CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gantung Diri Di Kandang Kambing Kerana Cinta Tak Direstui

10-5-2019 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2916| Komen: 14

Description: Lelaki warga Filipina menggantung diri di kandang kambing dipercayai kerana kecewa hubungan cinta tidak direstui.
Lelaki warga Filipina menggantung diri di kandang kambing dipercayai kerana kecewa hubungan cinta tidak direstui.

BH Online melaporkan, kejadian berlaku jam 8.15 pagi, semalam di Kampung Sebuak, Kuching, di mana mayat mangsa ditemui orang awam tergantung pada dahan pokok dengan leher diikat tali.



Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki tergantung pada dahan pokok di tepi sungai kampung terbabit.

“Setibanya di lokasi, polis mendapati mangsa berada dalam keadaan tergantung dengan tali terikat pada dahan kayu sebelum diikat pada lehernya sendiri.

“Pemeriksaan polis di lokasi juga tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan,” katanya.

Menurut abang mangsa, adiknya masih bujang, namun tidak mempunyai pekerjaan tetap dan jatuh cinta dengan wanita di kampung itu.


Bagaimanapun, keluarga wanita itu tidak merestui hubungan mereka menyebabkan lelaki terbabit mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Dalam nota yang sempat ditinggalkan mangsa, dia berkata amat mencintai kekasihnya dan menjelaskan tindakannya itu supaya kekasihnya tidak lagi melihat mukanya yang dikatakan sial.

Dalam satu lagi nota, mangsa memesan supaya nama yang disenaraikannya untuk menggali kubur dan mengangkat mayatnya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) sementara menunggu kebenaran kedutaan Filipina untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 10-5-2019 12:54 PM
menyedihkan..  kerana cinta..
Quote HannahMontana 10-5-2019 01:04 PM
kandang kambeng saja kah?

kenapa tidak ke amanpulo ....sekurang2nya  nama tempat menarik dapat juga org  tengok nanti.
Quote Skuau 10-5-2019 01:05 PM
Dikata MUKA SIAL...teruh BUNUH DIRI...Adoii....sian nya.
Quote Artemesiaa 10-5-2019 03:19 PM
Macamlah tak akan jumpa wanita lain dimasa depan, kerja sia2
Quote sukacactus 10-5-2019 04:55 PM
Dah xde keje tetap, mmg family xkasi la
Cuba cari jln majukan diri skit, ni gi bunuh diri plak
Quote Pink_Purple 10-5-2019 07:00 PM
frust sangat la tu
Quote matchstick 13-5-2019 10:44 AM
Sempat demand sape kena gali kubur n angkat mayat dia.. Kalo org yg tersebut tu x nk mcm mana
Quote singajantan 13-5-2019 10:46 AM
bodohnya laa hidup

pastu menyusahkan pula orang yg disenaraikan utk menggali kubur dan menanamnya

dari buang masa bercinta baik cari kerja dapat duit ramai yg mendekat

xde duit berangan nak bercinta...nnt duduk bawah jambatan jer kerjanya
Quote Malaysia.Doom 13-5-2019 10:50 AM
singajantan replied at 13-5-2019 10:46 AM
bodohnya laa hidup

pastu menyusahkan pula orang yg disenaraikan utk menggali kubur dan menanamnya ...

Kenapa heols Tak gali Kubur Dan kambus terus hidup2.

Satu keje pulak penggali Kubur nak tengok muka sial heols.
Quote pavlovachoc 13-5-2019 11:00 AM
wah .. siap pesan lg sape  kene angkat dan gali kubur dia
Quote singajantan 13-5-2019 11:10 AM
Malaysia.Doom replied at 13-5-2019 10:50 AM
Kenapa heols Tak gali Kubur Dan kambus terus hidup2.

Satu keje pulak penggali Kubur nak tengok  ...

ahah kan ..atau gantung diri kat pokok yg bawahnya dia dah siap2 korek lubang..jd orang jumpa potong tali ...terus kambus..kan senang hidup mati pun x menyusahkan orang
Quote kualibesi 25-7-2019 05:19 PM
kesian nya.. ad la tu kecewa dlm hdup
Quote Foxey 25-7-2019 05:37 PM
Siap boleh demand lak sapa angkat jenazah dia
Quote grouper 25-7-2019 06:10 PM
Confirm jadi hantu ni weiii....dah le mati tersiksa ngan perasaan dendam..x senang tido le org yg namanya naik dlm nota bunuh diri tu...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.064315 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top