CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Bela Beruang" - Artis Lain Aniaya Haiwan, Ara Johari Yang Kena Maki

9-6-2019 10:13 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11946| Komen: 22|Original author: Oleh: LilRose

Description: “Saya tak bela beruang. Yang kena tangkap tu artis lain yang saya sendiri tak kenal.”
"Saya tak bela beruang. Yang kena tangkap tu artis lain yang saya sendiri tak kenal."

Kecoh sebelum ini apabila seorang penyanyi wanita dilaporkan ditahan kerana membela seekor beruang matahari dan menganiaya haiwan berkenaan dengan meninggalkannya kelaparan di rumah.



Kredit foto: IG Ara Johari/arasquadofficial

Berikutan kes itu, nama Ara Johari terkena tempiasnya apabila ramai berspekulasi bahawa dia artis ditahan terbabit.

Menurut mStar Online, Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 22, menafikan perkara yang menyebabkan dirinya dihujani makian orang ramai yang menuduhnya menganiaya haiwan itu.



"Bila sebut penyanyi rock wanita berusia 20-an, itu andaian mereka. Hampir tepat, tetapi itu bukan saya. Ramai yang hantar DM, maki saya aniaya binatang," ujarnya yang terkilan dengan sikap netizen yang gemar menuduh tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Sementara itu, Ara turut mengecam tindakan penyanyi yang menganiaya haiwan dilindungi berkenaan.

Ara akui, dia sendiri takut dengan beruang kerana ia haiwan yang mengganas dan bising. Apatah lagi mahu membelanya.




"Kalau betul nak bela, ambil lesen dan kaji dahulu cara penjagaan yang betul. Kalau saya membela binatang, saya akan membawanya ke mana-mana saya pergi.

"Kalau saya jadi jiran dia, saya pun akan lapor pada Jabatan Perhilitan. Saya setuju dengan tindakan jiran yang membuat laporan kepada bomba," ujarnya.




Tambahnya, dia terkilan dan tertekan apabila namanya dikaitkan dengan insiden itu. Difahamkan, Ara mengetahui perkara itu apabila ditanya ibunya mengenai 'beritanya ditahan' kerana rakan dan saudara mesej dan tag ibunya di Facebook.

"Kena kecam pun rimas, inikan pula kena maki disebabkan perkara yang saya tak buat. Orang lain buat, tapi saya yang kena," luahnya.




Alahai, tak pasal-pasal nama Ara pula yang dipetiknya. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 9-6-2019 10:59 AM
Memang who r yusss retis beruang tu
Sian ara kena hencap
Quote Kurex 9-6-2019 11:06 AM
Sian abg arash kan? Artis sendu punya hal, arash yg kena maki
Quote Catpaw 9-6-2019 11:10 AM
eh lawak la pulak {:smile
Quote downiey 9-6-2019 11:25 AM
hehehehe kesian... bertabahla ara
Quote KIM.K 9-6-2019 11:25 AM
macam Alif Aziz dengan Alif Satar
Quote selipar_hijau 9-6-2019 12:17 PM
Kasihan ara tak pasal2 kna maki ngn netizen time raya
Quote disneyrecess 9-6-2019 12:26 PM
Sian sheols... {:smile
Quote unguaurora 9-6-2019 12:32 PM
Xpe la..tumpang glemer jap
Quote Sazida 9-6-2019 01:25 PM
Owner bear tu sape noks? Fofuler kerrr? Ade lagi ke artis rock lain kt mesia ni? Iols kenal ella jah
Quote anarina 9-6-2019 02:06 PM
Takpela ara bad publicity is good jugak for u hiks in a way ko dptla tempias2 perhatian, up sikit nama tu kan

Erghhjhh org outdoor pun doa2 jangan terjumpa beruang time trek, yg ni salute lah simpan dalam umah bodo punya org
Quote minah_selekeh 9-6-2019 02:13 PM
Sazida replied at 9-6-2019 01:25 PM
Owner bear tu sape noks? Fofuler kerrr? Ade lagi ke artis rock lain kt mesia ni? Iols kenal ella jah

Aku pun masih wonder ni.. Sapo?
Quote NBM 9-6-2019 03:49 PM
beruang kalau lapar dia ganas silap haribulan beruang tu serang dia nnt. Bangang betul tinggal binatang x bg makan 2 hari. Kalau kau nak bela mcm tu pegi beli beruang yg pakai bateri tu je la setann
Quote shernazz 9-6-2019 04:18 PM
Maybe figure retis tu dari belakang cam.ara..
Sebab ara bukan penyanyi rock..
Kebetulan je rambut tu lebih kurang..
Ara...ko buat rambut curly plak k
Quote Ivysaur 9-6-2019 04:25 PM
Boleh tumpang glamour la Ara ni
Quote Sazida 9-6-2019 05:57 PM
minah_selekeh replied at 9-6-2019 02:13 PM
Aku pun masih wonder ni.. Sapo?

Entah laa. Bace kt thread ootd retis nama pia ke apa tah. So sendu sgt2. Lgsg xde aura artis rock.
Quote sapeka 9-6-2019 08:50 PM
muka n gaya rambut ala2 nak sama
tu yang orang tersalah anggap
mohon bertabah ara
Quote Skuau 9-6-2019 09:43 PM
cuba bela 'anak ikan" xdenye ore nak marah.
Quote Ali_x 10-6-2019 12:10 AM
At least free publicity..knl gak aq ngn ara ni..check youtube lgu2 dua...slama ni x tau pun..
Quote aammyy 10-6-2019 08:43 AM
http://www.kosmo.com.my/negara/saya-sangka-anjing-rupanya-beruang-1.914291#menu

'Saya sangka anjing, rupanya beruang'

KUALA LUMPUR - Bekas peserta program realiti 'Rockanova', Zarith Sofia Yasin memberitahu dia tidak mempunyai niat untuk membela anak beruang matahari yang dijumpainya dalam keadaan lemah di kawasan Bukit Ampang, Jalan Hulu Langat dekat sini bulan lalu.

Sebaliknya, penyanyi yang dikenali dengan gelaran Pia itu menjelaskan, dia merancang untuk menghantar haiwan dilindungi itu kepada pihak yang berkaitan selepas keadaan beruang itu pulih.

“Sebenarnya, saya jumpa anak beruang itu di tepi jalan dalam keadaan lemah pada waktu malam yang pada mulanya saya sangkakan seekor anjing.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.185233 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top