CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kalau Dia Nak Pakai Orang Gaji Apa Salahnya?" Warganet Persoal Niat Wanita Kritik Nur Jannah

3-6-2019 01:22 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17000| Komen: 140|Original author: Oleh: Azza

Description: "Kejayaan anak Malaysia di luar negara seharusnya dibanggakan bersama, bukannya dikritik melulu. Namun itulah yang terjadi apabila Nurul Jannah Zamberi, 23 yang mengharumkan nama Malaysia apabila di ...





Kejayaan anak Malaysia di luar negara seharusnya dibanggakan bersama, bukannya dikritik melulu. Namun itulah yang terjadi apabila Nurul Jannah Zamberi, 23 yang mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikat (AS) dikecam oleh segelintir warganet.

Bagi golongan ini, kejayaan akademik dan rupa paras yang cantik bukan lah segala-galanya jika tidak tahu membuat kerja rumah. Penghujungnya mereka mengharapkan orang gaji untuk membuat kerja rumah. Komen ini dipetik dari media sosial Facebook yang menyaksikan persepsi negatif terhadap kejayaan orang lain. Persoalannya kenapa tidak boleh bersangka baik atau memang begitu sikap orang kita?

Foto : Twitter

Kejayaan Nurul Jannah memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.95 menyaksikan beliau menerima pengiktirafan tertinggi di 10 universiti terbesar di New Jersey. Kehebatannya ini juga mendapat perhatian daripada Timbalan Perdana Menteri, Dr.Wan Azizah.

Bagaimanapun ianya tidak mendapat maklum balas sebegitu daripada segelintir warga Malaysia yang menganggap ia masih tidak cukup untuk menjadi wanita cemerlang. Hal ini membuatkan warga Twitter berasa berang dengan tuduhan tidak berasas. Kenapa perlu iri hati dengan pencapaian orang lain serta memberi kritikan yang langsung tidak diperlukan? Berkenaan memasak serta mengemas rumah pula, ianya boleh dipelajari tetapi kepandaian dalam akademik tidak semua mampu melakukannya. Mengapa tidak boleh mengucapkan tahniah?

Bagi mereka, orang yang menulis komen tersebut sebagai busuk hati kerana tidak nampak cerita yang sebenar iaitu kejayaannya di negara orang dengan mengalahkan pelajar lain. Tetapi sibuk pula mencari kesalahan atau kekurangan mereka. Sedangkan bagi mereka yang belajar jauh di negara orang sebenarnya mempunyai tahap 'survival' yang tinggi kerana perlu membuat segala-galanya tanpa ada bantuan seperti di negara sendiri.

Isu ini juga mendapat komen daripada selebriti Adibah Noor dan Tizz Zakiah yang berasa pelik dengan komen 'busuk hati' ini.



Oleh sebab itu, ada pihak yang berusaha mencari pemberi komen tersebut lalu bertemu dengan empunya diri. Rupa-rupanya dia adalah seorang warga pendidik dan sedih melihat seorang yang sepatutnya mengajar mengenai nilai-nilai murni mempunyai prasangka buruk sebegini.
Foto : FB
Jika bukan pendidikan yang menentukan seorang itu bersangka baik atau buruk kepada orang lain, ianya mungkin kerana tekanan hidup yang dialaminya. Ini kerana memasak, mencuci baju dan segala kerja rumah boleh dipelajari. Dan jika dia mampu mencari orang gaji sekalipun, apa masalahnya?

"Tolonglah, orang zaman moden ni jangan kuno sangat. Kadang-kadang orang yang pandai dapat
pelajar terbaik ni, dia boleh je buat kerja rumah, sebab dah dididik sejak kecil lagi.
Itu rezeki dia. Kenapa bitter sangat?"


-CARI

9

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 3-6-2019 01:31 PM
takde isu lain ke nak bangkit, busut beno hati yang kata begitu..
btw tahniah dik, dah la cantik pandai pula tu..
Quote vee_zara 3-6-2019 01:32 PM
Hoiii buat malu cikgu jee ko ni kan.. meluat dengan acah2 poyo ni tp slalu mesti tak reveal muka sebenar in profil pic.. acah2 islamik sungguh. Ko ingat pompuan ni keje dia just cuci pinggan, kemas rumah, masak ke ????bodow
Quote vee_zara 3-6-2019 01:33 PM
Bodow cikgu ni.
Quote Vokuro 3-6-2019 01:42 PM
Yang caption2 muslimah lah perangai paling babi sebenarnya. Caption islamiyah itu hanya untuk bodohkan fellow melayu yang memang superficial
Quote barfi 3-6-2019 01:57 PM
Aku pun hari2 daily maid datang kemas rumah uruskan baju segala..

Biar apa family belah suami aku cakap yg penting aku tak penat. So bila aku tak penat aku larat la nak uruskan anak2 dan larat la nak melayan suami macam awal2 kawin dulu..

Citernya kalau semua org mampu diorang pun nak je ada org gaji.
Quote JunkMail 3-6-2019 02:00 PM
Ayooo cikgu komen mengundang betol. Habis kau kena londeh. Kau bitter sangat kenapa cikgu. Kalau kau nak cuci baju, lipat kain, memasak setiap hari.. silakanlah buat. Takyah nak bitter org lain pandai takde masa nak jadi surirumah.
Quote salmon-suki 3-6-2019 02:00 PM
Cikgu sepatutnya kurangkan kebodohan tp nmpknya makin ramai cikgu y tunjuk bodoh..so ironi...caner nak didik anak2 murid?

Tp aiolzs takleh hadam dgn komen aidacat ke ape ntah tu..nape nak kne ltk word "man" lps "the worst" tu ek?mmg skrg trend nak speaking asyik2 hujung "man" aje..aiolzs is rengsa jgk laa..{:smile{:nose
Quote meisapoya 3-6-2019 02:15 PM
Tergamak cikgu cakap macam tu. CIKGU kot. Yang dorong kita belajar masa sekolah dulu..
Quote Ivysaur 3-6-2019 02:16 PM
Tahniah dik. Jangan kesah sangat dengan komen komen negatif. Semoga berjaya siapkan Phd lepas ni
Quote Zeatyisaac 3-6-2019 02:19 PM
Orang cerdik ni, dia belajar kejap je dah pandai. Macam masak, tak perlu pergi kelas masak bertahun2, cukup belajar dengan mak mertua je, insya'allah kena lah dengan selera keluarga. Tak yah risaulah brilliant girl.
Quote bondeh 3-6-2019 02:23 PM
Tak jumpa dah fb Nur Anis MohdShukri tu. Kena lahar kot sampai masuk gua...
Quote LautBiru52 3-6-2019 02:23 PM
Ape la perangai cikgu mcm ni. Buat malu je
Quote becir 3-6-2019 02:23 PM
Obviously that bitch jealous nak mati, dulu belajar takde tahap MCM si jannah ni..scorer kat us uni..siap muka cantik..so keluarla statement acik bawang level zero ni...esok jadi mil mesti jenis puaka
Quote cmf_almondpecan 3-6-2019 02:24 PM
Dengkinya komen. Kalau org tu tak reti masak takde hal pun sbb dia bukannya dapat pelajar terbaik jurusan seni masakan. Kalau dpt title tu pastu tak pandai masak barulah heran.
Quote haryatie 3-6-2019 02:26 PM
sakit jiwa betul  yg komen negatif ni
bahaya nya kalau cikgu sakit mental
baik check mentol dia..takut ada wayar putus
Quote airmineral 3-6-2019 02:27 PM
betul ke ni ayat seorang pendidik?
kalau betul pendidik, amat menyedihkan kualiti cikgu ni, sian students dia

btw biasanya budak oversea pandai nak survive hidup
dok msia sume mak bapak buatkan
18 tahun da fly duduk negara org uruskan diri from A to Z
kalau dia amik org gaji pon apa salahnya
dia maybe xde masa yang byk dan perlu fokus kepada pembangunan negara, bangsa dan agama maybe?
bukan duduk di dapur sahaja
atau dia bijak urus diri, kerjaya dan keluarga..bole jadi superwoman
Quote becir 3-6-2019 02:27 PM
Masak, basuh baju (tak kira la hantar dobi Guna machine or basuh tangan) is considered living skill. Sama Gak ngan makan, bila lapar tak pandai masak belilah kat luar. Umpama Rasa badan tak sihat, pergi klinik. That already consists of taking care of oneself..so laki ke perempuan kenala pandai Jaga diri..takde kes keje rumah keje pempuan..jadahnya..
Quote nazzse 3-6-2019 02:36 PM
Jadahnya semua kerja perempuan kena pandai & buat..suka hatilah nak buat ke tak, we've options too, bukan laki je sampai eumah boleh goyang kaki..low iq selevel makcik2 bawang dok ceruk kampung walaupun cikgu
Quote makkenits 3-6-2019 02:52 PM
just nak share la.. masa aku jadi panel utk iview bebudak yg apply scholarship overseas ni, 1 of the question aku tanya, blh masak ke x? soalan mcm soalan bodoh sampai ada applicant yg mcm nak gelak dgr soalan aku tu.. dia kata dia x tau masak.. so dia aku beli makanan yg dah siap masak je la.. or canned food.. aku tanya dia tau x cost of living there is high.. too high and the allowances that gomen nak bg bukan tinggi mana pun.. mmg ada keperluan utk masak sendiri di bandar-bandar  besar dunia ni.. and if you said that you can afford  to eat out everyday, then that's mean you are rich enough to pay your own way there and better for us the iviewer to select more suitable candidates..

maksud tersirat aku ni bg yg x paham, aku x kisah kalo ko xblh masak tp attitude tu penting.. willing to learn..  bila willing to learn and adapt dgn surrounding ko, ko blh survive di mana-mana pun.. x blh complacent di tmpt org.. tekanan di sana x sama di malaysia.. mental and physical health kena sendiri jaga.. aku rasa the best student ni are willing to learn utk survive idup di tempat org.. sbb tu dia cemerlang sbb dia blh balance out personal life dgn tanggungjawab dia sbg pelajar.. manage the stress n challenges di negara org.. bg students yg dok bw perangai sama mcm di malaysia, they will face big challenges bila di tmpt org.. kat sana xde org nak tolong 'dodoikan' diorg bila tgh susah ati or stress bila duit x cukup, payah nak dapat makanan halal, etc.. time tu kalo x  ubah attitude, mmg you are already half way back home to malaysia la...

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.059465 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top