CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

100 Aduan Isteri Sebulan, Gesa Jabatan Imigresen Serbu Tempat Suami Memadu Kasih

28-5-2019 04:10 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 5903| Komen: 26|Original author: Oleh: Top5

Description: Kaum isteri ni panjang akal kalau terdesak lebih-lebih lagi yang melibatkan suami mereka. Kalau tak percaya, cubalah uji mereka, anda akan akan terkejut betapa kreatifnya wanita menyelesaikan masalah. ...
Kaum isteri ni panjang akal kalau terdesak lebih-lebih lagi yang melibatkan suami mereka. Kalau tak percaya, cubalah uji mereka, anda akan akan terkejut betapa kreatifnya wanita menyelesaikan masalah. 


Jabatan Imigresen Kuala Lumpur baru-baru ni membongkar, secara purata mereka terima lebih dari 100 aduan atau permohonan para isteri setiap bulan yang menggesa pihak mereka membuat serbuan di kelab-kelab hiburan.

Foto Hiasan


Memetik laporan Harian Metro, isteri-isteri ini khasnya suri rumah sudah tidak tahan dengan perangai suami yang suka berkunjung ke premis hiburan setiap malam.

Pengarah JIM Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata,

"Secara purata, kami menerima lebih 100 aduan setiap bulan sejak Januari hingga Disember tahun lalu menjadikan jumlah keseluruhan 1,387 aduan sepanjang tempoh berkenaan berbanding 792 aduan pada 2017.


"Bagi tempoh Januari hingga April lalu, kami menerima 449 aduan menerusi pelbagai saluran iaitu panggilan telefon, surat layang, emel, mesej ke saluran rasmi dan biro aduan rasmi JIM Kuala Lumpur," katanya kepada Hmetro.

Mereka beranggap suami mereka sudah terjerat dengan pancingan GRO warga asing sehingga terjebak dalam hubungan terlarang yang membahayakan kesihatan mereka sekeluarga serta mengabaikan keluarga.

Tapi menurut Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sudah banyak serbuan dilakukan dan tidak kurang tindakan telah diambil namun masih ramai warga asing terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu.

Marilah kita mendoakan para suami yang terlibat kegiatan ini supaya Allah membukakan hati mereka untuk insaf dan kembali kepada keluarga.- CARI 

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ali_x 28-5-2019 07:56 PM
Tu dia...org kawin ko pun nak kawin..bila dah kawin perangai bujang tu xnk lepas..me time la kunun
Quote nenekglamer 28-5-2019 08:01 PM
Kawin satu or kawin banyak masih xboleh elak zina ye? One, two, three, four p*p*k mcm not enough to species ber pensel ikea 2b bersunat nih.
Quote nenekglamer 28-5-2019 08:03 PM
Ali_x replied at 28-5-2019 07:56 PM
Tu dia...org kawin ko pun nak kawin..bila dah kawin perangai bujang tu xnk lepas..me time la kunun

Bujang semestinya penzina@kaki pompuan ke? N pompuan bodoh@desperet mana pulak nak bersuami penzina@kaki pompuan?

Mak tanya je hahaha
Quote barfi 28-5-2019 08:17 PM
Awat letak muka asyallie
Quote cikja 28-5-2019 08:58 PM
Gambar hiasan pun xnak kalah {:run
Quote selipar_hijau 28-5-2019 09:05 PM
Lain kali jgn kawin awal klu sendiri pn blum puas enjoy
Quote ikanmasin 28-5-2019 09:42 PM
kalau msh nak berjimba2 tak yah lah kawin lg ..enjoy puas2..
Quote ninja boy 28-5-2019 10:11 PM
Apsal kawen dgn setan
Quote Asdan 28-5-2019 10:26 PM

dulu masa duduk dekat kl, kadangkala lepak tempat ayam china vietnam, memang byk laki org, ada yg siap bercinta dgn ayam,
Quote BabyMiakaChan 29-5-2019 01:14 AM
Gambar hiasan pun, mencebik kemain akak kita sbb laki gi kelab malam {:laugh
Quote puding_caramel 29-5-2019 01:48 AM
Kalau x igt anak bini, mmg gitu le. Mcm sipolan
Quote Pink_Purple 29-5-2019 03:12 AM
lelaki hidung belang, tamak
Quote DayangKirana 29-5-2019 08:39 AM
desperate times call for desperate measures, gituh..

teringat masa iols keje call centre dulu.
menangis2 acik ni mintak aku locate gps husband dia.. dah berhari2 tak balik, suspect pegi rumah betina lain...
kesian pun ye jugak, merayu2 sambil anak meraung kat belakang..
nasib badan berlakikan buaya darat hidung belang..
Quote Zazashar 29-5-2019 10:26 AM
Bukan main gambar hiasan dia
Quote sufi^_^ 29-5-2019 10:30 AM
Ali_x replied at 28-5-2019 11:56 AM
Tu dia...org kawin ko pun nak kawin..bila dah kawin perangai bujang tu xnk lepas..me time la kunun

hahahahah..."me time" terbawak sampai thread sini.
Quote sufi^_^ 29-5-2019 10:31 AM
nenekglamer replied at 28-5-2019 12:01 PM
Kawin satu or kawin banyak masih xboleh elak zina ye? One, two, three, four p*p*k mcm not enough to  ...

tu yang eye-roll ceremony je bila ada yg kata elok kawen untuk elak zina.
Quote tunkoo 29-5-2019 10:40 AM
100 aduan baru. maknanya baru 100 lelaki yang kaki pusat maksiat. masih ramai lelaki malaysia yang sejati dan bertanggungjawab
Quote Chairman 29-5-2019 11:44 AM
beso dugaan gittewww
Quote ichaliza 29-5-2019 02:17 PM
bagus jugak mcm ni

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.180270 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top