CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lucu! Monyet Selfie Sambil Tunjuk Jari Tengah, Siapa Ajar Tu?

15-6-2019 09:54 AM| Diterbitkan: GJboy| Dilihat: 5762| Komen: 13|Original author: Oleh: Abang Boy

Description: Monyet beri isyarat jari tengah sebagai kenangan kepada keluarga Australia yang bercuti di Bali, Indonesia
Aksi monyet merampas tin minuman, makanan, telefon pintar atau kamera pelancong sewaktu bergambar adalah kejadian biasa di kebanyakan tempat tumpuan ramai.


Namun, ada seekor monyet di Bali, Indonesia sempat meninggalkan satu momen lucu untuk sebuah keluarga pelancong dari Australia.

Memetik laporan Daily Mail, keluarga dari kawasan pinggir bandar Sunshine Coast di Queensland itu melawat ke Hutan Monyet Ubud di Bali semasa bercuti di situ.

Judy, berumur 37 tahun dan suaminya, Simon, 36, bersama tiga anak mereka iaitu  Elijah, 13, Jimmy, 11, dan Kayleigh, 8, melawat kawasan hutan yang didiami beratus-ratus ekor monyet.

Seekor monyet memberi isyarat jari tengah kepada sebuah keluarga di Bali, Indonesia. Kredit: DailyMail/Caters News Agency
Keluarga itu meminta pertolongan seorang pemandu pelancong untuk merakam gambar mereka sebelum tergamam melihat aksi lucah monyet tersebut.

Semasa membelek semula gambar-gambar yang dirakam dalam kamera, Judy yang bekerja sebagai seorang kakitangan pentadbiran berkata, keluarganya ketawa sebaik menyedari aksi rakaman itu.

Monyet ini muncul dan merakam swafoto berlatarbelakangkan keluarga Judy. Kredit:DailyMail/Caters News Agency
Judy berkata: "Kami berada di Bali selama seminggu dan merasakan ia agak menyeronokkan untuk membuat lawatan sepanjang hari di sekitar Bali.

"Sebahagian daripada lawatan, kami ke hutan monyet. Saya anggap ia pasti pengalaman menarik.

"Semasa di sana, seorang pemandu pelancong tawar diri untuk rakam gambar kami. Ketika dia berbuat begitu, seekor monyet secara tiba-tiba muncul depan kamera," cerita Judy.

Wanita itu berkata, pemandu pelancong itu turut memberi sejumlah kacang kepada monyet berkenaan.

Seekor monyet duduk atas bahu Elijah di Bali. Kredit: DailyMail/Caters News Agency
"Semasa saya membelek gambar-gambar rakaman selepas itu, saya sedar salah satunya menunjukkan monyet itu sebenarnya memberi jari tengah kepada kami," katanya.

Laporan menyatakan gambar kenangan itu diambil semasa percutian sekeluarga di Bali pada Disember 2018 tetapi dikongsi secara online minggu ini.

"Saya muat naik gambar ini di Facebook dan Instagram, semua ahli keluarga serta kawan-kawan melihatnya sebagai melucukan," menurut Judy. -CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Elanarose

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 15-6-2019 10:10 AM
Ahchong athies dah pandai selfie guna jari tengah
Quote Artemesiaa 15-6-2019 10:22 AM
Mesti ada pelancong yang tunjukkan aksi sebegitu sebelum ni kepada sang monyet tak hairan kalau sang monyet akan meniru aksinya tu
Quote JohnnyCastle 15-6-2019 07:02 PM
CiliPadiSedap replied at 15-6-2019 10:10 AM
Ahchong athies dah pandai selfie guna jari tengah

tak sempat saya nak kutuk etis hang dah rasmi dulu...wakakakakakakakka
Quote CiliPadiSedap 15-6-2019 07:10 PM
JohnnyCastle replied at 15-6-2019 07:02 PM
tak sempat saya nak kutuk etis hang dah rasmi dulu...wakakakakakakakka

ahchong sekarang kerja kt zoo chennai , dengar cerita dia buka sekolah monyet ajar monyet selfie guna jari tengah. tak sangka dah viral anak2 didikan ahchong.

kepada forumer yang ada kesempatan melancong ke india chennai sila lah lawat sekolah ahchong.. sekolah monyet ku monyet mu jua..
Quote JohnnyCastle 15-6-2019 07:15 PM
etis percaya manusia berasal daripada beruk..ini buktinya...wakakakkakakkaka
Quote vee_zara 16-6-2019 02:52 AM
Kita punya kromosom 46. Jenis beruk or org utan is 49 or nearly between 46 and 49 if im not mistaken. Thats y mereka bijak n boleh tiru perbuatan manusia dgn mudah.

Btw, i went to Bali few years before. Monyet sana suka rampas cermin mata. Huhuhu. Nasib baik sempat tarik.
Quote yukisakura 16-6-2019 12:49 PM
Amboi amboi amboi monyet pon nak jugak berswafoto.
Quote ikanmasin 16-6-2019 07:34 PM
amboi bijak2 dah monyet bali ni
Quote puanbintang 24-6-2019 10:50 AM
moden sungguh monyet sekarang
Quote ayamserati 28-6-2019 10:40 PM
comel monyet ni
Quote kyrana_nana 29-6-2019 03:05 AM
amboiii..biase dia tuuu..
Quote CikB 29-6-2019 05:17 PM
tak senonoh...sape yg ajar ni????
Quote xtahumenahu 29-6-2019 05:38 PM
Kita punya laa mengelak jumpe monyet kat ubud tuh..ganas2 belaka...diorg selamber jek

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047129 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top