CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Tizz Zaqyah Selar PU Amin Dan Puji Imam Syiah?

27-5-2019 10:02 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14562| Komen: 66|Original author: Oleh: Azza

Description: "Quote Imam Syiah lebih beradab dan mesra, kesian Meleis."Dikala umat Islam mencari malam Lailatulqadar dalam pecutan 10 Ramadan terakhir, aktres Tiz Zaqyah pula membuatkan warganet bertelagah pen ...




"Quote Imam Syiah lebih beradab dan mesra, kesian Meleis."

Dikala umat Islam mencari malam Lailatulqadar dalam pecutan 10 Ramadan terakhir, aktres Tiz Zaqyah pula membuatkan warganet bertelagah pendapat apabila melontarkan pandangannya mengenai dakwah di Malaysia. Dengan membandingkan pendekatan PU Amin dan seorang ulama luar negara, Tizz mengaitkan sikap orang Muslim yang hanya tahu menunding jari menyalahkan wanita semata-mata apabila berlaku sesuatu insiden (dalam isu ini, aurat wanita).

Lebih membuatkan ramai marah apabila Tizz menggunakan perkataan 'Meleis' menggantikan perkataan Melayu jelas menunjukkan sikap rasisnya terhadap bangsa sendiri.

Kredit foto: Twitter

Menyedari ramai yang melenting, Tizz akui yang dia tersalah menggunakan terma 'real muslim', namun dalam masa sama tetap mengatakan yang dakwah orang Malaysia supaya memakai tudung tidak kena pada tempatnya. Bukan mahu menyalahkan lelaki yang tidak reti menundukkan pandangan tapi mengapa lelaki tidak boleh berhemah ketika berdakwah? Sementelah ada warganet lelaki yang mengecam Tizz yang sentiasa menggunakan alasan untuk bertudung.

:

Kredit foto: IG

Biarpun telah diterangkan bahawa Sheikh Azhar Nasser tu dari golongan Syiah, namun Tizz tetap bertegas bahawa nasihatnya tetap boleh digunakan kerana berhemah menangani isu wanita. Begitu juga dengan persepsi bertudung serta mentaliti lelaki yang ego.


Bukan sahaja mengambil kata-kata dari Ulama Syiah, warganet turut menyelar Tizz yang didakwa mempunyai ciri-ciri 'inferiority complex'  lalu memberi contoh paling buruk dari bangsa sendiri untuk dibandingkan dengan contoh bagus dari bangsa lain. Alih-alih menyatakan bangsa sendiri tipikal sebenarnya perbandingan yang tidak adil.



Kredit foto: IG

Mungkin Tizz Zaqyah menyuarakan pendapatnya sendiri mengenai pandangan lelaki Melayu terhadap wanita yang tidak menutup aurat. Namun mengaitkan Imam Syiah yang diketahui tidak diterima di Malaysia serta mengkritik bangsa sendiri dengan menggunakan perkataan 'Meleis' juga dianggap menghina. Jadi, Tizz mungkin perlu berdiam dari menjawab kritikan warganet supaya perbalahan tidak berlarutan. - CARI 
3

Bagus
6

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aku_best 27-5-2019 10:06 AM
Kat forum ni banyak jer forummer guna istilah meleis....adakah tizz pembaca forum cari jugak...
Quote prizadane 27-5-2019 10:11 AM
Iols walaupun menyampah dengan stok PU ni, tapi rasanya okay je twit PU Amin tu. tak terasa apa pun. Ada yang lagi kasar pun ada.. iols pun takde la menutup aurat sangat..kadang terbabas juga.
Quote rosmahisham 27-5-2019 10:14 AM
Tiz forumer cari jgk ke..org dlm cari ni yg slu guna meleis hi hi
Quote mamajuwieta 27-5-2019 10:23 AM
bajet gud gud jerk PU PU ni..
Quote cikatilia 27-5-2019 10:25 AM
yg menegur tu elok2 la
xyah la sarkastik sgt

yg ditegur tu pon kalau benda tentu salah xyah la nak backup sgt

tapi ada je org yg mmg layak kena tegur secara maki

and ya kebenaran itu amat pahit diterima
sekian.


Quote MentariSenja 27-5-2019 10:38 AM
Edited by MentariSenja at 27-5-2019 10:59 AM

Satu jer yg meols nak komen, dlm kes ni, memang cara dakwah imam syiah tu lebih berhemah dan PU patut belajar cara yg lebih baik untuk berdakwah. Walaupun kita ni sunni, tapi jika yg dikatakan oleh imam syiah tu sesuatu yg positif dan tidak bertentangan dgn kepercayaan kita, no harm pun kita puji. Memang betul pun apa dia cakap tu. Menjaga kehormatan diri ni tanggungjawab lelaki dan perempuan (dlm Quran jelas), bukan perempuan sajer yg kena jaga tapi lelaki boleh buat sesuka hati. Cuma cara Tiz puji tu agak 'provocative'. Knowing netizens yg segala benda pasal 'aurat' ni nak ditilik dan dianalisis, patut Tiz lebih berhati2. Apatah lagi bila melibatkan perbandingan 2 individu berlainan mazhab. Penggunaan ayat dan perkataan pun main peranan. The word meleis ni kita guna di porum jah...tiz pun ahli forum kah?
Quote awanysss 27-5-2019 10:45 AM
tumpang lalu. nak kumpul kredit utk naik pangkat
Quote kociriemann 27-5-2019 10:48 AM
PU Amin ni pun x berapa politically correct. Lain kali tweet, mana2 lelaki nak pakai short untuk main bola. Ambik setereka, panaskan, then cop kat betis. Baru lari laju.
Quote Victorioussss 27-5-2019 10:50 AM
Kalau dia taat perintah Allah dn nk ckp mcm tu..dont mind at all dia nk pakai comparison sirah nabawiyah

Tapi ajaran agama sndiri pn xikot..gmbr pakai terbonjol2 terpeluk2 bersepah kt intenet pastu nk pakai comparison pasal sirah?

Compare la diri sndiri dulu dgn kisah iblis yang disuruh sujud pd Adam tp ingkar dan quiry

No..i minat pubg je. Pu2 lain xsapot pn
Quote mzzenma 27-5-2019 11:04 AM
sejak bila term meleis tu offensive or racist or derogatory.. ke mzz yang tertinggal keretapi??
Quote shania88 27-5-2019 11:31 AM
bab member cerai bini time pregnant sebb kejar janda gatal kau diammmm
Quote Ali_x 27-5-2019 11:53 AM
Hate is heavy..let it go
Quote AshkieLa 27-5-2019 11:58 AM
Edited by AshkieLa at 27-5-2019 12:01 PM

tapi memang betul pun mostly pendakwah2 Msia ni asyik attack org pempuan je..
tak kira laa pasal aurat ke, pasal perkahwinan ke, pasal perceraian ke...pasal skandal ke... pasal tayang bebird ke..
kaum lelaki jelaa manjang betul dan terselamat drpd kena ape2 tindakan.

apepun I bet.. mereka yg bajet good good kat socmed ni lama2 akan di uji sampai tersungkur jua... (contoh : kokspin... saiful nang...)
dulu ingat lagi dua ketul ni asyik laa up pendapat tentang isu semasa dan macam2...
pastu netizen selalu laa nak share pendapat diorg dan jadikan idola...
sekarang dua2 dah kena kecam dan mengalami zaman kejatuhan...
sorang mandai2 keluar fatwa sndiri walau bukan ahli...
yang sorang lagi.. gi mekah cari tempat pelacuran, gi palestin puji israel...
Quote abbyhoney 27-5-2019 12:25 PM
Bila dah tak mau ikut suruhan Allah, mcm2 lah alasan yg nk membolehkan tak payah tutup aurat. Serba tak kena. Buka Al Quran balik dan baca terjemahan. Cari ayat2 pasal aurat. Baca dan hadamkan. Kalau kata2 ustaz, ulama tak nk dgr, kata kasar lah, tak berhemah lah...agak2 azab Allah tu diaorg ni nk ckp apa? tak berhemah juga ke?
Quote inusya 27-5-2019 12:26 PM
Dulu masa kecoh pu amin psl lgbt aku pun fikir dia ni terlalu kasar. Tp bila dgr ceramah dia live sgt berilmu cukup padat sgala nasihat smpaikan penonton dah x tahu nk tnya soalan apa berkaitan tajuk ceramah time tu.
Quote MeghanK 27-5-2019 12:28 PM
mzzenma replied at 27-5-2019 11:04 AM
sejak bila term meleis tu offensive or racist or derogatory.. ke mzz yang tertinggal keretapi??

kan..meleis memang kaki sentap

on topic, iols team tizz..yang PU tu konon dakwah tapi objek nya hanya perempuan..lelaki tak payah tutup aurat kah
Quote MFR_IN 27-5-2019 12:29 PM
shania88 replied at 27-5-2019 11:31 AM
bab member cerai bini time pregnant sebb kejar janda gatal kau diammmm

bff die la.
Quote kakasotong2 27-5-2019 12:32 PM
Edited by kakasotong2 at 27-5-2019 12:34 PM

Lately semua nak condem psl PU ni yelah isu pn kadang2 diorang sendiri yg mengundang kecaman. Tp utk kes PU Amin ngan Tizz ni meols rase bukan isu besar pun.

Tizz xpaham kias2 agama, balaghah kalau dlm bahasa arab. Kalau org melayu org panggil peribahasa.

Pu ni kiaskan sahaja. Bayangkan bukan suruh buat betul. Bayangkan perasaan itu.
Quote TerataiMelur02 27-5-2019 12:38 PM
mana2 la tiz wei...sementara masih sihat n waras ni gunakan sebaiknya.

#tetiba nak jadi setajah

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.066657 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top