CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Extension Bulu Hidung, Boleh Ke Jadi Trend Raya Tahun Ini?

3-6-2019 10:33 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3536| Komen: 16|Original author: Oleh: natrahn

Description: Setiap tahun, pasti ada gaya terkini yang menjadi pilihan ramai untuk digayakan semasa menyambut hari lebaran.


Setiap tahun, pasti ada gaya terkini yang menjadi pilihan ramai untuk digayakan semasa menyambut hari lebaran. 

Jika sebelum ini tular trend melukis tompok jeragat ‘freckles’, melukis bentuk bulu kening secara melampau dikenali gaya Mc D dan membentuk bibir mugil dengan menekap gelas, bagaimana pula dengan trend bulu hidung ini?

Sebelum ini, kita biasa mendengar sambungan pada bulu mata. Namun, baru-baru ini trend menyambung bulu  hidung menjadi popular pula. Ia bermula apabila instafamous @gret_chen_chen menggunakan sambungan bulu mata palsu dan meletakkannya pada lubang hidung.



Trend ini berkemungkinan akan menjadi trend solekan paling janggal pernah terjadi kerana ianya kini menjadi ikutan apabila lebih ramai kaum wanita berkongsi gambar mereka dengan hashtag #nosehairextensions.



Hashtag tersebut telah digunakan melebihi 400 kali di Instagram dan nampaknya, lebih ramai berkongsi gambar dan video mereka dalam cubaan untuk kelihatan pelik. 

Walau bagaimanapun, anda haruslah berfikir sebaiknya sebelum gamkan bulu hidung palsu ini kerana anda mungkin tergamkan sekali dengan bulu hidung asli. 

Perbuatan ini sebenarnya boleh mengundang bahaya dan akan mengganggu tugas 'rasmi' bulu hidung yang selama ini memerangkap habuk dan bakteria. 

Jangan sampai bulu hidung ekstra ini terjatuh masuk dalam rendang pula, sudahlah ya? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 3-6-2019 11:23 AM
bulu lain x nak tunjuk? apesal sibuk sgt nk buat benda bodo?
Quote salmon-suki 3-6-2019 11:56 AM
Kebodohan melampau2..kalau ada manusia kt mesia tiru,aiolzs mmg hanatkn dorg..
Quote saviour_09 3-6-2019 11:57 AM
pengotor!!!

Quote Artemesiaa 3-6-2019 11:58 AM
Suka sangat mereka ni nak promote buat benda pelik
Quote sfrnna 3-6-2019 12:00 PM
Macam labah2 masuk hidung je
Quote myakayina 3-6-2019 12:10 PM
eee..geli lah!
Quote yuki812 3-6-2019 01:11 PM
banyak no masa diorg ni time bulan posa ye...
bulu hidung pon leh jadi idea...
Quote MsKathryn 3-6-2019 02:26 PM
Buruk & bodoh
Quote MadameOnion 3-6-2019 03:17 PM
buat je benda bodoh asalkan youtube channel byk views and ig ramai followers..boleh buat ig review..duit punya pasal..bodo pun takpa
Quote cmf_Pandora 3-6-2019 08:45 PM
Bagus.... air filter kekdahnya..
Quote aleesyasofia 4-6-2019 06:01 AM
geli aih.. kwn iols ada yg kdg2 tue nmpk bulu hidung trkeluar.. slamber jer iols tegur suh buang..
Quote Foxey 19-6-2019 10:12 PM
Euwww... Seriously no!
Quote Chairman 17-7-2019 11:12 AM
jmpe depan2 org cmni mmg aku cabut bulu hidung masing2 ni kang
Quote kaklong32 17-7-2019 12:09 PM
pulak dahhhh
Quote berakit2kehulu 4-8-2019 01:02 PM
Pelik2 je trend diorang ni. Mcm dah xde benda lain nak buat
Quote heythere123 19-9-2019 06:23 PM
Eghhhh, that’s SUPER GROSS

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.377634 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top