CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

'Ingat Budak Ke? Memang Patut Makcik Dia Meroyan, Bagi Duit Raya RM5 Satu Penghinaan'

9-6-2019 12:18 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 24961| Komen: 169|Original author: Oleh: LilRose

Description: Memberi duit raya hukumnya adalah harus kerana menepati amalan bersedekah. Ia bukan paksaan dan diberi mengikut kemampuan. Malah, penerima juga harus bersyukur di atas pemberian duit raya selain tidak ...



Memberi duit raya hukumnya adalah harus kerana menepati amalan bersedekah. Ia bukan paksaan dan diberi mengikut kemampuan. Malah, penerima juga harus bersyukur di atas pemberian duit raya selain tidak diungkit-ungkit jumlah yang diterima.

Pun begitu, masih ramai menunjukkan sikap tidak bersyukur, malah dicanangnya satu dunia apabila tidak berpuas hati dengan jumlah duit raya yang diterima.

Seorang penggun Twitter baru-baru ini mempertikaikan jumlah duit raya diterima daripada anak saudaranya. Tindakannya itu seoalah-olah mengaibkan anak saudara sendiri.



Lebih mengeruhkan keadaan, adik kepada anak saudaranya itu tampil mengulas isu berkenaan di Twitter.




Tindakan wanita terbabit memburuk-burukkan anak saudaranya di laman sosial dikritik pengguna lain yang menyifatkan dia seorang yang tidak bersyukur dengan rezeki diterima.



Pun begitu, masih ada yang menyebelahi wanita berkenaan. Menurut mereka, tidak perlu memberi duit raya sekiranya tidak mampu selain menyifatkan pemberian duit raya RM5 kepada orang tua sebagai satu penghinaan.

Namun, pandangan itu dipatahkan hujah warganet yang menegaskan pemberian duit raya berdasarkan keikhlasan tanpa memandang jumlahnya.


Kredit foto: Twitter

Mungkin benar anak saudaranya itu bergaji besar, namun tidak siapa tahu kos perbelanjaan hidupnya bagaimana kan? Ataupun, mungkin juga dia tersilap beri sampul raya kepada makciknya itu. Siapa tahu? - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • alifsophian9

  • noraidil_06

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 9-6-2019 12:28 PM
Bertabah la dik. Dapat makcik mulut longkang
Quote disneyrecess 9-6-2019 12:29 PM
Husnuzon maybe ank sedara sheols tersalah envelop... adik ipar meols bg Rm 200 kt opah meols masih dilabel kedekut hokeyy. Ntah hape yg elderly hoping for for raya idk.. kemain nak demand.
Quote Catpaw 9-6-2019 12:31 PM
hmmm... bagi banyak tu kat orang tua macam tak sesuai... lebih tak payah bagi... lain la student ka yang bagi pada mak cik tu... ni pandangan peribadi i je...
Quote Catpaw 9-6-2019 12:34 PM
disneyrecess: Husnuzon maybe ank sedara sheols tersalah envelop... adik ipar meols bg Rm 200 kt opah meols masih dilabel kedekut hokeyy. Ntah hape yg elderly hoping ...




rm200 tu banyak pada mata iols.. adik ipar uols kaya kot, tu anggap boleh tambah lagi satu kosong di belakang angka {:handsome
Quote matchstick 9-6-2019 12:35 PM
Tahun ni aku x bg duit raya langsung, baik yg tua mahupun kanak2. Benda x wajib pun. Buat apa bg kalau kita rasa terbeban. Lantaklah nk kata aku bwk kereta besar gaji besar tp kedekut pun. Nasib baik xde mak sedara mcm ni.
Dulu masa bwk kereta viva belum ada rumah mmg aku murah hati bg duit raya dgn ikhlas. Since dh ada rumah mmg aku x
mampu,bukan aku berlaki pun boleh tlg byr rumah separuh. InshaAllah bila dh abis hutang kereta nt boleh jd pemurah balik
Quote shernazz 9-6-2019 12:42 PM
Dedolu masa iols sekolah menengah
Weols baru sampai dr kampung pkl5am
Pastu
Ada bebudak dtg pkl 9am
Weols masih mamai lg
Ayah iols bg duit xde sampul..rm1 sorang
Dalam 10 org gitu..
Pastu sorang ni merungut...rm1 je????
Iols keluar cakap
"Kalau kau taknak ..bagi aku balik..xyah nak beraya pastu komplen!!"
Terus lari bertempiaran
Tiap kali jumpa iols..mmg iols mark bebudak ni mmg xde duit raya tahun seterusnya
Quote lemak_masin 9-6-2019 12:51 PM
Itu ler namanye rezeki.. Allah nak duga..maybe tersalah sampul kot.. pernah jadi kat saya.. terbagi cousin duit raya rm50 yg dah khas utk pak sedara.. melompat bdk tu.. mmg dah nak mintak balik tapi hsbn kata biar je laa rezeki dia, tapi takkan kite nak ambik balik kot.. halal je ..
Quote Catpaw 9-6-2019 12:52 PM
lemak_masin: Itu ler namanye rezeki.. Allah nak duga..maybe tersalah sampul kot.. pernah jadi kat saya.. terbagi cousin duit raya rm50 yg dah khas utk pak sedara.. ...



cousin yang lain tak jeles ke dua dapat banyak
Quote lemak_masin 9-6-2019 12:58 PM
Catpaw replied at 9-6-2019 12:52 PM
cousin yang lain tak jeles ke dua dapat banyak

Nasib ler time tu ada 2 orang je.. sorang tu lagi kecik.. so tak paham lagi..
Quote salmon-suki 9-6-2019 12:59 PM
Alaaa..xyah ler nak post kt socmed macik oitttt..tu kira beruntung ler dpt rm5 walau dah tua bangka..next time xyah ler bg duit raya kt macik2 ni..aiolzs mmg xkn bg kt macik2..bg kt budak2 ckup ler..

Macik2 ni anggap dorg darjat helang n tak layak dpt rm5..kena bg rm500 bru ler sepadan ngn pangkat dorg as seorg macik..better xyah bg lgsg..xreti bersyukur kekdahnya..

Lagi satu,knp macik ni terhegeh2 amek jgk duit raya tu?dah taw tua bangka xyah ler amek duit raya...apedaaa~
Quote adila39 9-6-2019 01:00 PM
takde benda lain ke nak share.. pasal duit raya? makcik apa ni..so ungrateful
Quote Catpaw 9-6-2019 01:01 PM
lemak_masin replied at 9-6-2019 12:58 PM
Nasib ler time tu ada 2 orang je.. sorang tu lagi kecik.. so tak paham lagi..

mujur baru 2 masa tu, mesti menjadi mak sedara pojaan sampai bila2 ni
Quote prettyuglybabe 9-6-2019 01:08 PM
so berapa ringgit yang layak untuk orang dewasa?
anak-anak buah bagi tanda ingatan je kot..
kitaorg bagi kat mak pak sedara siap disclaimer bagi tak banyak and harap mereka doakan kami murah rezeki boleh bagi lebih lain kali
Quote harkktuih 9-6-2019 01:08 PM
Org tua gini patut dpt anak sedara kaki lahar mcm chef one..
Quote Sazida 9-6-2019 01:23 PM
Pangkat mak sedara pak sedara ni xpyh la bg duit raya. Cukuplah sekadar mak bapak kau dgn atuk nenek kau jer..  tahun ni aku  bg duit raya kt budak2 under 15 je. Tp laki aku sampai sepupu sepapat dia yg tak kawen n study pun dia Bagi.
Quote CiliPadiSedap 9-6-2019 01:31 PM
gigi dah pakai emas pun masih harap duit raya ke? penampar nak?
Quote besi_kelabu 9-6-2019 01:42 PM
Makcik ni dia ada buat duit raya challenge ke apa, kot2 la nak compete ngan kengkawan sapa paling banyak dapat duit raya tahun ni..
Quote myakayina 9-6-2019 01:50 PM
Rm5? Mmg bukan tersalah sampul raya ke? Gigih makcik post kt socmed.. mungkin makcik sejenis mulut puaka so that's why anak2 sedara malas nak layan. Dpt la jgk crm5 dari takde lgsung.  
Quote anarina 9-6-2019 02:00 PM
Catpaw replied at 9-6-2019 12:31 PM
hmmm... bagi banyak tu kat orang tua macam tak sesuai... lebih tak payah bagi... lain la student ka  ...

Kan better tak bagi langsung if rm5, to avoid all these, walaupun kita ikhlas ke apa, belakang mesti bunyiknyer, so no need to give, unless 100 above then sedap yg dpt tu, tp kita lak jd tak ikhlas sbb kene bg byk, itupun tah2 kena hencap jgk haha

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.125195 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top