CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Saksikan Aksi Lasak Hero Tua Dalam Rambo: Last Blood Pada September Ini

31-5-2019 03:32 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5206| Komen: 15|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Mungkin filem terakhir dalam francais Rambo.
Apakah ini merupakan aksi terakhir John Rambo? Kredit foto: Newsarama


Siapa sangka, John Rambo kembali beraksi menentang kejahatan pada usia yang tergolong dalam kategori warga emas.

Watak lasak yang dilakonkan Sylvester Stallone, 72, itu akan mula bertemu kaki wayang di Amerika Syarikat pada 20 September ini menerusi francais kelima yang berjudul 'Rambo: Last Blood'.

Memetik laporan New York Post, treler filem tersebut mula disiarkan pada 30 Mei dengan memaparkan kesinambungan kisah John Rambo yang merupakan veteran Perang Vietnam.

Dalam filem-filem terdahulu, musuh-musuh Rambo terdiri daripada tentera Vietnam, Soviet Union dan Burma serta sheriff sebuah pekan kecil di Washington.

Kali ini, misi Rambo agak berbeza kerana dia menyeberang sempadan untuk memerangi kartel dadah Mexico yang kejam dan menyelamatkan anak perempuan sahabatnya yang diculik.

Seperti biasa, aksi Rambo sentiasa disulami dengan tembakan dan letupan serta mayat-mayat musuh bergelimpangan.


Dalam treler berkenaan, Rambo ada menyebut: "Sejak bertahun-tahun lalu aku menyimpan rahsia-rahsiaku - tetapi sudah tiba masanya untuk aku berdepan dengan masa silamku. Kematian semakin menghampiri."

Dialog tersebut mencetuskan spekulasi sama ada 'Rambo: Last Blood' yang skripnya ditulis oleh Stallone sendiri dan diarahkan oleh Adrian Grunberg merupakan siri terakhir dalam francais berkenaan.

Poster promosi lima francais filem Rambo. Kredit foto: Wikipedia

Francais Rambo juga telah menjangkaui garis masa yang panjang bermula dengan Rambo: First Blood pada 1982, diikuti Rambo: First Blood Part II (1985), Rambo III (1988) dan Rambo (2008).

Apa yang pasti, peminat-peminat John Rambo di Malaysia yang juga kebanyakannya agak berusia sudah tentu tidak sabar menunggu tayangan 'Rambo: Last Blood' di pawagam-pawagam tempatan. - CARI

9

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nadie90 31-5-2019 06:17 PM
Gagah btul pkck ni...usia bkn hlgn nk brlkon filem aksi sbgni
Quote hussaini4675 31-5-2019 06:22 PM
nadie90: Gagah btul pkck ni...usia bkn hlgn nk brlkon filem aksi sbgni


Guna stuntman kot
Quote Jorja 1-6-2019 04:25 AM
They drew the first blood {:smile fav ni dah khatam 4 siri
Quote keds 1-6-2019 01:20 PM
Hero Tua? Haha
Quote RatuDunia94 1-6-2019 02:26 PM
Ini lah yg dilaungkan retis2 malaysia.. kat hollywood retis dh umur lanjut masih dpt watak hero..
Quote Supersirap 1-6-2019 06:43 PM
agar jika sudah berumur mendapat kesihatan seperti john rambo
Quote Sham143 2-6-2019 04:33 AM
Edited by Sham143 at 2-6-2019 05:00 AM

Itu bezanya antara filem melayu dan filem barat..Pembuat filem barat lebih utamakan pelakun2 yang berpengalaman dan berkarisma walaupun dh berusia.. berbeza dgn filem2 melayu yg lebih utamakan rupa paras dan usia muda..Filem melayu gagal menarik minat penuntun bangsa asing disbbkan kurangnya kualiti dari segi jalan cerita, tidak realistik dn sebagainya.. Biasanya filem melayu hanya dpt menarik minat dari golongan muda melayu dari kelas pertengahan dan bawahan shj sedangkan filem barat menjadi pilihan pd semua bangsa dan golongan..
Quote Ivysaur 3-6-2019 02:13 PM
Tua pun OK apa janji action movie
Quote Artemesiaa 3-6-2019 04:34 PM
Mesti ramai otai2 memenuhi panggung nanti
Quote hussaini4675 12-6-2019 08:43 PM
Artemesiaa: Mesti ramai otai2 memenuhi panggung nanti


Tak sabar nak tengok ni.
Quote puanbintang 17-6-2019 03:16 PM
tak kisahla hero tua pun, i nak tengok jugak
Quote amikie 21-6-2019 01:48 PM
best ni....Rambo oiii...

dari muda sampai ni,legend.
Quote Ina8895 10-7-2019 02:22 AM
Hero tua lagi macho dari bapok2 k pop
Quote Count_Romanov 13-7-2019 01:23 PM
Wajib tngk nie
I is teruja
Quote zureena 19-9-2019 09:50 AM
Edited by zureena at 19-9-2019 12:19 PM

Watched this move last tuesday (17/9). Not bad the action and acting..eventho dh tua

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.207235 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top