CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bossku Najib Paling Disukai Di Facebook, Tun Mahathir Tempat Kedua

27-5-2019 11:25 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6939| Komen: 47|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Kajian dijalankan oleh The Star.
Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kredit foto: Facebook


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinamakan sebagai Ahli Parlimen yang mempunyai paling banyak tanda 'suka' di Facebook berdasarkan kajian yang dijalankan oleh The Star baru-baru ini.

Memetik laporan The Star Online pada 26 Mei, Ahli Parlimen Pekan itu menerima 3.8 juta tanda 'suka' diikuti pencabar terdekatnya yang menerima 3.6 juta tanda 'suka' iaitu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tempat ketiga menjadi milik Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mencatatkan 1.8 juta tanda 'suka' diikuti Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di tempat keempat (1.7 juta) dan di tempat kelima ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (1.2 juta).


Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin. Kredit foto: Facebook

Najib dan Dr. Mahathir juga berada di kedudukan tertinggi sejak Facebook memperkenalkan butang 'suka' pada laman sosial berkenaan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua bekas Presiden UMNO itu tidak mencatatkan jumlah status Facebook yang tertinggi disiarkan.

Kategori tersebut diungguli oleh Anwar yang mencatatkan sebanyak 6,274 status disiarkan dalam laman Facebook rasminya sejak ia diwujudkan pada 5 Mei 2008.

Kredit foto: The Star

Analisis yang dijalankan oleh The Star itu adalah berpandukan kepada laman Facebook rasmi Ahli-ahli Parlimen di negara ini.

Namun, tidak dapat dibuktikan sama ada jumlah tanda 'suka' yang diterima mempunyai kaitan dengan tahap sokongan yang bakal diterima dalam pilihan raya nanti. - CARI
7

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • MoFirdaus

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ali_x 27-5-2019 11:34 AM
{:good{:hero
Quote Ali_x 27-5-2019 11:34 AM
{:good{:hero
Quote bezita60 27-5-2019 11:35 AM
Euuwwww...anwar masuk list jugak..
Quote hussaini4675 27-5-2019 11:45 AM
bezita60: Euuwwww...anwar masuk list jugak..


Bakal pm tepi mesti ada
Quote paanz 27-5-2019 11:47 AM
Like beli kot hahaha
Quote hamrie 27-5-2019 12:41 PM
beza jauh dgn PM8
Quote Simunggu 27-5-2019 12:48 PM
apasal aku tak ada dlm list
Quote sofiazara 27-5-2019 12:58 PM
FB ni biasanya acik2 umur 50an ke atas je yang layan
pastu tulis berjela2

warga tua saluran 1
Quote kelana36 27-5-2019 01:31 PM
sofiazara replied at 27-5-2019 08:58 AM
FB ni biasanya acik2 umur 50an ke atas je yang layan
pastu tulis berjela2

Orang dah pencen, tak ada kerja kan...

Najib ni dah jadi macam artis dah..  yang like banyak yang kecam pun banyak.
Bukan ada faedah pun.
Kat indon tu kalau ikutkan online , socmed, Probowo jauh di atas Jokowi..  
Quote singajantan 27-5-2019 01:34 PM
Ni like page ...kalau total up like posting agak2 siapa meletop tahun 2019 ni
Quote zidane_ziege 27-5-2019 01:35 PM
Edited by zidane_ziege at 27-5-2019 01:36 PM

Dari 20 org tu hanya ada 5 umno dan satu pas..

Jibby yg dikatakan gah tu pun cuma +-0.3  juta je leading..

Bagi la depa hepi..
Quote julia5094 27-5-2019 02:00 PM
zidane_ziege replied at 27-5-2019 01:35 PM
Dari 20 org tu hanya ada 5 umno dan satu pas..

Jibby yg dikatakan gah tu pun cuma +-0.3  juta je  ...

300 K jugak tu leading..kesian kat pm tepi..kena tinggal jauh..
Quote lonelymd 27-5-2019 02:55 PM
Hahahaha pm tepi
Quote MFR_IN 27-5-2019 02:58 PM
bos ku vs pm tepi
Quote zidane_ziege 27-5-2019 04:56 PM
julia5094 replied at 27-5-2019 02:00 PM
300 K jugak tu leading..kesian kat pm tepi..kena tinggal jauh..

Najib popular dlm fb pasal cacai putus dedak banyak yg dh menganggur..xde apa nk buat berkuntum la dlm fb bosskur..tu pun cuma mampu up 300k je..sedih..
Quote julia5094 27-5-2019 04:59 PM
zidane_ziege replied at 27-5-2019 04:56 PM
Najib popular dlm fb pasal cacai putus dedak banyak yg dh menganggur..xde apa nk buat berkuntum la ...

Indenial lagi kah..hi..hi.
Quote tobby 27-5-2019 05:23 PM
zidane_ziege replied at 27-5-2019 01:35 PM
Dari 20 org tu hanya ada 5 umno dan satu pas..

Jibby yg dikatakan gah tu pun cuma +-0.3  juta je  ...

Tgk jumlah like utk setiap post. Page madey 24 jam post baru dpt 500 like. Page najib 1 jam post dah dpt 10,000 like
Quote dino 27-5-2019 05:24 PM
julia5094 replied at 27-5-2019 04:59 PM
Indenial lagi kah..hi..hi.

kesian...
Quote am2020 27-5-2019 06:33 PM
Rakyat menyesal kot bg undi Kat pakatan hancing..baru sekarang rakyat tahu najib siapa ...tggu pru ke 15

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.245047 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top