CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"TV3 Bawah Tapak Kaki Dia Je!"- Amerul Affendi Buktikan Bertaraf Global Biar Ditolak Stesen Tempatan

21-5-2019 10:06 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 23497| Komen: 115|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Di Malaysia ini memang senang nak jadi artis. Asalkan ada rupa, pasti menjadi rebutan para produser dan pengarah. Bakat sering ditolak tepi!
Di Malaysia ini memang senang nak jadi artis. Asalkan ada rupa, pasti menjadi rebutan para produser dan pengarah. Bakat sering ditolak tepi!

Disebabkan itu, lambakan pelakon di kaca televisyen sekarang dilihat 'kayu' dan tidak menarik perhatian penonton langsung.


Ramai pelakon lain terkena tempias ini apabila mereka tidak diberikan tawaran berlakon hanya kerana paras rupa tidak mencapai standard ditetapkan walaupun bakat yang dipertaruhkan adalah besar.

Salah seorang daripada pelakon itu ialah Amerul Affendi yang lakonannya 'sangat menjadi' sehingga beliau berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN baru-baru ini bagi filem One Two Jaga.


Kredit foto: Twitter

Walaupun disisihkan stesen televisyen tempatan, Amerul sekali lagi berjaya menarik perhatian peminat tempatan menerusi lakonan antagonisnya di dalam muzik video terbaru Yuna, 'Blank Marquee' bersama G-Eazy





Kredit foto: Twitter

Amerul juga sempat berkongsi beberapa keping gambar ketika di set penggambaran muzik video itu yang diarahkan suami Yuna sendiri iaitu Adam Sinclair.

Adam Sinclair juga berjaya membuktikan bakatnya menerusi pengarahan muzik video ini di mana senimatografinya berjaya menangkap sisi lain kota Kuala Lumpur.



Kredit foto: Instagram

Amerul, Yuna bahkan Adam Sinclair sendiri telah berjaya menonjolkan bakat mereka yang setaraf antarabangsa. 

Bila stesen televisyen Malaysia akan memartabatkan bakat anak seni seperti mereka ini? - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-5-2019 10:13 AM
Akak paling tak sangka Adam tu berbakat namampus dalam bidang penghasilan MV. Korang yang kutuk Adam tu downgrade dari bf kokesen Yuna masa deyol nikoh patut insof. Ternyata Yuna tak salah pilih suami. See how much money she can jimat bikin MV letops tahap intrenational bila laki sundri yang jadik director.
Quote dua_chzy 21-5-2019 10:18 AM
Dan G Eazy nampak decent jah dalam MV ini saperti lelaki baik2. Jauh beda dengan imej jantan kabaret sundal yang heols portray dalam MV Britney.
Quote Mina2215 21-5-2019 10:19 AM
Sour grapes pulakk beliau
Quote Kurex 21-5-2019 10:20 AM
Selalunya yg badan gini mempunyai senjata yg besar
Quote Star_el 21-5-2019 10:24 AM
jap, ayat bawah tapak kaki dia tu bukannya dia yg cakap kan?
netizen yg komen?
please betulkan sket tajuk, tengok ada orang yang baca tajuk je nanti
Quote MatDeghem 21-5-2019 10:26 AM
secara umum di TV tak boleh letak artist2 yg muka brutal .... nanti budak2 takut

Quote Acikgomen 21-5-2019 10:27 AM
dua_chzy replied at 21-5-2019 10:13 AM
Akak paling tak sangka Adam tu berbakat namampus dalam bidang penghasilan MV. Korang yang kutuk Adam ...

Tapi patah amin tohtappppp dihati chuols
Quote seri_mawr 21-5-2019 10:35 AM
Acikgomen replied at 21-5-2019 10:27 AM
Tapi patah amin tohtappppp dihati chuols

dia dah ok sikit dah berlakon...

ada improvement dah...
Quote espri6006 21-5-2019 10:37 AM
RTM ok je....aman2 je terima sesiapa sahaja yg berbakat. Cuma TV3 je kot...sbb pernah orang TV3 mengiyakan kata2 A. Aida.
Quote lostfaith 21-5-2019 10:42 AM
Aku peliklah orang Malaysia siang mlm meratib kununya bakat dia diperkecilkan, dia tidak diberikan peluang sewajarlah, bla bla... Padahal aku tengok siang mlm jer berlakon ngan watak yg bersesuaian. Dah camana. Ko ingat nak dia berlakon hero surihati mr pilot ke ke nak dia berlakon citer nur. Or nak dia berlakon hero ombak rindu. Logik logiklah ke ko just menulis setakat nak orang rasa ko sejenis urban tak discriminate orang ikut paras rupa...tolonglah kat Hollywood pun pelakon dipilih berdasarkan rupa dan bakat  bersesuaian ngan watak.
Quote de_ikea 21-5-2019 10:44 AM
Good job AE
Quote pittjie 21-5-2019 10:50 AM
Mina2215 replied at 21-5-2019 10:19 AM
Sour grapes pulakk beliau

dia tak de komen apa2 pun dik. tu kan semua ulasan & komen2 orang lain.
Quote sheqim 21-5-2019 10:51 AM
lostfaith: Aku peliklah orang Malaysia siang mlm meratib kununya bakat dia diperkecilkan, dia tidak diberikan peluang sewajarlah, bla bla... Padahal aku tengok s ...



Ya ampunn.. aku setuju sgt statement ko.. beragak la netizen pon.. byangkan surihati mr pilot tu dia ni hero ganti fattah, ko ghase? Salah satu contoh.. biarlah dia berlakon bersesuaian dgn diri dia.. agak2 kalu dia jadik hero cite romantik lalu ke korang nk tgk?
Quote tagas 21-5-2019 10:53 AM
know mamat ni jadik pondan dlm polis evo jer

menonggek tak hengat

lain movie tak taw
Quote Mina2215 21-5-2019 10:55 AM
pittjie replied at 21-5-2019 10:50 AM
dia tak de komen apa2 pun dik. tu kan semua ulasan & komen2 orang lain.

Ni lah gara2 baca sepintas lalu. Tak pepasal terfitnah orang.  Salah saya..

thanks @pittjie for pointing it out.  Nah bunga
Quote Chairman 21-5-2019 10:56 AM
aduyaiii...mamat ni hebat gile kot berlakon..sayangnye kurg publisiti...hopefully mamat ni bole cipta nama kt luar..syabas broo..syabas

Azhan Rani pn hebat berlakon..Alhamdulillah die pn dh terima anugerah.
Quote salmon-suki 21-5-2019 10:57 AM
Mina2215 replied at 21-5-2019 10:19 AM
Sour grapes pulakk beliau

Komen netz laa..cer baca leklok kt komen y ditepek tt..tt pun satu,tajuk misleading..nanti org igt dia ni y komen bebukan..alahaiiii
Quote SR4tahun 21-5-2019 10:57 AM
Laki ni mmg terer berlakon no doubt.
Tp adam terer buat mv tu gua terkejut! Lawa habis mv nya. Harap mendonia lah semua org dlm mv tu
Quote cikatilia 21-5-2019 11:02 AM
espri6006 replied at 21-5-2019 10:37 AM
RTM ok je....aman2 je terima sesiapa sahaja yg berbakat. Cuma TV3 je kot...sbb pernah orang TV3 meng ...

sekali sekala tgk RTM best gak woo dramanya

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.069899 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top