CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Dan Bella Astillah Sah Bercerai Talak Satu

17-5-2019 09:25 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 4385| Komen: 9|Original author: Oleh: top5complete

Description: Kemelut rumah tangga yang melanda Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya tamat pada hari ini setelah mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Kemelut rumah tangga yang melanda Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya tamat setelah mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.



Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 28, yang kelihatan menangis sebak melafazkan talak satu pada 3.45 petang itu di hadapan Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid setelah Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25 membuat permohonan cerai.

Suasana bertukar sedih di dalam mahkamah apabila pasangan itu bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.

Apabila ditemubual wartawan mengenai punca mereka bercerai ini pula jawab Aliff Aziz:

"Saya menganggap perceraian ini teguran keras daripada Allah. Apa yang penting sekarang adalah saya ingin memperbaiki diri. Saya cuba untuk kuatkan diri dan teruskan hidup dengan keluarga. Saya minta orang ramai untuk doakan Bella dan anak kami juga," katanya kepada Harian Metro

Foto Rotikaya

"Saya mohon maaf tulus dari hati saya ini kepada Bella. Dia sudah banyak berkorban dari hari pertama kami kahwin lagi. Dia menjaga makan pakai saya, kerjaya dan lahirkan anak. Tak ramai yang sabar seperti Bella." 

Selesai urusan penceraian mereka di mahkamah petang tadi Bella Astillah sempat memuat naik kenyataan di instagramnya. Kelihatan ramai rakan artis mendoakan yang terbaik untuk Bella supaya lebih kuat untuk meneruskan hidup selepas ini.

IG: Bella Astillah

"Alhamdulillah semua di permudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff. Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden. Dan terima kasih yang tak putus2 mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir Allah dan Bella redha. 
"Allah knows best," tulisnya.

Foto Google

Aliff dan Bella telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun. 
Pada 2017, Aliff mencetus kontroversi apabila berlaku curang apabila keluar berhibur bersama pelakon Afifah Nasir di pusat karaoke.

Foto Google

Februari lalu, Aliff sekali lagi mencetus kontroversi apabila keluar bersama pelakon Oktovia Manrose seperti didedahkan Bella.

Foto Google

Dan yang kali ketiga, gambar Aliff serta satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel sedang hangat berpelukan.


Maka dengan ini, tamatlah sudah kisah kontroversi paling hangat tahun 2019 antara Aliff Aziz, Bella Astilla. Semoga pasangan di luar sana menjadikan ini sebagai suatu pengajaran untuk lebih setia kepada pasangan masing-masing. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-5-2019 09:38 AM
Baguslah..
Takde dah drama lagi.
Lepas ni, tak payah la netizen mintak pandangan bella. Dia bukan pakar pun.
Quote Kurex 17-5-2019 09:41 AM
Alip ajis belum tengok aku bertukar jadi marian rivera lagi.
Quote Pinkkerabu 17-5-2019 01:13 PM
Bella pun xpyh tumpang glam dah... Bukan retis pun
Quote MoFirdaus 17-5-2019 03:48 PM
tinggalkan je laki x guna ni......cari la lelaki yg baik bukan playboy
Quote giyomi 17-5-2019 05:30 PM
dari dl sebelum kawen pon netijen dah suh ko hati2 bella, sebab sebelum kawen pon dh banyak masalah, tp...tulah, nk sgt kawen retis, alih2 terkawen retis bermasalah sdgkan di luar sn ramai lg retis2 yg baik
Quote MsPercy 19-5-2019 04:07 AM
Alhamdulillah. Bella deserve better. Time to move on
Quote LadyCarefree 21-5-2019 05:41 AM
Pinkkerabu: Bella pun xpyh tumpang glam dah... Bukan retis pun


Mane boleh camtu dia kn batak instafemes
Quote LadyCarefree 21-5-2019 05:42 AM
Video lagu nabela dgn dedek hauk giler nk mati. Dh lh dedua dada leper kehkehkeh
Quote jointhecurse 22-5-2019 12:05 PM
Bgus selesai cara elok.. xd netizen ngadap drama berbabak korang.. krg sikit mnusia ambik kesemptan ats isu ko utk body shaming ko..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.067238 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top