CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Islam Terselamat Daripada Tembakan Di Kepala Semasa Baca Al-Quran

10-6-2019 10:10 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4298| Komen: 19|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Kejadian berlaku di Toronto, Kanada.
Tangkap layar yang menunjukkan suspek mengacukan pistol ke arah kepala seorang lelaki Islam di Toronto. Kredit foto: The Milli Chronicle


Seorang lelaki Islam di Toronto, Kanada terselamat daripada maut apabila pistol yang diacukan oleh penyerang ke arah kepalanya tersekat.

Memetik laporan The Milli Chronicle pada 30 Mei lalu, perkara menakjubkan itu berlaku apabila mangsa membaca ayat-ayat suci al-Quran dan tidak bersikap panik.

Rakaman video kejadian tersebut dikongsikan oleh bekas artis rap terkenal, Mutah "Napoleon" Beale dalam laman Facebook miliknya.


Menurut keterangan video berkenaan, seorang lelaki Islam di Toronto yang baru selesai menunaikan solat sunat tarawih dihampiri oleh seorang individu yang berjalan di belakangnya sambil membawa sepucuk.

Penyerang terbabit menarik picu pistolnya tetapi ia tersekat dan tiada tembakan dilepaskan.

Kredit foto: Facebook

"Seorang rakan kepada lelaki berkenaan yang menceritakan semula tentang kejadian itu berkata, mangsa terdengar seseorang berjalan di belakangnya dengan pantas pada waktu malam. 

"Dia tidak bersikap panik dan memutuskan membaca al-Quran, apabila dia berpusing ke belakang dia mendapati suspek telah beredar dari situ.

"Dia langsung tidak menyangka suspek mengacukan pistol ke arah kepalanya dan menarik picu. Allah menyelamatkannya, Alhamdulillah," kata Beale.

Dengan kuasa Allah SWT, tidak mustahil kejadian menakjubkan seperti di Toronto itu boleh berlaku. - CARI

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zacEfron 10-6-2019 10:27 AM
kak hasanah sgt..

perlu ka nak kait kan dgn agama  ?
Quote Kurex 10-6-2019 10:35 AM
Teringat cerita seorang isteri yabg suka baca bismillah bila nak buat sesuatu kerja,  sampai si suami naik menyampah. Suami tanya "dengan ucap bismillah tu boleh dpat apa?". Isteri jawab "semoga Tuhan memberi pertolongan". Satu hari suami ni tak tahan sangat, dia letak seekor ular tedung dalam balang beras dengan harapan isteri kena patuk dan sedar yg bismillah tu tak dapat apa kebaikkan. Isteri pun bukak penutup balas, alangkah terkejut bila yg ada dalam balang tu adalah ular emas! Suami segera nangis, dia cakap "betullah Tuhan tu Maha Penolong, sebab aku letakkan ular tedung yg berbisa tapi Allah Maha Penolong lagi Maha Pemurah. Bukan setakat Dia menolong kau, tapi memberi kekayaan pada kau". Sejak tu, apa je yg nak dilakukan, mesti suami isteri tu baca bismillah
Quote Kurex 10-6-2019 10:36 AM
zacEfron: kak hasanah sgt..perlu ka nak kait kan dgn agama  ?

Yelah.. Takkan nak kaitkan dengan alien
Quote VioletsAre_Blue 10-6-2019 11:17 AM
zacEfron replied at 10-6-2019 10:27 AM
kak hasanah sgt..

perlu ka nak kait kan dgn agama  ?

Ye perlu sis
Quote kakakau 10-6-2019 12:32 PM
lahai. dah kenapa rengsa kalau kaitkan dgn agama? kalau bukan agama kau g la men jejauh
Quote zacEfron 10-6-2019 12:54 PM
alahaiii melayu.. mcm la islam sangat

padahal belajar agama di tadika kemas sj..

dah rasa pandai sgt.. islam sgt..
Quote HannahMontana 10-6-2019 01:54 PM
zacEfron replied at 10-6-2019 10:27 AM
kak hasanah sgt..

perlu ka nak kait kan dgn agama  ?

Apa salah nya jika kaitkan dengan agama sebab orang islam percaya Allah tu wujud.


Quote HannahMontana 10-6-2019 01:55 PM
zacEfron replied at 10-6-2019 12:54 PM
alahaiii melayu.. mcm la islam sangat

padahal belajar agama di tadika kemas sj..

Ia nya bukan perasaan pandai sangat atau Islam sangat

Ianya kerana jika ko muslim kepercayaan kepada Allah sangat kuat .


Sesuatu yang sangat sukar difahami oleh orang-orang yang belum Islam.
Quote tripleid 10-6-2019 02:07 PM
Habistu yg mati kna tembak dlm mesjid christchurch haritu allah x protect ke mcm mna??
Quote zacEfron 10-6-2019 02:40 PM
yg tu tak cukup islam..  
Quote Buritan 10-6-2019 02:45 PM
tripleid replied at 10-6-2019 02:07 PM
Habistu yg mati kna tembak dlm mesjid christchurch haritu allah x protect ke mcm mna??

Yg sebenonya ajalnya blum sampai..hokkay.. pertolongan Allah dlm mcm mcm bentuk.. dah tarik picu dah tp blm ajal selamatlaa..
Quote pengecatbintang 10-6-2019 04:05 PM
bekas Boss aku Chinese Buddha...

lepas terselamat dari accident...

trus pi solat kat Tokong Dewi Guan Yin...

--

la ni Jet Li sakit...

kerap dia pi join monk2 kat Tibet
Quote xtravaganza 10-6-2019 08:06 PM
Apehal rengsa plak ni.. chill sdh
Quote cha-cha 11-6-2019 02:08 AM
Loser nya lahaiii perompak tu
Quote DARSITA 11-6-2019 02:13 AM
Kurex replied at 9-6-2019 06:35 PM
Teringat cerita seorang isteri yabg suka baca bismillah bila nak buat sesuatu kerja,  sampai si suam ...



Ini aii punya pengalaman sendiri. Mother in law bagi satu kuih dlm plastik dia ckp org Islam boleh makan. Aii baca bismillah -- sikit lagi nak ngap kuih itu! aii ternampak tulisan ada gelatin. terus buang dan beritahu mak mertua benda tu tak HALAL.


Kebesaran Yang Esa ~


Quote Simunggu 11-6-2019 07:48 AM
kenapa mereka serang org Islam yg sendiri sendir tak bersenjata/ org awam...kerja terrorist kah ini???
Quote zorrro_03 11-6-2019 09:09 AM
patutnya kapir dalam ni yang tak puas hati Muslim tu gagal dibunuh ajar pengganas pengecut berhooodi dalam gambar yang sanggup nak membunuh dari belakang supaya baca bismillah sebelum tarik picu. baru lah on.  
Quote Kurex 11-6-2019 12:17 PM
DARSITA replied at 11-6-2019 02:13 AM
Ini aii punya pengalaman sendiri. Mother in law bagi satu kuih dlm plastik dia ckp org Islam b ...

Nak tanya, mertua bukan muslim ke?
Quote Ina8895 10-7-2019 02:18 AM
Masha Allah. Ajalnya belum tiba

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.133729 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top