CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Ini Rahsia Kek Kukus Coklat Jadi Lembut Dan Gebu, Boleh Jadi Desert Masa Berbuka Nanti!

30-5-2019 10:03 AM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 5390| Komen: 7|Original author: Oleh: M. Manis

Description: Risau tekturnya menjadi keras dan bantat antara sebab malas nak membakar kek. Sebab itulah ramai yang memilih untuk membeli sahaja di kedai yang mempunyai kepakaran dalam pembuatan kek, antaranya Secr ...

Risau tekturnya menjadi keras dan bantat antara sebab malas nak membakar kek. Sebab itulah ramai yang memilih untuk membeli sahaja di kedai yang mempunyai kepakaran dalam pembuatan kek, antaranya Secret Recipe walaupun harganya mahal.



Carian Google


Nak bakar kek coklat kukus yang senang pun boleh tak menjadi. Daripada membazir, apa kata anda ikut resipi rahsia yang dikongsikan ini supaya kek coklat kukus gerenti tidak keras dan bantat? Boleh dinikmati ketika berbuka nanti!


Bahan kek:

*1 mug minyak masak
*1 mug susu cair
*1 mug susu pekat
*1 mug serbuk koko
*1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
*4 biji telur gred A @ B
*1 1/2 sudu teh baking powder
*1 1/2 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila
*1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak

 


Bahan topping:

*4 sudu besar serbuk koko
*5 sudu besar susu pekat
*3 sudu besar minyak masak
*2 sudu besar susu cair.



Cara penyediaan kek:

1. Campur semua bahan ke dalam pengisar kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.

2. Kisarkan selama lima minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama tiga atau empat minit sahaja.

3. Kemudian, tuangkan adunan kedalam mangkuk besar.

4. Tuangkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis dan kacau sebati.

5. Sapukan acuan atau loyang dengan butter atau minyak.
**Nota: Jangan lupa tutup loyang dengan plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.

6. Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama satu jam atau sampai betul-betul masak.
**Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan-bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.





Cara penyediaan topping:

1. Campur semua bahan topping ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga sebati.

2. Kemudian, tuangkan terus ke atas kek. Kek siap dan sedia untuk dimakan!

 



Mudah sahaja. Jika anda ikut betul resipi daripada SAJI ini mesti menjadi punyalah. Selamat mencuba dan menikmati keenakan rasa kek coklat kukus bertekstur lembut dan gebu! - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 30-5-2019 02:31 PM
Adoi sedapnya.
Quote mawar_mustika 30-5-2019 02:44 PM
bila dh siap letak dlm peti ais...nk buka puasa bila telan tu...rasa nikmat yg tak terhingga Allah kurniakan
Quote Daisyna 30-5-2019 03:22 PM
Gebunya,blh cuba buat ni.
Quote RatuDunia94 30-5-2019 08:42 PM
Kaloriiiii
Quote cikbun 7-8-2019 10:39 PM
sedapnya la weh {:yameteh
Quote cikbun 8-8-2019 12:26 AM
ouhhh macam tu nk jdi gebu
Quote sapasapa 14-5-2021 04:25 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.183910 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top