CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Budak Lelaki 4 Tahun Jadi Transgender Atas Keizinan Ibu

11-6-2019 10:19 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 7094| Komen: 30|Original author: Oleh: Nia M

Description: Dilema bagi seorang ibu bernama Kimberly Shappley akhirnya terlerai apabila dia memilih untuk membenarkan anak lelakinya menukar identiti sebagai perempuan seawal usia empat tahun.
Dilema bagi seorang ibu bernama Kimberly Shappley akhirnya terlerai apabila dia memilih untuk membenarkan anak lelakinya menukar identiti sebagai perempuan seawal usia empat tahun.


Kredit foto: harpersbazaar/Pinterest

Menurutnya, sejak lahir lagi anaknya, Kai, menunjukkan kecenderungan ke arah menjadi kanak-kanak perempuan. Kai suka memakai skirt menggunakan kemeja-T miliknya dan mengikat baju lengan panjang di kepalanya kononnya untuk dijadikan rambut panjang seperti perempuan. 

Kai juga memberitahu ibunya "Saya puteri" dan "Saya budak perempuan" sekurang-kurangnya enam kali sehari. 


Kredit foto: harpersbazaar/Pinterest

Bukan itu sahaja, bahkan kemuncaknya apabila Kimberly mendapati Kai memakai seluar dalam kecil milik patungnya walaupun tidak muat. Hal ini amat merunsingkan Kimberly sebagai ibu, sekaligus menjadi titik tolak kepada penerimaannya terhadap kemahuan Kai untuk menjadi perempuan. 

Ketika Kai berusia dua tahun, keluarga dan orang sekeliling mula menyedari tingkah laku Kai. Dia bukan sahaja hanya bermain dengan kanak-kanak perempuan lain, malah dia hanya berminat dengan patung atau mainan perempuan sahaja. 

Kimberly menyangka tabiat Kai itu akan hilang ditelan masa, namun sangkaannya meleset sama sekali. Walaupun Kai dikelilingi tiga adik beradik lelaki, ia tidak dapat mengubah identiti Kai yang tersembunyi. 


Kredit foto: harpersbazaar

Menyedari hal itu, seorang rakan Kimberly beragama Kristian katolik memujuk dia untuk memberi ruang kepada anaknya. Walaupun Kimberly rasa bersalah pada awalnya kerana dia merupakan seorang yang kuat pegangan agama, namun lama-kelamaan dia boleh menerima anaknya seadanya. 

Kimberly membelikan pakaian perempuan untuk Kai, dan ia benar-benar menggembirakan anaknya. Walau bagaimanapun, keluarga dan sanak-saudara yang kuat pegangan agama Kristian, menolak keras perbuatan Kimberly. 

Kini Kai sudah pun berusia enam tahun dan itu bermakna sudah dua tahun dia hidup sebagai kanak-kanak transgender sepenuhnya. 

Kimberly gembira dengan keputusan yang diambilnya kerana menurutnya, Kai berubah menjadi lebih periang, sihat dan mempunyai aura positif setelah menjadi seperti apa yang dia mahu. 


Kredit foto: harpersbazaar

Nampaknya, golongan transgender semakin bertambah dalam kalangan kanak-kanak. Siapa yang harus dipersalahkan? - CARI
2

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • @kmalh@fiz

  • MoFirdaus

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Cari-Azza


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wajaman 11-6-2019 10:22 AM
kecik2 nk memondan
Quote shernazz 11-6-2019 10:44 AM
Kita salahkan sajat...
Quote matchstick 11-6-2019 10:49 AM
Dh besar nt jadi mcm sajad buat2 lupa masa lahir dulu lelaki. Mak pun iye kan saje
Quote darkness 11-6-2019 10:55 AM
Cakap je la..ko nak anak perempuan..memandangkan anak ko semua lelaki kan...? Tak perlu pun berselindung di sebalik keinginan anak kengkononnya...maklum semua tau. Budak2 bukan tau apa...pakaian pun main pakai. Kecuali ko mmg sejak dr kecik budak tu ko biasakan dgn benda2 yg berkaitan perempuan..
Quote ainashiqa 11-6-2019 11:27 AM
Dunia akhir zaman
Quote RatuDunia94 11-6-2019 11:28 AM
Such a good mom..

Quote fifie_olin 11-6-2019 11:51 AM
camni pon ada gak
kesian bdk ni
Quote cik_nit 11-6-2019 12:07 PM
Eh... Supportive tak kena tempat mak dia ni..
Quote yuki812 11-6-2019 12:11 PM
nampak nau maknya nak ank pompuan sebenarnya..
Quote kakakau 11-6-2019 12:18 PM
darkness replied at 11-6-2019 10:55 AM
Cakap je la..ko nak anak perempuan..memandangkan anak ko semua lelaki kan...? Tak perlu pun berselin ...

tu la tu. tak terbayang anak dia lahir2 terus mintak jadi pompuan
Quote EvieWanKenobi 11-6-2019 01:11 PM
anak ibarat kain putih..
Quote Atata 11-6-2019 01:15 PM
darkness replied at 11-6-2019 10:55 AM
Cakap je la..ko nak anak perempuan..memandangkan anak ko semua lelaki kan...? Tak perlu pun berselin ...

Entahnyee?? Dlm pic ni senyuman si emak yg kelihatan paling gumbira/puas hati sekali berbanding empunya diri

225313jvcw50c55f5vwco4.jpg
Quote slipar_jepon 11-6-2019 02:09 PM
sadis. kecik2 dah celaru identity.
Quote keds 11-6-2019 02:12 PM
omputehhh.....
Quote laksmanabentan 11-6-2019 02:19 PM
di potong tak dik pipit tuh...
Quote nenekglamer 11-6-2019 02:26 PM
Ntah ye... jadi anak transgender but berakhlak baik (e.g. gi beraya umah org dok diam2.. xusik barang n dpt duit raya ckp terima kasih n xkisah brp dapat)

As opposed to anak yg straight hetero tapi akhlak binatang (e.g. gi beraya umah org pecahkan balang kuih, masuk bilik n loncat2 atas katil tuan umah n bantai kucing tuan rumah sampai mati n mak pak hanya ckp... budak2 biaselaaaa)

Hmmm...
Quote minguk 11-6-2019 03:03 PM
jangan dah besar nak jdi lelaki pula ye dik
Quote MoFirdaus 11-6-2019 05:01 PM

hahaha mmg pun
Quote MoFirdaus 11-6-2019 05:02 PM
matchstick replied at 11-6-2019 10:49 AM
Dh besar nt jadi mcm sajad buat2 lupa masa lahir dulu lelaki. Mak pun iye kan saje

tu la....tak boleh terima kenyataan yg dia tu lelaki

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.070006 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top