12:05 PM
Budak kot, apa netizen ni expect?? Sakit hati dengan netizen, semua benda nak condemn.

Tingginya rumah nowa..gayat
Quote sidewinder 10-5-2019 12:14 PM
itu laa......hadap sgt nak share segala2 benda kat media social.....hal anak beranak simpan utk tatapan sendiri jer....netizan biasa laa....pantang silap confem kena bahan....yg tukang share pun satu hal
Quote pinksarah 10-5-2019 12:18 PM
JiEunTak replied at 10-5-2019 04:04 AM
....apa yg nowa denis x tayang kat socmed....tinggai kecing berak ngan ja dia x tayang kat ig ka igs ...

Aritu ada kan dia tayang bilik mandi, image terbogel..hehehe

Segala pelusuk nak di tayang..

Lupa impact
Quote Mierafaziera 10-5-2019 12:22 PM
MsCinderella replied at 10-5-2019 11:46 AM
x paham artis ni..semua benda nak post kat socmed...pastu tak pikiaq baik buruk bila post....
nak k ...

kalonak ikut netizen, kor tunjuk makan nasi tangan kanan sambil ambik lauk secubit pun kena kecam...apa ada hal!!! nak up gambor anak solat pun salah ke??lantak pi la netizen tu nak kata apa...alahai!!

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.065758 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top