CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Patutlah Ketuk Pintu Pun Tak Nak Buka,"- 7 Pasang Baju Untuk Aidilfitri Punah

30-5-2019 10:29 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7876| Komen: 26|Original author: Oleh: intan

Description: "Patutlah ketuk pintu pun taknak buka.." 7 pasang baju punah di aidilfitri
Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi hari lebaran bakal menjelma. Sudah pasti kebanyakan daripada anda hampir selesai menyediakan persiapan raya seperti baju raya, kuih raya dan sebagainya. Pasti tak sabar kan? Masa hari raya lah boleh pakai baju cantik-cantik dan melawa di hadapan saudara mara. Tak sabar!

Namun, setiap tahun pasti ada saja tragedi yang tidak diingini seperti baju tak siap, tak sempat beli dan sebagainya. Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga ini apabila baju yang ditempah di sebuah butik di Klang ternyata menghampakan. Ieda Sani,28, dan pasangan beliau Mohd Shafiq,34, telah merancang untuk menggayakan baju berwarna kuning dan ingin sedondon bersama lagi tiga anaknya. 7 pasang baju telah ditempah sejak lima bulan lalu dikatakan telah beberapa kali di'tangguh'kan pembuatannya oleh tukang jahit terbabit.

"Hampir lima bulan hantar, tukang jahit banyak kali tangguh, banyak bagi alasan", ujar Shafiq yang ternyata berang dengan kejadian itu.
Beliau dan isteri terkejut melihat hasil jahitan yang datang dari kedai bertaraf butik tersebut dan kesemua baju yang dijahit rosak dan tidak boleh dipakai. "Lubang kepala sempit, baju singkat, seluar senteng dan kain tidak cukup merupakan hasil baju yang ditempah daripada pengusaha butik terbabit", katanya lagi. Dia dan isteri telah menempah baju kurung sebanyak 6 helai dan 1 baju melayu berasa sangat kecewa dan serik dengan peristiwa tersebut. 

Ketika beliau datang ke butik untuk mengambil pakaian, pengusaha tersebut enggan membuka pintu malah tidak muncul dan hanya pekerja butik tersebut yang menyerahkan baju kepadanya dan beberapa pelanngan lain yang juga hadir untuk menuntut baju yang ditempah. "Tunjuk muka pun tak nak", katanya lagi.

Shafiq berkata beliau telah menanggung kerugian hampir RM600 termasuk kos membeli kain dan deposit sebanyak RM200 telah dibayar kepada pengusaha butik tersebut. Dia ketika ditemui berkata dirinya enggan membayar baki duit upah setelah melihat hasil jahitan yang punah dan hancur itu. Sebagai alternatif, Shafiq dan isteri terpaksa membelanjakan duit  lain untuk membeli baju raya baru sempena lebaran ini.


Setelah post beliau tular di media sosial, rupa-rupanya sudah ramai yang terkena dengan pengusaha butik tersebut. Ramai pengguna menceritakan perkara yang sama ditipu oleh tukang jahit tersebut. Setelah itu, pengusaha tersebut telah menyahaktifkan akaun Facebook miliknya setelah tular. -CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 30-5-2019 10:40 AM
aduhh.. 1st time ke hantar kat kedai ni?
memang tak berani hantar banyak2
kat kedai yang tak pernah pergi..

tapi comel betul anaknya fitting baju..
Quote nazzse 30-5-2019 10:55 AM
Butik apa?
Quote matchstick 30-5-2019 11:14 AM
Hahaha seluar mcm gaya nk ke bendang je
Quote msdummy.2018 30-5-2019 11:19 AM
sebenarnya nk gelak tgk gmbr baju xleh lepas kat kepala tuh..tp kesian plak..bertabahlah ek....
Quote paz 30-5-2019 11:20 AM
Seram lah nak hantar kain sebarang kat tailor tak biasa.
Quote afie_m 30-5-2019 11:22 AM
ciannya..kes macam ni klau melibatkan butik x boleh ke minta ganti rugi...lagipun ramai yg terkena
Quote prettyuglybabe 30-5-2019 11:34 AM
butik butik butik butik dari awal sampai akhir..
tapi tak jugak bagitau butik mana.. hmmmm..
Quote fushimi 30-5-2019 11:58 AM
lain kali viralkan sekali nama butik

apa susah sangat nak boh nama kedai tu

takdenya dia nak saman ko kalau ko boh nama kedai dia

aku rasa dia sub kat orang lain tuk jahit

Quote helicornia 30-5-2019 12:03 PM
kesian ada tp nk gelal jugak haha
Quote Artemesiaa 30-5-2019 12:09 PM
Kesian tengok hasilnya macam ni elok beli baju siap je lain kali dari hantar ke tailor yang bukan mahir membuatnya walaupun kedainya tu butik
Quote lee_sakura 30-5-2019 12:09 PM
sila la bg tau nama butik tu, supaya org lain pon tak kena aniaya jg
Quote milanhawkin 30-5-2019 12:23 PM
ntahnyer... napa xnk reveal nama butik? so that biar org lain pun kena jugak ke cane ni?
Quote fazamania 30-5-2019 12:35 PM
milanhawkin replied at 30-5-2019 12:23 PM
ntahnyer... napa xnk reveal nama butik? so that biar org lain pun kena jugak ke cane ni?

Pernah baca dulu katanya benda gini media mmg x expose. Ntah lah berkaitan dgn etika kot.

Sebab x reveal, butik2 celaka mcm ni masih terus beroperasi kan.
Quote awanysss 30-5-2019 12:44 PM
ni la salah satu sbb iols tak suka tempah baju.. rela beli baju size besar (kalau xde size iols) sbb atleast bila try tu dah boleh nmpak dah rupe baju tu.. kalau tempah ni kite imagine lain, dpt ke tailor jd lain.. tp kalau org yg susah carik size tu atau nak sedondon semuanya terpaksa la tempah kan..

iols pernah hntr baju kain sari dari india..cantik sari tu iols simpan bertahun jugak sebelum decide nak hntr jahit kat tailor yg biasa family iols hntr.. dia jahit cantik and harga pun okay..

tapi nak dijadikan cerita masa iols hntr baju tu, akak tailor tu baru berjinak2 bukak bisnes jual blouse di pasar malam, habis dia copek kain sari i buat blouse.. kain 6 meter i bagi dia ckp tak cukup.. padahal iols 4 meter je selalunya..

kisahnye sebelum sebelum iols hntr, mak iols dah hntr dulu kain sari dia (pun dari india and lg mahal and cantik), mak iols mintak kain lebih tu sbb nak buat baju cucu, tailor kata takde lebih.. so mak iols sejenis redho dan diam je.. masa iols nak hntr baju iols, ternampak kain lebihan baju mak iols tu di dalam kedai tailor tu.. iols diam je sbb malas nak bergaduh even terang2 dia tipu mak iols.. tp bila kantoi baju iols pun dia guna taktik yg sama, iols call dia ckp jgn nak bodoh2 kan org. sejak tu iols tak hntr lg kat dia.
Quote diss69 30-5-2019 12:47 PM
Adoii... Kesiannya kt baby tu, kepala pon xboleh masuk, agknya tkng jahit tu amek ukuran ank patung ke..
Quote puding_caramel 30-5-2019 02:34 PM
kesiannya, dh hantar awal2, gini pulak jadinya.
Quote mdhelmi 30-5-2019 02:41 PM
cite pasal ni aku teringat panggilan hangit ni
[youtube]c-XDFFudHOc[/youtube]

Quote adeqbun 30-5-2019 03:02 PM
mdhelmi replied at 30-5-2019 02:41 PM
cite pasal ni aku teringat panggilan hangit ni

hahahahaha smpi skarang aku ketawa smpi nanges..sempoi abg tu
Quote retnoel 30-5-2019 10:33 PM
Sukurrr akak punya songket thn ni jadik, biasanya beli rtw, thn gian nk tempah..tempah pon mmg kt tailor yg dh knl, cuma kena push jgk..dh bbrp kali postpone.. Hr ni baru siap.. Sukurrrr

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.058944 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top