CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Tak Serik Buli Anak Orang, Budak Lelaki Maut Ditikam Dalam Kelas

14-5-2019 12:30 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4301| Komen: 16|Original author: Oleh: LilRose

Description: China digemparkan dengan berita seorang lelaki menikam kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hingga maut kerana membuli anak perempuannya.
China digemparkan dengan berita seorang lelaki menikam kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hingga maut kerana membuli anak perempuannya.

Lapor Shanghaiist, kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu, di mana suspek berusia 41 tahun dikenali sebagai Wang menyerang mangsa di dalam kelas di sebuah sekolah rendah di bandar Jiangxi, Shangrao dengan pisau pemotong buah.



Kredit foto: Shanghaiist

Dalam sebuah kenyataan polis, Wang yang ditahan di sekolah berkenaan sejurus kejadian mengaku bersalah membunuh mangsa dikenali sebagai Liu itu.

Wang dipercayai melakukan serangan itu kerana tidak puas hati anaknya sering dibuli mangsa.

Tangkap layar perbualan ibu bapa dan guru menerusi aplikasi sembang WeChat menunjukkan Wang menuduh Liu membuli anaknya walaupun sudah beberapa kali diberi amaran.


Kredit foto: Hiasan


Difahamkan, guru sekolah berkenaan cuba mengaturkan pertemuan antara ibu bapa kedua-dua pihak pada Jumaat bagi membincangkan isu terbabit selain meminta Liu untuk memohon maaf. Bagaimanapun, ibu bapa Liu dikatakan tidak hadir pada hari pertemuani itu.

Bapa Liu kemudian tampil menjelaskan bahawa guru berkenaan memaklumkan kepadanya berhubung Wang yang bersikap tidak wajar dan mungkin akan bertindak agresif. 

Bimbang dengan keselamatan mereka, bapa mangsa memutuskan untuk menghantar anaknya ke sekolah tanpa bertemu Wang. Dakwanya, dia tidak pernah dimaklumkan mengenai kes buli anaknya itu yang dikatakan berlarutan sejak lebih setahun lalu.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan digantung sementara siasatan dijalankan. - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noodle.baby 14-5-2019 12:39 PM
Dah tak dapat nak tahan sabar la tu.. benda boleh tikam, watpe nak bincang2 kannn
Quote umbut 14-5-2019 12:53 PM
Buli lagi.. x pasai2 kena tikam
Quote tumpanglalu74 14-5-2019 12:58 PM
Tapi ini dah lama dah aku bace sini aritu..  Ke orang lain kali ni?

Quote minguk 14-5-2019 01:30 PM
padan muka
Quote shernazz 14-5-2019 09:00 PM
Padan muka
Buli orang lg
Mak pak in denial la tu
.sapa x menyinga kalau anak kena buli..
Kesian girl tu..bapak masuk jail plak..
Quote OttoVonBismark 14-5-2019 09:11 PM
culik dan campak dalam hutan dah la. tak yah la tikam tikam. biar dia mati perlahan lahan....
Quote babyLON. 14-5-2019 09:14 PM
noodle.baby replied at 14-5-2019 12:39 PM
Dah tak dapat nak tahan sabar la tu.. benda boleh tikam, watpe nak bincang2 kannn

dah atur perbincangan tp parent pembuli x dtg. mendapatlah..
Quote ikanmasin 14-5-2019 10:09 PM
benda bab2 buli ni jgn buat tak tau jer..bahaya tgk mcm mana
kesan nya terhadap bdk yg kene buli..yg membuli mmg ptt dipadan
kan muka..buli lg last2 nyawa melayang..
Quote redz85 15-5-2019 05:28 AM
pelajar lain dah boleh belajar dengan aman..
Quote Victorioussss 15-5-2019 01:32 PM
Padan muka elok mampus kecik2
Quote Bujat 15-5-2019 02:48 PM
Tu makan dia
Quote Artemesiaa 15-5-2019 02:57 PM
Bila dah hilang sabar manusia mula betindak ikut perasaan nyawa pun mampu melayang
Quote card_reader 15-5-2019 03:06 PM
effect kalo budak tu mangsa buli amat lah terok, pernah tgk sorang budak mangsa buli...bila balek rumah kerja nak tikam adik beradik yg lain je, cikgu n parent pembuli tu x amek port pasal budak tu
Quote Jorja 26-7-2019 12:39 AM
Orang yg suka mbuli sejak Dari sekolah yg I kenal I tengok hidup tak ke mana and tak berjaya apa pun dlm hidup kecuali bjya membiak aja
Quote faraway1 26-7-2019 01:01 AM
Team bapak, sian anak sebab bapak masuk penjara, tapi masuk penjara sebab lindungi anak.

Akan buat benda yang sama
Kalau berada dalam situasi, cuma lain bayar seriel killer
Quote me_nns 9-8-2019 07:48 AM
ok settle masalah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.072789 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top